Saturday, February 18, 2012

breastfeeding tips

assalamualaikum wbt :)
di pagi cuti update belog ya mama!

pagi ni saya mengepam macam biasa.
oh, ni dah jadi rutin sejak lebih setahun yang lepas tau.
walaupun hari cuti, cuti sekolah ke, weekend ke..saya akan mengepam di subuh hari :)
tak susah ke?ala..tak susah la..alah bisa tegal biasa.
tengok pejam-celik-pejam celik saya dah mengepam selama setahun lima bulan :))

hari ni ini hasilnya.


alhamdulillah, 3oz..biasanya saya dapat 2oz, semalam saya dapat 1oz. selalunya kalau dapat banyak, saya gembira, rezeki anak-anak saya. kalau dapat sikit pun saya gembira sebab saya tau selain dari yang sikit tu, selebihnya dah masuk dalam perut damia :) harus gembira kalau susu kita masuk ke perut anak dan menjadi sumber tenaga, menjadi darah daging..kan..kan?

mahu tips menyusukan?
bagi saya satu je tips yang paling utama. KONSISTEN!
ada lagi?
tetapkan jadual mengepam dan mesti ikut jadual tersebut.
mula mengumpul stok yang banyak semasa dalam cuti bersalin.
semasa mula bekerja, pastikan pengosongan breast dilakukan dengan efisien, pam setiap 3jam-4jam.
kalau sangat-sangat tak sempat, gantilah sesi yang tertinggal dengan powerpumping semasa di rumah.

ops, jangan skip mengepam di rumah. bagi saya, kalaupun tidak dilakukan dengan kerap seperti semasa kita di tempat kerja, satu sesi di subuh hari sudah banyak membantu.
hei..hei..2oz tu lebih baik dari saya sambung tido dan tidak dapat apa-apa tau!

janganlah rasa gembira bila anda sudah menggunakan stok anda tanpa menggantinya semula.
pastikan stok sentiasa rotate, sentiasa ada stok yang baru.
ingatlah tidak sepanjang masa kita dapat hasil yang meriah. ada masa sakit, masa period, even kadang-kadang kita tak tau kenapa susu kita tiba-tiba drop.

saya sangat merindui masa-masa kemeriahan macam gambar di bawah.
tapi kena la akur sebab damia dah jadi budak besar la sangat.
ini perahan sesi pagi beberapa bulan lepas. yang paling meriah dalam rekod la ni kot :)

tak kiralah berapa hasilnya, tolongla mengepam, mengepam dan mengepam.
tak perlu ada alasan tak sempat, anak asyik nak mengempeng je.
ibu-ibu sendiri tahu bila masanya anda 'ada masa' untuk mengepam itu.
hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih.

saya enjoy dengan journey ini :)
breastfeeding is really my passion!

melihat perkembangan anak di depan mata. dari tidak pandai apa-apa, sampai dah tahu macam-macam :)
kalau diberi pilihan, saya mahu jadi SAHM, duduk rumah dan menjaga anak sendiri.
tapi..tapi..tapi..saya mahu juga jadi ibu bekerjaya :)
jadi dengan breastfeeding, walaupun jauh di mata, susu saya masih ada bersama damia.
cool kan?

mencium pipi, membelai rambut, mengeletek perut, menilai setiap inci tubuhnya, saya bahagia bila ingat semuanya tumbuh dari air susu mama :) syukur alhamdulillah..alhamdulillah..
saya tak tau sampai apa akan berlaku di masa depan.
yang saya tahu, dengan setiap kesempatan yang ada sekarang, saya mesti memberi yang terbaik untuk damia :)

breastfeeding is sunnah!

No comments:

Post a Comment