Sunday, March 11, 2012

diet style mama damia

susulan entry ini.

pagi ini, 12 mac 2012, hasil timbangan adalah seperti ini.


haa..ada sikit lagi..sikit lagi yang perlu diturunkan..tak boleh lebih-lebih..encik suami marah :)

tips berdiet :
1. sediakan sebuah timbangan digital di bilik anda.
2. tetapkan target yang perlu dicapai, contohnya perlu kurangkan 1kg dalam masa sebulan :) eh macam kenal je target itu ;p
3. fikirkan strategi, portion makan, apa yang perlu dan tidak perlu dimakan. contoh, makan nasi seperti biasa tetapi tidak boleh makan bertambah. hadkan minuman manis sehari sekali dan elakkan minum air berais.
4. mulakan hari anda dengan menimbang berat badan dan catatkan hasilnya-supaya anda dapat melihat progression anda selama sebulan tersebut.
5. saya juga kerap catatkan apa yang saya makan- jadi saya boleh tau apa jenis makanan yang membuatkan berat saya naik, jadi senang la nak elakkan makanan tersebut.

*sebenarnya acik malu nak share cacatan ini-program diet saya masa 2008- tapi share demi kebaikan kan ;) *


6. pelajari menu sihat dan aplikasikan dalam kehidupan. no junk food dan lebihkan air.
7. jangan menyeksa diri. niatkan berdiet untuk kesihatan, kalau kita tak kawal makan mulai sekarang, makin lama lemak semakin menimbun dan ia semakin susah untuk disingkirkan.
8. DISIPLIN- berdiet adalah mengubah keseluruhan cara hidup kita. dari apa yang kita makan sehinggalah kepada aktiviti seharian kita.
9. banyakkan aktiviti fizikal, turun-naik tangga, pegi la berjogging, kalau mampu boleh pergi gym. duduk depan laptop dan mengupdate blog sahaja takkan mengeluarkan peluh tau. eh,sentap acik tau!

saya percaya 'we are what we eat'. tiada shortcut untuk kurus melainkan kita mengubah tabiat makan kita. kalau kita tidak menilai apa yang kita makan, pakai la produk apa pun, ia tidak akan berhasil.

mari menjaga kesihatan mommies :)

No comments:

Post a Comment