Monday, February 13, 2012

anak ketiga saya

**entry ni lama tertunggak dalam draft-saya tunggu green light ummi fana untuk saya publish gambar anaknya :) **

assalamualaikum w.b.t :)

wah,senyum-senyum acik bagi salam ya.
ada apa-apa kah?
haa,mestiii ada..

okeh, masih cerita pasal breastfeeding journey saya :)
damia masuk 1 tahun 5 bulan februari ni..oh, bulah depan sudah setahun setengah :)
masih menyusu sepenuhnya dengan stok masih bernyawa dalam df..alhamdulillah...

last week ummi fana msg di fb saya, bertanya kalau saya ada kawan atau saya sendiri mahu jadi ibu susuan kepada anaknya..
hmm..jawapannya,saya tiada kawan yang ada stok berlebihan.
*oh,puas saya fikir solution utk soalan ini tau ;p *
dalam hati saya, kalau la ramai ibu yang aware untuk mengepam-mengepam-mengepam, kumpul stok dengan banyak dan boleh membantu ibu-ibu lain kan bagus..

saya berbincang dengan encik suami, soalan cepu cemas darinya ialah "mama mampu ke?"
adoi..kalau nak ikutkan,saya dah tak mampu nak produce susu macam dulu-dulu.
hasil perahan harian saya sekarang berlegar-legar sekitar 9oz. damia minum lebih kurang 2oz-4oz sehari, jadi saya boleh la menyimpan dalam 5oz sehari..fuh, dah tak mampu nak cecah belas-belas oz macam dulu-dulu.
*nota laktasi : semakin meningkat usia anak, susu juga semakin berkurang sebab kurangnya demand, anak dah mula makan dan ada pelbagai sebab lagi-yang saya terima sebagai inilah-lumrahnya*

tapi..tapi..jauh di sudut hati, saya sangat kasihan dengan anak ini. aih,bajet keibuan sungguh kan ;p
betul, kalau ada pilihan, saya tak mahu lihat anak disusukan dengan susu formula..entah la kenapa ada perasaan macam ni.(tapi bagus juga kan? ;p )

setelah mempertimbangkan pelbagai sudut, saya bertekad mahu membantu anak ini sedaya yang boleh. saya tahu mungkin saya tak mampu nak tolong dalam jangka masa yang lama, tapi saya akan cuba membantu sementara ummi anak ni berusaha membanyakkan susunya sendiri :)
ya Allah, permudahkanlah..

jadi, perkenalkan anak ketiga saya *jeng-jeng-jeng*

ini khalilah :) lahir pada 3 jun 2011, baru 8 bulan usianya.
target saya dan ummi fana, paling kurang pun biar khalilah dapat minum susu ibu sampai umur setahun.
kita sama-sama usahakan ya ummi :)
ya Allah, limpahkan rezeki untuk anak ini minum susu kami, sebaik-baik makanan yang Engkau kurniakan kepada anak-anak kami..amin..

status facebook saya pada 9 februari lepas :
seorang lagi 'adik segera' utk damia.menjadi seorg ibu susuan,sy bharap anak2 ini akan jd saham akhirat sy.susu sy mjadi darah daging mereka,moga2 bila mereka berbuat kebaikan,tempiasnya dpt kat sy.bila mereka mdoakan ibu bapa mereka,semoga doa tu juga dpt pada sy :) 
*mode ibu beranak tiga*

bila saya sebut saya ada anak susuan, mesti ada yang buat muka pelik dan bertanya "nanti kalau terkawin adik-beradik sesusuan mcm mana?"
acik tu senyum-senyum je tepuk dahi. saya dah buat yang terbaik, saya akan simpan copy surat beranak anak-anak susuan saya, saya akan sentiasa keep-in-touch dengan family anak-anak susuan saya. bila anak-anak ini sudah faham, saya akan terangkan hubungan adik-beradik mereka. selebihnya, saya berserah pada Allah. saya percaya Allah menggerakkan hati saya untuk buat semua ni. jodoh pertemuan kan di tanganNya. saya berdoa dan percaya Allah akan membantu saya memelihara hubungan ini :)

1 comment:

  1. ape yang berlaku itu sudah ketentuan Allah....Allah maha merancang segalanya

    ReplyDelete