Friday, January 27, 2012

...

lama sangat dah tak update.
nak update status mukabuku pun tiada mood, maka blog pun terabai lama.
taktau la kenapa, dalam hati rasa ada banyak sangat nak kongsi.
contoh,ambil-gambar-begini,nanti-nak-cerita-macam-ni.
tapi kadang-kadang bila begini rasa ada orang skodeng kehidupan seharian sy pulak *pengsan!*

hidup begitu-begini, nak itu-ini, harus macam tu-macam ni,
akhirnya sedar ada banyak hakikat yang belum saya dapat accept dlm kehidupan saya.
kesian kan..but i am struggling for it.
penat mencuba, akhirnya saya biarkan ia seadanya.
ok, tapi masih menyeksa jiwa.

agaknya saya perlukan seseorang untuk diluahkan.
cik diary mungkin? macam dolu-dolu kan.

ataupun saya terlalu banyak demands, bila tak mengikut apa yang saya mahukan, mulalah meroyan!*fengsan lagi*
ataupun saya ni sebenarnya banyak sangat masa senggang sampai takde keje lain nak buat?
*sighhh*

maaf anda, terpaksa pula membaca aura negatif saya ini..fuh!

Wednesday, January 25, 2012

happy birthday sayang :)

23 januari 2012.
encik suami saya genap 27 tahun..hah?sudah tua kah?



happy birthday b:)
semoga diberi ketenangan, dipanjangkan usia, beroleh keberkatan sepanjang usia..


semoga kita bahagia selamanya, tanpa ada orang ketiga (hah?)

Friday, January 6, 2012

supplement vs breastfeeding

hai all :)
tak boleh nak mengamuk di sana, acik mengamuk kat sini boleh?
haha..suka hati la kan..ini belog acik!

lately ni(eh, bukan dari dulu ke?) rasa menyampahhh je dengan orang-orang yang suka suki membuat pelbagai fakta tentang supplemen dan breastfeeding.

ada hari tu, seorang ibu mengadu anak dia kurus, ramai kawan-kawan tegur anak dia tak setembam anak-anak orang lain.(ala..sure la mengadu kat grup tuuuu..)
then ada pulak hamba Allah tu jawab cenggini 'anak saya dulu pun kurus, menyusu sekejap-kejap.pastu saya minum esp shaklee, susu jadi pekat,alhamdulillah anak saya lebih kenyang bila menyusu.nak cuba meh pm saya.saya bagi special price punya'

bila saya jawab utk ibu bermasalah tu kaji balik penyusuannya, tengok sama ada anak tu dapat hindmilk sepenuhnya atau tak, leh plak puan penjual ni tadi kata 'tu la istimewanya susu ibu, ibu makan supplement, anak dapat khasiatnya'

cis..cis..cis..ku rasa nak seligi je mommy ni tau!
meh acik copy paste fakta-fakta dr nadrah (fb nadrah arifin)

Pertama: Kandungan kalsium dlm breastmilk tidak berubah walaupun seorang ibu tidak mengambil sebarang calcium supplement dan tidak mengambil sumber makanan yg mengandungi banyak kalsium. Badan ini terlalu bijak dijadikan oleh Tuhan utk menghasilkan kalsium sendiri dlm susu ibu utk bekalan si bayi. Terdapat bbrp kajian juga telah membuktikan bahawa penganbilan supplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak menaikkan level kalsium dlm susu ibu.

Kedua: Yang message saya suruh beli vitamin Bco utk naikkan kualiti susu ibu...maaf, saya berpegang kpd evidence-based, bukan pengalaman based. Vit B adalah vitamin larut air, maka mudah juga di serap kedalam susu ibu. Oleh itu, anda yg makan vit B akan mengalami perubahan warna susu ibu iaitu kekuningan dan nampak pekat, tapi sebenarnya yg masuk ke dalam susu ibu tu adalah vit B, malah sisa degradasinya juga.

Ketiga: Kajian juga membuktikan bahawa kualiti susu ibu yg tidak berbeza dgn ibu yg di negara maju, negara membangun, dan negara mundur dan miskin, maknanya antara ibu terlebih makan, makan ikut suka hati, atau memang tak cukup makan. Atas dasar ini jugalah terhasilnya Carta Pertumbuhan Kanak2 WHO (WHO growth chart) yg membuktikan anak2 yg disusui susu ibu dari pelbagai benua menghasilkan carta perkembangan yg sama, tidak ada beza. So, di manakah basis anda yg cuba msg saya itu mengatakan sbg susu yg terhasil dr ibu yg mengambil supplement yg anda jual akan mempunyai tahap perkembangan yg baik disebabkan supplement yg diambil diserap ke dalam susu ibu seterusnya disalurkan kpd bayi?

Keempat: Sebelum kita terpengaruh dgn penjual supplement's promotion, mari kita lihat diri kita, pertama tengok perut, ada lipatan spare tyre tak walaupun halus? Kedua, buat carta makanan harian anda, kaji apa yg anda makan dan berjumpa dgn pakar pemakanan, bukan penjual supplement....tentu anda dapati sebenarnya anda dah terlebih zat! Saya cabar anda berjumpa saya dan saya boleh quote nilai zat dlm mknn harian anda.

Keempat: sedarkah anda yg anda boleh sakit disebabkan terlebih vitamin dan garam galian? Kaji kandungan kalcium anda..calcium carbonate? Mahukah anda mengalami batu karang di kemudian hari? Adakah anda menjalankan senaman/exercise (bukan termasuk kerja rumah seharian ya) sebanyak minimum 3 kali seminggu selama minimum 30minit berpeluh setiap sesi? Kalau tak, berhati2 dgn calcium supplement anda kerana anda terdedah kpd risiko batu karang juga osteoporosis juga. Kalsium yg diambil dr tak kira sumber apa pun memerlukan aktiviti kecergasan di atas utk diserap dan disimpan kukuh dlm tulang....kalau tak, tulang anda akan menjadi umpama simen yg rapuh kelak. Sedarlah segera.

Kelima: Jgn cuba kelirukan ibu2 tentang kandungan kalsium dlm susu ibu dgn susu formula. Ya, memang betul kandungan kalsium dlm susu ibu lebih rendah dr yg terkandung dlm susu formula, TAPI telah dibuktikan bahawa penyerapan dan penerimaan kalsium dlm susu ibu oleh bayi adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi n mudah berbanding penyerapan kalsium dlm susu lembu, oleh itu susu ibu tetap tak dapat ditandingi. Namun kajian juga telah membuktikan bahawa penambahan pengambilan suplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak akan menambah kandungan kalsium dlm susu ibu yg dihasilkan krn Tuhan maha bijaksana dlm menentukan apa level terbaik utk seorang bayi.

Keenam: Tahukah anda sesetengah vitamin tidak ditapis oleh payudara seterusnya disalurkan berlebihan melalui susu ibu? Sama juga spt mengandung, sesetengah vitamin tidak ditapis oleh uri dan disalurkan kpd bayi? Jaga2 dgn vitamin A dan E. Kesan negative serius boleh berlaku jika berlebihan dos (hanya recommend supplement A dan E kpd yg mmg pasti tidak dapat mengambilnya dlm diet seharian). Oleh itu, kaji diet harian anda dahulu.

Ketujuh: Vitamin supplement boleh menambah pengeluaran susu? Kalau betul boleh, mengapa anda yg claim pernyataan ini masih menyarankan ibu2 memahami dan meneruskan konsep supply and demand utk memastikan kelancaran pengeluaran susu ibu? Dan mengapa sebenarnya ramai ibu yg mengambil vitamin/supplement yg dicadangkan dan mengikut aturan ambilan tertentu yg disarankan oleh penjual telah memenuhi inbox message saya samada di FB mahupun di email dgn kecewanya terhadap "usaha" membeli supplements seperti ini? INGAT! Konsep sebenar supply n demand adalah jawapan sebenar. Kpd yg bermasalah penurunan pengeluaran susu badan, saya sarankan anda berjumpa dgn konsultan/kaunselor laktasi yg betul untuk dibantu dan sama2 mengkaji punca permasalahan susu merudum (bukan konsultasi melalui email/FB/telefon dlm hal ini) krn approach yg diberikan sgt terperinci mengikut masalah individu.

Kelapan: Adakah bermakna pengambilan pelbagai supplement itu salah? TIDAK SAMA SEKALI. Kita bebas mengambil apa2 supplement, namun jika anda seorang terpelajar, anda boleh membuat kajian betul dahulu tentang menu diet harian anda sebelum decide utk menambah vitamin dlm senarai keperluan harian anda. Pernahkah anda dengar tentang detoksifikasi? Ia terdiri dari diet khas pelbagai vitamin dan mineral yg diambil dlm bbrp hari shj. Anda boleh mencuba, tapi menu diet terbaik dihasilkan dari sumber smulajadi dan itulah yg telah dibuktikan. Anda boleh mengambil vitamin dan supplemen utk kesihatan anda, tetapi utk mengaitkan dgn keperluan khas ibu menyusu/menggalak pengeluaran air susu adalah sangat TIDAK BERETIKA sekiranya anda adalah seorang yg memperjuangkan penyusuan susu ibu.

Kesembilan: pukul berapa anda keluar rumah untuk bekerja dan pulang kerumah kemudiannya? Bila matahari belum terbit dan bila matahari dah terbenam? Pernah anda bersenam atau beriadah di taman pada waktu pagi di setiap hujung minggu atau hanya duduk buat kerja2 rumah di kala cuti? Kalau mcmtu, lupakan utk dapat vitamin D, sebab yg terbaik adalah dari sumber matahari. Takut matahari sebab UV lantas anda mengambil vitamin E? Tahukah anda matahari pagi adalah yg baik, bukan yg terik atas kepala, sekadar pengambilan vit E tidak menghentikan or melambatkan proses penuaan jika anda tidak memakai sunblock yg sesuai. Kenapa saya sentuh vit D? Sebab ia penting membantu penyerapan kalsium dari usus. Oleh itu, jgn takut matahari pagi. Kan senang dgn rutin harian dan diet yg neutral.

Kesepuluh: Supplements boleh mengelak diabetes? Ramai pesakit dah buat, tapi tetap dpt diabetes. Kenapa? Sebab senaman dan pemakanan mengikut sukatan piramid tidak diamalkan. Anda tahukah piramid makanan? Semua boleh tunjuk piramid tu, tapi bila saya tengok post2 makanan di FB masing2, fuhhh..semua jadi piramid terbalik. Cara terbaik memahami piramid makanan, jumpa pakar pemakanan berdekatan anda, bincang ikut kesesuaian xtvt harian anda walaupun anda tak sakit. That day bila waktu SGM yg saya bincang, rata2 participants pelik n terkejut bila saya bgtau sukatan makanan yg sepatutnya mengikut hidangan setiap jenis makanan.

terima kasih dr nadrah :)

begini ibu-ibu, tidak salah untuk anda mengambil supplemen, tapi bak kata doc, kaji dulu pemakanan anda. dapatkan nasihat pakar, bukan nasihat penjual semata-mata..ye ye..penjual memangla akan kata semua yang baik-baik tentang jualannya kan ;p

saya minta maaf kalau ada sesiapa yang terasa dengan entry ini.
tapi kalau anda menjual dengan cara yang betul, tidak memberi fakta yang bukan-bukan, saya hormati anda :)
entry ni khas utk penjual-penjual seperti 'puan penjual' di atas.
menyemakkan mata kan?

Monday, January 2, 2012

kepimpinan melalui teladan

selalu saya dengar anak-anak belajar dari ibu bapa.
meniru apa sahaja yang ibu bapa lakukan.

dan hari ni baru saya nampak buktinya :)

video

oh, sangat comel okeh!

Sunday, January 1, 2012

20.12.2011 yang tertunggak lamaaa..

hok alohhh..
lamanya nak buat entry ni.
tiap hari terfikir-fikir tau sampai rasa terhutang budi sesuatu dgn anda.
hak hak..goli je mendongarnya kan?

bulan disember lepas, damia demam panas.
5 hari suhu sekitar 38.3..paling tinggi 39.8..
fuh..fuh..risau kan..
habis kurus anak saya yang memang kecik comey tu..huhuhu..
xnak makan, nak menyusu je..nasib baik la saya masih cuti sekolah, leh la saya jaga dia sepenuhnya di rumah..alhamdulillah..

disember lepas damia dah 15 bulan@1 tahun 3 bulan.
dah faham apa yang orang cakap..dah boleh minta tolong sikit2.
pandai buat muka kesian, sampai mama tak jadi nak marah :)
paling suka jalan-jalan.

oh, mama dah boleh drive berdua je dengan damia tau.
tengok ni, elok je dia tido dlm car seat dia sementara sy drive :)

paling jauh saya drive ke klia dengan damia.
masa tu ambik encik suami yang pulang dari kuching.
then ada sekali ke alamanda, kes mama nak berjimba ria dengan kawan-kawan.kehkehkeh..
dan sekali ke pj, sekolah mama :)
banyak kali bwk pusing-pusing kajang.
good girl :) boleh la mama meronggeng walaupun tanpa encik suami ;p

bila makan, nak suap sendiri je.
dah pandai tunjukkan kasih sayang.
nampak gambar baby,dia cium gambar tu..
nampak gambar kucing pun dia cium..

tertido masa ikut mama,nenek, pakcik dgn maksu gi shopping kat sogo.

 

dah suka main air.
kekdahnya selalu bawak mandi laut..
ngehngehngeh..
my cute girl~always..

sekarang ni kalau tanya dia adik mana?dia akan tepuk-tepuk perut mama..
haha,memandai je mama dia ajar kan..