Saturday, February 25, 2012

rutin harian mama damia

selalunya saya baca jadual harian supermaks yang lain, rasa kerdil je diri ini.
oh.oh rupanya mereka lebih rajin dari saya, dan saya kurang rajin dari mereka. wah, apakah?

mari la saya share jadual mama damia ni ye :)

hari saya bermula seawal 5am, ahaks, ramai lagi yang lebih awal ye ;p
bangun, mandi dan terus capai pam kesayangan hamba itew.
biasanya 5.10am-5.35am adalah waktu mengepam, sesambil menghapdet status fesbuk, dan mengintai-ngintai KIM kechentaanku :)

5.35am, siap mengepam, saya turun ke bawah, masak air, bilas corong pam, simpan susu yang baru diperah.
sambil tunggu air masak, saya kemas-kemas susu damia, masukkan dalam botol ikut sukatan dan nomborkan. nanti encik suami just masukkan dalam cooler bag sebelum dia hantar cik damia ke sekolah.
air masak, bancuh nescafe 2 mug, satu untuk saya, satu lagi untuk encik suami. encik suami akan minum sebelum dia pegi keje nanti :)
dari umur 16tahun, nescafe setiap pagi adalah wajib bagi saya. hah, yang ni kalau tak dapat sehari memang la gelap gulita hariku *wah, berdrama seketika!* tapi still, saya akan limitkan satu mug sahaja sehari. okey, saya mengaku kadang-kadang terlebih juga ;p

6am, naik semula ke atas, bersiap dan solat subuh. kalau awal-awal tahun macam ni, subuh masuk lambat, jadi saya solat dengan pakaian kerja yang lengkap bertudung! ha ah, rasa tak sempat la kalau dah solat tu baru nak pakai tudung semua..kalau dah siap-siap pakai tudung, lepas solat saya terus gerak pegi kerja je.

lepas solat subuh saya turun bawah, kemas beg pam, cooler bag dan botol air saya ke sekolah. masukkan barang-barang dalam kereta. encik suami panaskan enjin, bukakan pintu gate dan biasanya saya gerak ke sekolah dalam pukul 6.15am-6.20am.

perjalanan 33km kajang-pj ni dah tak rasa jauh dah. yelah, dah 2tahun lebih duk berulang-alik kan. saya memang sengaja keluar awal, nak mengelak jam. keluar waktu ini pun kereta dah banyak, nak-nak kat area hubungan timur barat depan midvalley tu. belum kira sakit jantung tengok orang lain duk asyik potong line je..paling tak suka okeh org yang xnak ikut queue.

biasa saya sampai sekolah pukul 6.55am camtu.thumb-in dan bermulala hari kalut saya.
ke hulu-hilir naik tangga turun tangga, terjerit-jerit sepanjang hari, memang memenatkan. lagi-lagi saya mengajar budak-budak form 1 dan form 2, masing-masing pun masih berperangai kanak-kanak ribena. fuhhh..tapi kadang-kadang saya tersenyum-senyum tengok gelagat bebudak ni, semuanya mengingatkan saya pada zaman persekolahan saya dahulu kala. dorang main ejek-ejek nama ayah, main sep-sep(tahukah?) hoho, they made my day everyday!

isnin hingga rabu, balik sekolah kul 2.30pm, kalau kena duty ko-k, sila la stayback sampai rasa nak pengsan kat sekolah tu ;p balik pukul 5pm,6pm, pastu sure jam kat federal hgway, memang menyakitkan semua-semuanya. dahla badan penat..terfikir mcm mana la orang yang duk hari-hari makan jam sapu atas roti layan jam tu.

kalau saya balik tepat 2.30pm, biasanya saya akan sampai area kajang dalam 3.30pm, then ambik makcik kecik kat taska dia. sampai rumah, dengan tak sempat nak bukak tudung, sure anak kecik tu nak mintak nenen dia. tak menyempat langsung, lambat sikit mula la start enjin dia tu, nangis macam kena dera je.

menyusukan damia sambil baring dan saya terlelap sama..hoho,penyusuan susu ibu kan merembeskan hormon oksitoksin yang menyebabkan anak dan ibu menjadi tenang dan mudah mengantuk. ha ha, alasan!

tidur petang dalam sejam dua untuk recharge energy, bangun semula, solat asar dan siap-siap untuk memasak makan malam.
biasanya sebelum balik sekolah kena tanya encik suami nak makan apa :)
nanti balik sekolah saya singgah kedai runcit dan beli apa-apa yang patut untuk memenuhi selera encik suami.
oh, saya bukannya memasak tiap-tiap hari ok.
kalau betul-betul penat, saya akan mintak cuti dari encik suami dan kami makan di luar saja.
simple kan encik suami saya..tak banyak kerenah. love u dear :)

siap masak sebelum maghrib, solat maghrib dan mengaji dengan damia.
tunggu encik suami balik, dan dinner sama-sama.

lepas dinner, saya kemas dapur, basuh botol-botol susu damia, encik suami kemas meja dan kemas anak..
lepas siap kemas, perkara yang paling saya suka hari-hari, simpan stok susu :)
susu-susu yang damia tak minum masa kat nursery saya pindahkan ke dalam storage bag, dan masukkan dalam deep freezer :)

then rehat kejap, tengok tv, tengok suami, tengok anak ;p
iron baju, solat isyak dan masuk tidur pukul 11pm (saya hairan kenapa kena sebut masuk tidur?ataupun pergi tidur?)
dan tidur sampai 5am, dan berulang lagi rutin saya saperti di atas :)

berapa banyak dan daaa... ;p

No comments:

Post a Comment