Tuesday, July 10, 2012

renovation cost

okey..okey..dah janji nak sambung cerita pasal renovation rumah kan :)
dah berpeluh-peluh ketiak membayar downpayment, bayar peguam la, bayar itu-ini untuk urusan pembelian rumah, sampai pulak bab nak renovate rumah..laaaaagi menggigil acik you!

pertama sekali, tengok bahagian dapur dulu. tak lengkapla dapur tanpa kitchen cabinet kan.
kami survey kitchen cabinet kat puchong, nah ambik ko! yg simple-simple je pun dah RM7000. memandai je apek tu kira-kira bagi harga kan. dia ingat duit jatuh dari langit gamaknya.
so kami decide untuk ambik dari kajang. murah sikit la kot.

ini design pilihan saya. alamak, saya kurang pasti la ukurannya mcm mana. tapi untuk design ni harga RM4100..haa..yg tang harga tu saya ingat la ;p ni pun table top yang paling murah, a.k.a table top melamine. kalau yg granit mau laaaagi mahal la..
kalau ikut iklan kedai tu, kata harga dari kilang.saya pun tak tau la RM4100 tu mahal ke tak. kami pun dah tak survey tempat lain dah. kalau korang rajin, pegi la dua-tiga buah kedai lagi. don't worry, biasanya dorang memang sediakan perkhidmatan design free utk dapatkan quotation harga :)


then kitorang tambah breakfast table. kalau ikut rumah asal, wall ni berdiri la sensorang kat situ. nampak macam pelik kan. so kitorang tambah la sikit atas dia supaya leh jadi meja. yang ni pun harga dah RM450. ambik kat kedai yang sama je dengan kitchen cabinet tu.


rupa breakfast table dari luar. angan-angan kami, nak beli kerusi tinggi yang kat ikea tu, leh la buat ala-ala mini bar kat sini :) tapi belum sempat lagi nak g sana..hm..kena ada list yang panjang ni untuk ke ikea :)


next, kami buat plaster ceiling seluruh rumah. dari hall, ruang makan, dapur, bilik-bilik tidur, even toilet dan stor pun dah tukar ke plaster ceiling. bukan apa, ceiling lama yang just papan biasa tu, lama-lama sure rosak la, melendut la..kami dok berkira-kira, one day mesti nak kena tukar gak, masa tu dengan anak-anak yang kecik, sure dah susah nak buat renovation rumah yang melibatkan ceiling ni. so alang-alang nak buat, biar buat satu rumah terus. senang! lepas ni dah tak payah fikir pasal ceiling dah :)


sekali tukar dengan semua soket yang ada kat rumah ni. banyak juga nak buat masa nak pasang plaster ceiling ni. sebab ceiling rumah ni rendah, dorang tak boleh just terus plaster je. dorang kena bukak semua ceiling asal, buat balik semua wiring lampu, tambah wiring+kipas dalam bilik tidur.


pasang juga aircond point dalam bilik. tapi aircond nya belum ada :) saja pasang dulu sebab kalau pasang kemudian pun, nak kena tebuk-tebuk balik. macam susah je pasang kemudian kan. pasang awal-awal, nanti bila dah ada aircondnya, terus pasang je :) tunggu insan bertuah turun dari langit nak sponsor aircond untuk kami la ;p


pasang dua biji kipas dalam bilik tidur utama dan second room. third room ada wiring kipas je, kipas belum beli :)


okey, semua kerja plaster ceiling, wiring, aircond point dan tukar-menukar soket tu melibatkan kos sebanyak RM9900 :) haaa..sila buat kira-kira untuk renovation rumah anda pulak ye :)

untuk kos cat pulak, dalam RM 500 la rumah kecik ni. itupun buat sendiri. encik suami, ayah dan adik-adik saya la duk mengecat rumah ni. banyak keje gak, nak cat putih samua rumah, lepas tu baru cat fink :) kalau nak upah orang memang boleh, tapi kosnya ribu-ribu jugak. sebab nak jimat, cat je la sendiri :)

kalau major renovation, itu je la yang kami buat. tak termasuk lagi beli barang-barang, dua buah kipas cantik kat ruang tamu dan dining hall, dah RM 600, langsir kat ruang tamu RM 850, set bilik tidur dan meja makan RM 5000..kami tak pernah beli set bilik tidur dan meja makan lagi. nasib baik mak saya sponsor yang set bilik tidur tu :) dia nak kami beli yang kayu, tak nak beli yang biasa-biasa sebab dia kata nanti tak tahan lama..hah, alhamdulillah, dah ada yang nak sponsor tang tu pun dah cukup baik :)

pening kepala nak fikir kalau kira pasal duit ni kan. bak kata ayah saya, biasala, nak masuk rumah baru memang macam ni. even kalau beli rumah baru pun nak kena pasang grill, kena tinted sliding door, kalau nak tambah plaster ceiling, lebih kurang mcm ni jugak kosnya :) tapi sebab memikirkan ia adalah rumah sendiri, memang tutup mata je la nak membayar semua-semua tu. rasa puas dan berbaloi berhabis untuk rumah kita sendiri..puas hati!

ni pun sebenarnya banyak lagi nak buat. nak tukar pintu la, nak betulkan sikit bilik air la..tapi yang lain-lain tu pelan-pelan la..rumah kami kecik je. kalau dah buat semua nanti tahun-tahun depan kami dah tak tau nak buat apa..haha, alasan! padahal dana dah tak cukup :) kena kumpul duit semula. masih ada misi yang hendak dicapai awal tahun depan :)

menyelit sikit, view dari rumah kami yang tingkat 8 tu :)


swimming pool yang betul-betul bawah tingkat rumah. selalu duk terfikir, boleh tak nak terjun terus dari sini? nak mati??


perasan tak ada mcD di situ? :)


guard berpalang :)


dah habis cerita kos renovation. bolehla anda start buat bajet untuk rumah masing-masing pulak kan :))

7 comments:

  1. Salam ghan,mmg btl stori mori ghan ni.mmg byk guna duit tuk repair semula umah..kami dah rasa dah..even da duduk 2 thn umah ni pun still ada je yg nk direnovate

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bisa tengok blog saya untuk cek desain rumah terbaru :)

      Delete
  2. ha ah kan..tu la..saja je nak share cite ni.ramai kwn2 tgh tggu beli rumah ni,leh la start mengumpul utk renovate gak.ini harga utk tahun ni..makin lama barang pun dah makin naik harga kan..

    ReplyDelete
  3. Kami ada menyediakan kerja-kerja memasang PLASTER CEILING, WIRING, CAT RUMAH, RENOVATE BILIK AIR, TABLE TOP DAPUR DAN LAIN LAIN. Hubungi Azhar 0179366310

    ReplyDelete
  4. azhar lokasi kt mana der

    ReplyDelete
  5. Ubah suai ruma,pejabat..kolam ikan ,landskap dll terbuka untuk area bangi,kajang,serdang,cheras dan nilai...harga berpatutan..sila call sy amir 0192945175

    ReplyDelete
  6. ASSALAMUALAIKUM TUAN/PUAN. KAMI KONTRAKTOR RENOVATE DAN BUAT RUMAH AREA SELANGOR TERUTAMA LEMBAH KLANG. KERJA BERMUTU DAN ADA WARANTY. SILA HUBUNGI 0122528706 MAT. SEBUTHARGA/QUOTATION DAN SITE VISIT PERCUMA. TERIMA KASIH.

    ReplyDelete