Saturday, March 31, 2012

kangar-alor setar

lama dah rasanya upload gambar2 ni dan tepek kat blog.
tapi nak menulis ceritanya tu payahhh ya amat!
hoho,sedang mabuk-mabukkah?
oh tidak-tidak..*defensive ;p *
cuma saya tiada selera makan dan selalu penat.
hari-hari tidur jam 9.30 malam. *prfff*

okey, nak tunjuk gambar-gambar masa trip ke utara.
temankan encik suami outstation ke kangar dan alor setar.
saya ngendeng-ngendeng nak ikut, gara-gara takut nak duk rumah sendiri. kihkihkih..

kakak damia bosan duduk lama-lama dalam kereta.
kami bertolak 6.30 am dari kajang dan sampai Hotel Seri Malaysia Kangar pukul 3.00pm.
saya bagi kertas dan pen untuk dia menghilangkan bosan.
sampai dah siap lukis-simpan kertas-lukis lagi, tak jugak sampai-sampai kan kakak.

jadi saya ajak damia bergambar.
dan dia mula la explore kamera untuk mengambil gambar sendiri ;p

fuh..fuh..hampir sampai ke destinasi.

tadaaa...hello kangar!
masa untuk check-in hotel dan merayap-rayap sekitar utara.


kesian hotel ni.
eh,kesian kat kami kena layan diri sendiri tau.
kena tolak troli ke bilik sendiri.
aih, patut dapat diskaun harga bilik hotel kan..

bilik kami- tu dia...ada amoi bahagian maintenance untuk pastikan kondisi semua lampu berada dalam keadaan yang memuaskan.

haaa..yang ni paling mak buyung tu suka.
shopping kat padang besar!
gigih encik suami drive demi memenuhi permintaan bini dia tau.


take a break and enjoy my nenen :)


encik suami ajak g melepak kat tepi jeti kuala perlis.
makan seafood kat sini :)
memang hobi kami kan..



sedapppp...dan mahal!
kihkihkih..

esoknya, encik suami kerja dari 8 pagi hingga 1 petang.
 peluang untuk mama dengan damia sambung tido kat bilik ;p
pukul 2 pm, after check-out semua kami gerak ke alor setar.
oh,pertama kali jejak sini dan saya suka pasar rabu :)

tapi tak teringat nak ambik gambar pekan rabu.
gara-gara sibuk menyopping kan..

ahad, 18 mac kami gerak balik kl.
dari alor setar pukul 2 petang,lepas encik suami habis kerja.
sampai kajang pukul 11 mlm.
dan esoknya kena pegi sekolah mcm biasa *pengsan*


rasa dah besar dah kakak damia.
kadang-kadang rasa sangat kesian dengan dia.
rasa saya belum puas nak sayang dia.
ni dah nak jadi kakak dah :(
hoho,perasaan apakah ini?
agaknya normal la ibu-ibu mengandung ni beremosi kan :)

Monday, March 19, 2012

second junior

assalamualaikum mommies :)

saya nak berkongsi kegembiraan dengan anda semua :)

its our second baby.
masa check ni, 17mac, sempena ulangbulan hubungan sy dan suami ke 90 :)
haha,ulangbulan pun nak kira kan ;p
kira hadiah dari saya untuk encik suami la.
hadiah untuk saya? eh,saya awal-awal dah request medela freestyle tau.
*peningla encik suami nak kumpul duit ;p *

alhamdulillah..ia seperti yang diharapkan dan didoakan.
kalau ikut kiraan jari-jemari saya ni, si dia sepatutnya berusia 5 minggu.
tapi kami tak pegi jumpa doktor untuk confirmation lagi.
sebab mengikut pengalaman (wah,pengalaman tu..) usia 5 minggu ni tak nampak apa pun lagi kalau scan.
just nampak kantung dia je.
so kami decide untuk menunggu lagi beberapa minggu supaya boleh terus scan :) jadi bolehla nak tau edd si dia kan..
eh,tapi mulut murai saya ni tak sabar-sabar nak berkongsi berita gembira dengan anda..isk..isk..

doakan kami eh!
semoga baby in mommy's tummy membesar dengan baik dan sihat.
mama tak sabar nak tengok rupa second junior kami ni.
macam encik suami kah? macam saya kah?atau macam kakak damia?

haha,its really a good feeling.
alhamdulillah....

oh,saya sedang study tentang nursing while pregnant.
nanti saya berkongsi dengan anda ya!

Tuesday, March 13, 2012

marking oh marking

ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh *mode acik lega sikit habis marking*
lima kelas tu..rasa berpinar-pinar biji mata acik nak nengok jawapan pelajar.
apatah lagi nak menilik setiap tulisan tangan..fuh..fuh..
nasib baik la paper math je..kalau karangan bahasa malaysia, mau pitam-bangun balik-pitam semula acik menandanya tau!

ha..nengok..nengok..gigih acik tu menanda. siap ada semug nescafe buat tongkat mata yang kejap hijau kejap biru dek jawapan bebudak tu dan eh? nape ada remote control tv di situ?

settle bab menanda, yang sebenarnya hanya 80% dari markah sebenar.
haa..mana datangnya lagi 20%


tadaaa....


20% lagi datang dari markah pentaksiran pembelajaran.
huehuuhuuu..ni la den paling lomah sekali.
dahla ada 43pelajar x 5 kelas.
tiap sorang pelajar acik kena bg markah tau!


ada 6 kriteria yang diambil kira : tugasan, mutu kerja, ketepatan masa, kehadiran, sikap dan penglibatan.
weh..weh..sekolah korang ada macam ni tak?
rumit kan..pening acik nk bg markah tiap sensorang.

tulis tangan pulak tu!


dengan kotak kecik-kecik, acik pun kena kecikkan mata nak isi form ini.


dan yang paling tak best, musim dapat markah, akan berduyun-duyun la segala jenis bodekan terhadap cikgu-cikgu untuk mendapatkan markah.
maka bertebaranlah janji-janji manis bebudak ni untuk berkelakuan baik di masa-masa akan datang.
tapiiiiiiiiiiiiiiiii....

musim exam je la..lepas tu dorang buat la perangai balik..aihhhh!!!

Monday, March 12, 2012

amalan kecantikan?

saya sedang mencuba produk ini.
*ah,macam-macam mama damia ni kan..kejap gila nak kurus-ni gila nak cantik pulak*
gambar ehsan dicuri-dengan-izin encik google.
 

lately ni rasa macam concern je dengan kecantikan diri sendiri tau.
bila rasa gemuk, mula la gila-gila nak berdiet.
bila muka nampak berkedut sikit, cepat-cepat cari produk yang ada collagen.

yelah, bila kira-kira-jari-tangan-campur-jari-kaki-campur-jari-anak, tahun ni saya masuk 27tahun..phewww..
bila tengok orang lain sibuk ambik produk itu ini, saya pun mula la terikut-ikut sama..isk..isk..isk..
tapi saya percaya, wanita-wanita cantik di luar sana tu mesti ada amalan kecantikan masing-masing kan.
so saya fikir kena la bermula sekarang. esok-esok kalau dah terlambat, nangis tak berlagu laaa..
lagipun, better la amalkan sesuatu dari tak ambik pape langsung kan :)

okey, review produk..
produk ni produk muslim.
jadi tak perlu ragu-ragu tentang kandungannya.
ia terdiri dari coklat + kolagen marin + vitamin c + vitamin e.
saya suka produk ini :)
sebab ia macam coklat. bila nak makan rasa semangat sebab macam makan coklat biasa je :)
tapi produk ni agak mahal. RM 49 untuk 12biji coklat. satu hari kena makan satu biji, 3 jam selepas makan malam.
*psst..tapi acik tu kan, nak berjimat punya pasal, dia makan setengah biji sehari. jadi sekotak leh tahan 24 hari..kihkihkih*





actually baru seminggu saya makan menda alah ni.
so far okey la, saya suka sebab kulit muka rasa makin lembap-lembap gitu :)
dan acik pun semakin rajin membelek muka di cermin untuk melihat perubahan-perubahan yang berlaku sambil tersenyum-senyum di hadapan cermin.

ohoho..saya tak jual produk ini tau!
ni pun just berkongsi cerita.

jadi amalan kecantikan anda bagaimana?

new activity

assalamualaikum wbt.

aunty..tengok damia ni..
ada je keje dia yang membuatkan mama rasa nak jerit kuat-kuat.
*menjerit tidak baik untuk psikologi anak okey*


ayah damia ni memang rajin bawak balik pen dari opis.
merata-rata ada pen, dan pantang lepa, mula la anak dara ni buat projeknya..huahuahuahua..


selain dinding, kaki pun turut menjaga mangsa kekreatifan damia ni.



haaa..jangan tak tau..cib b mama pun dia conteng tau..*huahuahua sekali lagi*

Sunday, March 11, 2012

diet style mama damia

susulan entry ini.

pagi ini, 12 mac 2012, hasil timbangan adalah seperti ini.


haa..ada sikit lagi..sikit lagi yang perlu diturunkan..tak boleh lebih-lebih..encik suami marah :)

tips berdiet :
1. sediakan sebuah timbangan digital di bilik anda.
2. tetapkan target yang perlu dicapai, contohnya perlu kurangkan 1kg dalam masa sebulan :) eh macam kenal je target itu ;p
3. fikirkan strategi, portion makan, apa yang perlu dan tidak perlu dimakan. contoh, makan nasi seperti biasa tetapi tidak boleh makan bertambah. hadkan minuman manis sehari sekali dan elakkan minum air berais.
4. mulakan hari anda dengan menimbang berat badan dan catatkan hasilnya-supaya anda dapat melihat progression anda selama sebulan tersebut.
5. saya juga kerap catatkan apa yang saya makan- jadi saya boleh tau apa jenis makanan yang membuatkan berat saya naik, jadi senang la nak elakkan makanan tersebut.

*sebenarnya acik malu nak share cacatan ini-program diet saya masa 2008- tapi share demi kebaikan kan ;) *


6. pelajari menu sihat dan aplikasikan dalam kehidupan. no junk food dan lebihkan air.
7. jangan menyeksa diri. niatkan berdiet untuk kesihatan, kalau kita tak kawal makan mulai sekarang, makin lama lemak semakin menimbun dan ia semakin susah untuk disingkirkan.
8. DISIPLIN- berdiet adalah mengubah keseluruhan cara hidup kita. dari apa yang kita makan sehinggalah kepada aktiviti seharian kita.
9. banyakkan aktiviti fizikal, turun-naik tangga, pegi la berjogging, kalau mampu boleh pergi gym. duduk depan laptop dan mengupdate blog sahaja takkan mengeluarkan peluh tau. eh,sentap acik tau!

saya percaya 'we are what we eat'. tiada shortcut untuk kurus melainkan kita mengubah tabiat makan kita. kalau kita tidak menilai apa yang kita makan, pakai la produk apa pun, ia tidak akan berhasil.

mari menjaga kesihatan mommies :)

Saturday, March 10, 2012

misi gedik-gedik

current weight : 48kg.
acik tu nak turunkan berat jadi 47kg :)
kalau ikutkan, nak je turun lagi dan lagi dan lagi.
tapi encik suami dah mula jeling-jeling.

okey..okey..47kg saja ya! ;p
mode : mari berusaha :)