Sunday, September 2, 2012

susu cecair atau susu tepung?

haaa..berpinar-pinar mata saya membaca artikel-artikel yang membanding beza antara susu kotak dan susu tepung. maklumlah, menjadi ibu ni kena banyak membaca kan :)

ramai yang bertanya kenapa saya tidak memberi susu tepung kepada damia..kawan-kawan tanya, akak kat nursery pun tanya. biasalah, bila kita membuat sesuatu di luar kebiasaan, mesti akan menimbulkan tanda tanya kan :)

mari kita lihat perbezaan antara susu kotak (bentuk cecair) dan susu tepung :)

susu kotak / susu UHT.
 
 
cara pembuatannya adalah melalui kaedah pemanasan yang cepat pada suhu yang sangat tinggi. susu segar diambil dari sumber haiwan (biasanya lembu), kemudian dipanaskan pada suhu 135-145 darjah celcius dalam masa 2-5 saat. tujuannya adalah untuk membunuh semua bakteria dan patogen penyebab penyakit. mengikut kajian, pemanasan menggunakan suhu tinggi tetapi dengan masa yang singkat lebih baik dari pemanasan dengan suhu sederhana tetapi dengan masa yang lama kerana pemanasan yang lama akan membunuh nilai gizi dalam susu tersebut. jadi, nilai gizi di dalam susu UHT masih hampir menyamai susu segar yang baru diperah dari haiwan terbabit.

susu tepung


pembuatan susu tepung dimulakan pempasteuran, sama seperti susu UHT untuk membunuh bakteria. susu kemudiannya dipanaskan menggunakan plate heat exchanger (55 hingga 60 darjah celcius) untuk menurunkan tahap kelikatan sebelum dicampurkan dengan bahan-bahan lain(perisa, pengawet) yang dimahukan. kemudian, susu akan melalui proses homogenisasi untuk menyamakan ukuran globula lemak susu. akhirnya, susu akan melalui proses pemanasan sekali lagi menggunakan spray dryer pada suhu 70 hingga 80 darjah celcius. pada tahap inilah susu akan berubah dari bentuk cecair ke bentuk serbuk.

baca lebih lanjut perbandingan susu UHT dan susu tepung di sini.
http://ririegranita.blogspot.com/2008/11/susu-uht-vs-susu-formula.html

jadi melalui pembacaan ini, saya memilih untuk memberikan damia susu dalam kotak berbanding susu tepung. semuanya dilakukan atas beberapa sebab :

1 ) jumlah pengawet dalam susu tepung lebih banyak dari jumlah pengawet dalam susu kotak menyebabkan susu tepung tahan bertahun-tahun lebih lama (jika tidak dibuka) berbanding susu kotak yang jangka hayatnya lebih pendek.

2) proses pemanasan bersuhu tinggi dan dalam jangka masa yang singkat seperti yang dilalui oleh susu kotak lebih baik dari pemanasan dengan susu rendah tetapi jangka masa yang lama memandangkan pemanasan yang lama menyebabkan lebih banyak nutrien asal dalam susu yang mati semasa proses pemanasan tersebut.

3) mengikut kajian, berlaku kerosakan protein sebanyak 30% di dalam susu tepung melihat kepada banyaknya proses yang dilalui semasa penyediaannya.

namun ibu-ibu, menurut kajian juga, susu UHT hanya boleh diminum oleh bayi berumur atas setahun. ini disebabkan protein dalam susu lembu lebih sukar dihadam sementara perut anak kita yang di bawah setahun masih belum matang untuk menghadam protein ini.

jadi inilah pilihan saya :) namun begitu, saya masih memegang di usia ini, anak-anak kita perlu diajar untuk lebih makan berbanding susu, susu dan susu. susu hanya pelengkap dan anak kita masih boleh mendapat zat-zat untuk tumbesarannya melalui pemakanan yang baik. berilah peluang untuk anak-anak kita meng'explore' dunia pemakanan, pelbagai tekstur dan rasa yang menarik yang patut dia pelajari di usia ini.

till then, semoga mendapat manfaat dari perkongsian ini :)



3 comments:

  1. Carilah susu kambing segar. Khasiatnya hampir sama dengan susu ibu. X silap pembacaan sy haritu 90% menyamai susu ibu!

    ReplyDelete
  2. tapi saranan saya lebih baik puan pilih susu segar berbanding susu uht..setahu saya susu dutch lady adalah susu segar import yang mn ianya didtngkn ke malaysia dlm bentuk serbuk dan kemudian dibancuh di malaysia dan dipekkan didlm kotak.. so susu segar adalah pilihn yg lebih bijak...susu segar yg 100% genuine adalah susu farm fresh..

    ReplyDelete
  3. tapi saranan saya lebih baik puan pilih susu segar berbanding susu uht..setahu saya susu dutch lady adalah susu segar import yang mn ianya didtngkn ke malaysia dlm bentuk serbuk dan kemudian dibancuh di malaysia dan dipekkan didlm kotak.. so susu segar adalah pilihn yg lebih bijak...susu segar yg 100% genuine adalah susu farm fresh..

    ReplyDelete