Sunday, February 12, 2012

mainan psikologi

assalamualaikum mommies :)

bulan ni damia masuk 1tahun 5 bulan..bulan depan setahun setengah :)) *mama senyum sampai telinga*

sejak naik sekolah januari lepas, damia refuse utk minum ebm..pheww..perangai apa pulak ni nakk..
cikgu dia kata dia buat main je. main tuang-tuang, pastu lap guna seluar dia.
tapi bila balik rumah siapla, melekat je dia dengan mama, nak menyusu puas-puas :)
saya duk tanya-tanya kat encik gugel, rupanya memang ada jenis baby macam ni.
sebab dia dah tau lebih syok direct feeding daripada guna botol.

lagipun damia dah lepas setahun, so nutrien utamanya dari pemakanan, susu hanya pelengkap.
penyusuan selepas setahun lebih kepada emotional purposes. anak nak bermanja dengan ibu, rindukan bau ibu lebih-lebih lagi bila ditinggalkan ibu masa pegi kerja.
dia menyusu bukan sebab lapar sangat pun :) dia nak mama dia je :))

tapi saya tetap bekalkan ebm untuk damia ke nursery.
selalunya saya bekalkan 3oz x 4botol.
tapi yang luak cuma 2 botol.
tu pun dia main-main, tak minum betul-betul pun.
akhirnya terpaksa la cikgu2 tu buang..sayang kan..

jadi sejak-sejak saya dah ada anak tiga ni, saya kena la jimat-jimatkan ebm saya kan.
so langkah awal, nak bekalkan 2oz x 4botol je ke nursery.
tak nak bekalkan terus kang macam tak sampai hati plak.
kalau isi 2oz je tiap botol, kalau terbuang pun tak la rasa ralat sangat kot :)

tapi, masalah saya, bila isi 2oz dalam botol berkapasiti 5oz, nampak sangat sikitnya.
haha,kena main psikologi di sini.
makanya saya pun beli botol berkapasiti 2oz ni..


comel kan botol-botol baru saya berderet macam ni :)


kat level 1oz ada tulis 'tq mom' kat level 2oz ada tulis 'love u mom'
senyum-senyum acik tu baca tau :))
sebenarnya botol ni untuk new mommies yang baru-baru mengepam.
yela, di awal kelahiran, susu tak establish sepenuhnya lagi.
pam pun dapat sikit, so kalau simpan dalam botol mcm ni, nampak la macam banyak walau hakikatnya 2oz je kan :) motivasi tu..

okeh, mari lihat macam mana mainan psikologi oleh botol ini.
ini 2oz susu yang dimasukkan dalam botol berkapasiti 5oz.
alahai, nampak sangat ciputnya kan..


dan ditransfer ke botol berkapasiti 2oz.
nampak 'banyak' sebab botol ni penuh kan :)
*acik tu tersenyum lagi sampai telinga*


jadi inilah bekalan esok hari untuk little momot saya :)
minum betul-betul nak..gigih mama mengepam ni.


botol-botol lama yang perlu direvise semula.
ada yang dah perlu dibuang sebab dah lebih 6 bulan digunakan.
harusss dah expired!


happy working mom :)

6 comments:

  1. owh..idea yg menarik la, sok nak wat camni, sbb zahra pun sama cam damia, main2 nyusu ebm, tp balik umah mengempeng x hingat. skrg 1 hari luak 1 botol 4 oz jek tu pun x habis minumnye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa sayang bila ingat susu kena buang kan.cikgu damia kata dia memang xnak minum.tapi dorang panaskan juga kot-kot dia nak minum. tapi akhirnya memang tak minum.huahuahua..last-last sy cakap kat cikgu tu botol nombor 2 dah tak payah panaskan..

      Delete
  2. Replies
    1. acik pun teruja tengok makanan2 kamu.nampak menyelerakan walaupun itu sebenarnya makanan anak..kikiki..

      Delete
  3. teruja.. sangat teruja.. botol ebm 2, boleh beli di mana... kebanyakkan mom store.. jual 5 oz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya beli kat MLO bangi.aah,kalau kedai biasa susah sikit nak jumpa..online rasanya ada kot.cuba jengah kat sarakids tu :)

      Delete