Wednesday, April 11, 2012

nursing while pregnant

assalamualaikum wbt :)

saya berjanji utk menulis tentang breastfeeding during pregnancy kan.
hehe..tipu je kalau sepanjang ni saya study je kan.
saya melepek baring je sebenarnya *cover muka maluu*

okey,saya bagi link kalau anda mahu membaca.
boleh baca di sini http://www.diyaluna.com/diary/2009/05/28/nursing-while-pregnant/
yang ni link kak sue, kaunselor laktasi.
mana tau anda tak percaya pada saya kan..hihihi..

ni pulak link kak farah, juga seorang kaunselor laktasi :)
http://www.sarakids.com/blog/?p=3743

kesimpulan melalui pembacaan *hah,xde mukaddimah, takde perkembangan cerita bagai dan dan terus ke konklusi kan?*

1. menyusukan semasa mengandung adalah SELAMAT jika anda tiada sejarah keguguran dan kelahiran pramatang. kalau pernah ada sejarah-sejarah ini, sila minta pandangan doktor anda okey :)

2. mungkin rasa tak selesa since nipple menjadi sangat sensitif semasa mengandung-yang ni saya belum rasa-masih rasa biasa-

3. kepenatan melampau-menjawab mengapa saya masuk tidur jam 9 malam setiap hari..kihkihkih-bela diri nampak-tapi semangat saya untuk menyusukan damia melebihi segalanya :) *walaupun terpaksa mengorbankan kebersihan rumah dan dapur..hehe..

4. mild-contraction yang dirasai-ala-ala sakit perut dalam kes saya tak cukup kuat untuk menjadi penyebab keguguran. jangan risau. tapi kalau sakit melampau, wajar risau la kan :)

5. jangan risau baby yang dikandung tidak cukup zat. badan kita sangat bijak. walaupun kita mengandung dan masih menyusukan si abg/si kakak, badan akan memberi keutamaan kepada baby dalam kandungan. jadi, mommies yang akan kekurangan zat. maka haruslah makan dengan betul untuk cover balik zat-zat yang diambil tu kan. err..tapi kalau tak lalu makan macam saya macam mana ya? *saya berjanji akan pulun makan bila selera saya kembali-sengih-sengih*

6. penyusuan toddler-dalam kes saya kakak damia dah berusia 1tahun 6 bulan hanyalah untuk bonding sahaja. kakak damia tidak bergantung sepenuhnya kepada susu ibu. zat-zat untuk pembesarannya datang dari makanan. susu hanyalah pelengkap :) saya tahu kakak damia mula rasa terpinggir sejak saya melepek je ni. dia lagi ligat menagih perhatian, menyepahkan seluruh rumah dan mahu menyusu sepanjang malam. hoho..kali ni rasa kesian dengan dia. takpe kakak, kejap je, nanti kakak dah ada kawan bermain, mesti kakak dah happy :)

7. amaun susu mungkin akan mula berkurang bila memasuki trimester kedua *eh, kenapa saya dah mula kurang sejak awal?emosi agaknya kan?* jadi toddler seperti kakak damia mungkin boleh diberi freshmilk jika perlu :)

8. susu akan berubah komposisi-menjadi lebih masin kerana lebih sodium dengan kewujudan plasenta dalam rahim ibu-menjawab kenapa kakak damia kadang-kadang minta air masak selepas menyusu di waktu malam.

so mommies, tiada apa yang perlu dirisaukan untuk menyusu semasa mengandung ini. jika anda berjumpa doktor dan doktor suruh stop serta-merta, saya nasihatkan anda untuk mendapatkan second opinion dari pakar laktasi/doktor yang pro-bf. tak semua doktor menyokong penyusuan susu ibu ini dan jangan ingat semua doktor tahu tentang susu ibu :)

happy breastfeeding mommies :)

No comments:

Post a Comment