Saturday, March 31, 2012

kangar-alor setar

lama dah rasanya upload gambar2 ni dan tepek kat blog.
tapi nak menulis ceritanya tu payahhh ya amat!
hoho,sedang mabuk-mabukkah?
oh tidak-tidak..*defensive ;p *
cuma saya tiada selera makan dan selalu penat.
hari-hari tidur jam 9.30 malam. *prfff*

okey, nak tunjuk gambar-gambar masa trip ke utara.
temankan encik suami outstation ke kangar dan alor setar.
saya ngendeng-ngendeng nak ikut, gara-gara takut nak duk rumah sendiri. kihkihkih..

kakak damia bosan duduk lama-lama dalam kereta.
kami bertolak 6.30 am dari kajang dan sampai Hotel Seri Malaysia Kangar pukul 3.00pm.
saya bagi kertas dan pen untuk dia menghilangkan bosan.
sampai dah siap lukis-simpan kertas-lukis lagi, tak jugak sampai-sampai kan kakak.

jadi saya ajak damia bergambar.
dan dia mula la explore kamera untuk mengambil gambar sendiri ;p

fuh..fuh..hampir sampai ke destinasi.

tadaaa...hello kangar!
masa untuk check-in hotel dan merayap-rayap sekitar utara.


kesian hotel ni.
eh,kesian kat kami kena layan diri sendiri tau.
kena tolak troli ke bilik sendiri.
aih, patut dapat diskaun harga bilik hotel kan..

bilik kami- tu dia...ada amoi bahagian maintenance untuk pastikan kondisi semua lampu berada dalam keadaan yang memuaskan.

haaa..yang ni paling mak buyung tu suka.
shopping kat padang besar!
gigih encik suami drive demi memenuhi permintaan bini dia tau.


take a break and enjoy my nenen :)


encik suami ajak g melepak kat tepi jeti kuala perlis.
makan seafood kat sini :)
memang hobi kami kan..



sedapppp...dan mahal!
kihkihkih..

esoknya, encik suami kerja dari 8 pagi hingga 1 petang.
 peluang untuk mama dengan damia sambung tido kat bilik ;p
pukul 2 pm, after check-out semua kami gerak ke alor setar.
oh,pertama kali jejak sini dan saya suka pasar rabu :)

tapi tak teringat nak ambik gambar pekan rabu.
gara-gara sibuk menyopping kan..

ahad, 18 mac kami gerak balik kl.
dari alor setar pukul 2 petang,lepas encik suami habis kerja.
sampai kajang pukul 11 mlm.
dan esoknya kena pegi sekolah mcm biasa *pengsan*


rasa dah besar dah kakak damia.
kadang-kadang rasa sangat kesian dengan dia.
rasa saya belum puas nak sayang dia.
ni dah nak jadi kakak dah :(
hoho,perasaan apakah ini?
agaknya normal la ibu-ibu mengandung ni beremosi kan :)

No comments:

Post a Comment