Tuesday, September 4, 2012

keburukan susu rendah lemak

isu susu lagi :)

kali ni isu susu rendah lemak pulak.

oh, zaman-zaman berdiet dulu saya sangat suka susu rendah lemak ni tau. tapi bila terbaca artikel ni, mula la saya terfikir 'kelogikannya' (eh,ada ke word ni?) maklumlah, artikel ni penuh dengan ilmu kimia..haa..walaupun dah lama tinggal subjek kimia dan mengajar math, ilmu kimia tu masih ada tau. teringat zaman-zaman belajar di perbukitan UKM, bangunan FPend dan FST yg selalu menjadi tempat ulang-alik..hoho, rindunya :)

artikel penuh di sini, tapi saya ringkaskan dalam bentuk yang mudah difahami ya :)

http://emjayjb.multiply.com/journal/item/219



seringkali kita dimomokkan dengan bahayanya lemak di dalam badan, boleh sakit itu, boleh sakit ini..maka kita pun berandaian susu rendah lemak tu adalah pilihan terbaik. yela, kurang lemak, nanti lebih sihat la kan. betul ke macam tu sebenarnya? atau kita sebenarnya sangat senang terpengaruh dengan iklan-iklan kat TV, yang tanpa kita ketahui, ada agenda lain untuk menipu kita. biasala tu, dalam dunia ni, ada banyak agenda sebenarnya untuk 'membunuh' kita, tapi kita je tak sedar sebab kita taknak ambil tahu apa di sebalik setiap sesuatu. kita terima je bulat-bulat apa yang tertulis pada label-label setiap barangan.


jadi apa sebenarnya susu rendah lemak ni?


susu rendah lemak dihasilkan dengan membuang kandungan lemak yang asalnya terdapat di dalam susu yang baru diperah. yela, lemak dan air takkan bercampur kan. proses pembuatan susu rendah lemak juga begitu. susu segar dibiarkan beberapa jam, lemak yang berketumpatan lebih rendah akan naik ke atas dan berkumpul. maka susu tadi akan membentuk dua lapisan, lemak dan air. lapisan lemak ini kemudiannya dicedok keluar dan terhasillah susu rendah lemak atau susu tanpa lemak :)

okey, yang tu senang kot nak faham..tapi apa kesannya jika lapisan lemak tadi sudah dibuang?

terdapat dua jenis vitamin yang wujud di dunia ini (haaa..dunia tu..ambik ko!) satu jenis vitamin yang larut air dan satu lagi jenis vitamin yang larut dalam lemak. ala, yang ni sains sekolah menengah pun ada belajar kan :) vitamin A,D,E dan K adalah vitamin-vitamin yang larut dalam lemak. jadi, dengan membuang lapisan lemak daripada susu tadi, ini bermakna kita juga telah membuang vitamin-vitamin ini! apa yang tinggal dalam susu kita? tinggal la vitamin-vitamin larut air yang lain.

jadi apa kesan jika kita kekurangan vitamin A, D, E, K?


"Vitamin D regulates the calcium and phosphorus levels in the blood by promoting their absorption from food in the intestines, and by promoting re-absorption of calcium in the kidneys, which enables normal mineralization of bone and prevents hypocalcemic tetany. It is also needed for bone growth and bone remodeling by osteoblasts and osteoclasts  .."


Vitamin D sangat penting dalam penyerapan kalsium dan fosforus ke dalam badan di dalam usus kecil. maksudnya, bila kita mengambil kalsium dan fosforus dalam pemakanan, kita perlukan Vitamin D ini untuk membolehkan kalsium dan fosforus tadi terserap dalam badan. jika tiada vitamin D ini, sia-sia je kita ambik berkoyan-koyan kalsium tapi akhirnya tidak dapat diserap di dalam usus kecil kan?


ada banyak lagi kesan-kesan jika kita kekurangan vitamin D ini. boleh klik link di bawah okey :)


http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2008/11/01/Vitamin-D-is-a-Key-Player-in-Your-Overall-Health.aspx


jadi saya rasa dengan sedikit pencerahan ini, kita mungkin boleh membuat keputusan apa yang terbaik untuk kita ambil dalam kehidupan kita kan.

hehe, oh, terasa ruginya minum susu rendah lemak. lepas ni kena minum full cream milk pulak la :)

Sunday, September 2, 2012

susu cecair atau susu tepung?

haaa..berpinar-pinar mata saya membaca artikel-artikel yang membanding beza antara susu kotak dan susu tepung. maklumlah, menjadi ibu ni kena banyak membaca kan :)

ramai yang bertanya kenapa saya tidak memberi susu tepung kepada damia..kawan-kawan tanya, akak kat nursery pun tanya. biasalah, bila kita membuat sesuatu di luar kebiasaan, mesti akan menimbulkan tanda tanya kan :)

mari kita lihat perbezaan antara susu kotak (bentuk cecair) dan susu tepung :)

susu kotak / susu UHT.
 
 
cara pembuatannya adalah melalui kaedah pemanasan yang cepat pada suhu yang sangat tinggi. susu segar diambil dari sumber haiwan (biasanya lembu), kemudian dipanaskan pada suhu 135-145 darjah celcius dalam masa 2-5 saat. tujuannya adalah untuk membunuh semua bakteria dan patogen penyebab penyakit. mengikut kajian, pemanasan menggunakan suhu tinggi tetapi dengan masa yang singkat lebih baik dari pemanasan dengan suhu sederhana tetapi dengan masa yang lama kerana pemanasan yang lama akan membunuh nilai gizi dalam susu tersebut. jadi, nilai gizi di dalam susu UHT masih hampir menyamai susu segar yang baru diperah dari haiwan terbabit.

susu tepung


pembuatan susu tepung dimulakan pempasteuran, sama seperti susu UHT untuk membunuh bakteria. susu kemudiannya dipanaskan menggunakan plate heat exchanger (55 hingga 60 darjah celcius) untuk menurunkan tahap kelikatan sebelum dicampurkan dengan bahan-bahan lain(perisa, pengawet) yang dimahukan. kemudian, susu akan melalui proses homogenisasi untuk menyamakan ukuran globula lemak susu. akhirnya, susu akan melalui proses pemanasan sekali lagi menggunakan spray dryer pada suhu 70 hingga 80 darjah celcius. pada tahap inilah susu akan berubah dari bentuk cecair ke bentuk serbuk.

baca lebih lanjut perbandingan susu UHT dan susu tepung di sini.
http://ririegranita.blogspot.com/2008/11/susu-uht-vs-susu-formula.html

jadi melalui pembacaan ini, saya memilih untuk memberikan damia susu dalam kotak berbanding susu tepung. semuanya dilakukan atas beberapa sebab :

1 ) jumlah pengawet dalam susu tepung lebih banyak dari jumlah pengawet dalam susu kotak menyebabkan susu tepung tahan bertahun-tahun lebih lama (jika tidak dibuka) berbanding susu kotak yang jangka hayatnya lebih pendek.

2) proses pemanasan bersuhu tinggi dan dalam jangka masa yang singkat seperti yang dilalui oleh susu kotak lebih baik dari pemanasan dengan susu rendah tetapi jangka masa yang lama memandangkan pemanasan yang lama menyebabkan lebih banyak nutrien asal dalam susu yang mati semasa proses pemanasan tersebut.

3) mengikut kajian, berlaku kerosakan protein sebanyak 30% di dalam susu tepung melihat kepada banyaknya proses yang dilalui semasa penyediaannya.

namun ibu-ibu, menurut kajian juga, susu UHT hanya boleh diminum oleh bayi berumur atas setahun. ini disebabkan protein dalam susu lembu lebih sukar dihadam sementara perut anak kita yang di bawah setahun masih belum matang untuk menghadam protein ini.

jadi inilah pilihan saya :) namun begitu, saya masih memegang di usia ini, anak-anak kita perlu diajar untuk lebih makan berbanding susu, susu dan susu. susu hanya pelengkap dan anak kita masih boleh mendapat zat-zat untuk tumbesarannya melalui pemakanan yang baik. berilah peluang untuk anak-anak kita meng'explore' dunia pemakanan, pelbagai tekstur dan rasa yang menarik yang patut dia pelajari di usia ini.

till then, semoga mendapat manfaat dari perkongsian ini :)



formula milk vs fresh milk vs human milk

terjumpa sesuatu yang menarik dalam http://kellymom.com/blog-post/milk-vs-formula-under-the-microscope/

di bawah mikroskop, inilah bentuk-bentuk molekul yang boleh dilihat dari susu formula, fresh milk dan susu ibu.



:)

susu selepas 2 tahun

:) semoga entry ini tidak menyentuh mana-mana pihak. harapnya tidak ada yang terasa hati dengan penulisan ini ya! ini sekadar perkongsian, kalau tidak setuju, kita hormati pendapat masing-masing :)

saya dah lama berfikir mahu beri susu apa kepada damia selepas menamatkan penyusuan susu ibu untuk tempoh 2 tahun.
oh, saya belum wean off lagi.tidak mengapa, mengikut pembacaan saya, tidak ada salahnya meneruskan penyusuan selepas 2 tahun. susu tidak akan bertukar menjadi darah, tidak ada isu anak menjadi bebal dan sebagainya. semua tu mitos je ye :)

jadi saya memilih untuk meneruskan penyusuan susu ibu, sebab saya suka bonding yang terbentuk bila ada anak kecik yang bergayut dengan saya. biarlah damia bermanja-manja ya :)
tapi saya memantau juga pemakanan dia. makan yang seimbang, makan nasi, ambil protein, masukkan sayur dalam diet harian. saya bagi dia makan apa yang kami makan. damia dah besar, kena makan macam orang besar makan tau!

mengenai susu, saya tidak berhasrat memilih mana-mana susu tepung *iklan kata susu untuk membesar la, picky eater la..* saya memilih susu kotak, yang masih dalam bentuk cecair. taknak la sebut kenapa. sebab ini org selalu berkecil hati dengan saya :) yang penting, apa sahaja keputusan kita, haruslah dengan perbincangan suami isteri ya :)

saya juga nak share tulisan Puan Nor Kamariah Mohd Alwi, seorang Lactation Councellor. mana-mana yang baik ambikla sebagai ilmu, yang tak baik, tolak la ke tepi. saya percaya semua ibu mempunyai instinct keibuan, tahu apa yang paling baik untuk anak masing-masing kan.

Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu ‘terpesong’ dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak ’sangat perlu minum susu’ dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.

Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:

1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan.
Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang – bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.


2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.

3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.

Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.

Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.

Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.

Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.

Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!

http://duniasusuibu.com/aktiviti/susu-apa-terbaik-selepas-anak-2-tahun-menyusu/#.UENmY5Zcgrg