Saturday, December 15, 2012

Pre-pregnancy weight

Berat sebelum mengandung farhah : 48kg-49kg
Berat sebelum bersalin : taktau,sebab ponteng checkup.tapi last timbang masa 35 weeks -58.6kg.
So agaknya masa 38 mggu tu dalam 59kg-60kg gak kan.
Berat hari ni (38hari berpantang) : 48kg.

Yahuu!!! Sudah dapat semula pre-pregnancy weight!

Mama damia n farhah ni memangla sangat obses dgn penimbang tu tau.
Yela,dah pernah merasa mcm mana gemuk dulu kan.
Sangat rendah diri okey! Tambah-tambah pulak bila bergandingan dgn encik boypren merangkap encik suami sekarang.
Ce bayangkan masa tu encik boypren berat badan 44kg, me pulak 56kg..memang perghhhhh laa..
Kalau tengok diri sendiri kat cermin,rasa nak buat liposuction je..ngeh ngeh ngeh.
Then mula situ la sy buat program diet demi nak nampak slim (eh,bukan nampak je,memang selimmm ;p ) dalam gambar kawin.baru la sepadan dgn encik suami kan kan..

Masa majlis kawin,berat sy masa tu 46kg-ye memang gembira tp encik suami kata kalau 46kg tu kurus sgt utk saya ;p
Lepas 2 mggu kawin,p honeymoon bagai,berat mendadak naik ke 50kg..ha..hambik ko,sakan sgt jenjalan cari makan kan.
Tup tup lepas 6 mggu nikah,upt test positip pulak.patut lerrr..
Sebelum bersalin damia berat badan 60kg- hoh,risau okey.
Tp alhamdulillah,berkat breastfeeding sepenuhnya,berat badan mudah diturunkan ke 48kg.aih,mudah tak mudah sgt la,masa tu ambik masa 6 bulan gak.
Bila dah dapat berat badan idaman,tinggal nak maintain je la.takde masalah :)
Then kali ni penurunan berat badan lebih cepat berlaku-haaa..penangan tandem nursing kan.

Kenapa beriya-iya sangat turunkan berat badan ni?kan stended la anak dah dua,badan kembang sket.
Oh no no no..sy tak mau kembali ke saya yang dulu.
Serius,masa tu perasaan sgt tak best.
Lagipun kan dah cakap,saya nak nampak matching dgn encik suami.encik suami maintain kurus,jadi saya kena la jaga badan sikit.
And frankly speaking,saya malu tau kalau encik suami nampak perut buncit sy..hahaha!

Ala,sebenarnya encik suami sy tak kisah sgt pun.tapi tu la..saya je rasa tak best.
Saya nak rasa confident bila berhadapan dgn encik suami :)
Lagipun sy fikir,kalau lepas bsalin anak sorang,x jaga badan,tak kembali ke pre-pregnancy weight,then mengandung anak kedua,berat bertambah lagi.mengandung lagi anak ketiga,bertambah lagi.
Then bila berhenti bersalin,baru terfikir utk jaga badan.masa tu semua lemak pun dah jadi lemak tepu.metabolisme badan pun dah menurun since umur dah meningkat.
So masa tu la baru terhegeh-hegeh nak cari produk kuruskan badan.ohohoo..bahaya tu produk pengurusan badan!

Jadi azam sy,kena kembali ke pre-pregnancy weight baru leh mengandung lagi :)
Pastu kena sentiasa jaga makan supaya leh maintain berat badan.
Teratas dari tu,kesihatan kenalah jaga.kita kan nak jaga suami dan anak-anak ;)

Till then ~

Tuesday, November 20, 2012

Jaundis : demam kuning

Untuk kelahiran kali ni,saya diuji dengan jaundis adik yang mengambil masa dua minggu utk sembuh..memang 2 minggu yang meresahkan, yela,semua ibu mesti mahukan anak yang sihat sentiasa, nyamuk gigit sikit pun kita rasa nak gigit balik nyamuk tu kan..hehe..

Saya mula perasan farhah ada sedikit kuning masa kami nak balik johor,jumaat 9nov..Tapi masa tu sy ingatkan farhah akan kuning sedikit je,macam kakak damia dulu..jadi sy xdela nak risau sangat.

Kami sampai johor jumaat malam, so sabtu n ahad kami buat donno je la dgn jaundis adik*tak g report kelahiran adik kat klinik desa berdekatan*..sy susukan dia mcm biasa..tp farhah ni sgt kuat tido-in fact sejak dari dalam labour room lagi dia memang kuat tido.hehe,bila dia tido,sy pun ambik kesempatan la utk tido gak..
*lepas ni kena alert,baby yg kuat tido ni la nanti jaundis tinggi-kejutkan sekerap mungkin,paksa dia utk menyusu ok*

Isnin,12hb, hari kelima farhah,nurse klinik desa datang rumah untuk buat pemantauan.masa ni nurse bgtau kami jaundis farhah ni dah sampai bahagian dada,agak tinggi.so,dia suruh kami ke klinik kesihatan utk buat ujian darah bg menentukan tahap jaundis farhah..dan bermulalah rutin-hari-hari-lawat-klinik-saya ;p

Betul la cakap nurse tu,bacaan jaundis farhah 14.4 mg/dL..*normal di bawah 7 mg/dL, jika di atas 15 mg/dL, bayi perlu ditahan di wad dan menjalani rawatan fototerapi- duduk bawah lampu biru tu*

bacaan farhah yg sipi-sipi nak masuk wad tu mula membuatkan saya risau.jadi balik rumah sy mula setkan jam setiap jam utk menyusukan farhah..memang mencabar sebab farhah sgt sukar dikejutkan dari tido..sebut la apa saja,basuh muka,geletek tapak kaki,bukak baju,bukak diapers,semua sy buat tapi jarang berjaya- bila basuh muka dia guna air pun dia just mengeliat lepas tu sambung tido semula..hoaaaaa..betul2 mencabar kesabaran dan air mata sy tau!

farhah pada usia 7hari-nampak sangat kuning : masa ni bacaan 14.6 mg/dL.
apakah itu jaundis?
Tanda kekuningan yang jelas timbul pada kulit dan mata putih pada bayi baru lahir. Ianya adalah normal pada bayi baru lahir dan lebih kurang 90% bayi mengalaminya 2 atau 3 hari selepas lahir. Tahap jaundice adalah tinggi lebih kurang hari keempat  dan akan beransur hilang sehingga 2 minggu selepas kelahiran.*bagi kes prolonged jaundice,ada yang mencapai sebulan atau lebih untuk hilang sepenuhnya* jaundis bukanlah petanda anak kita mengidap apa-apa penyakit tau!

Jaundis terjadi bila sel darah merah bayi pecah dan mengeluarkan bahan buangan bernama BILIRUBIN.semasa dalam kandungan,bahan buangan ini disingkirkan melalui plasenta ibu,tetapi bila bayi lahir,bayi perlu membuangnya sendiri. tetapi pada masa ini,hati bayi (organ yang akan menyingkirkan bilirubin) belum matang dan memerlukan masa untuk membuang bilirubin tersebut.
disebabkan mendapan bilirubin yg tidak dapat disingkirkan dari badan,maka tanda kekuningan ini kelihatan pada kulit bayi.

adakah jaundis merbahaya?
dalam kebanyakan kes,jaundis adalah TIDAK merbahaya selagi kita pantau bacaannya.jaundis normal di tahap bacaan 7 mg/dL sehingga 15 mg/dL.jika lebih dari 15 mg/dL,bayi perlu mendapat rawatan fototerapi.cahaya tersebut akan memecahkan molekul bilirubin kepada molekul yang lebih kecil supaya lebih senang dibuang dari badan. bacaan jaundis sepatutnya tidak melebihi 25 mg/dL atau kemungkinan bayi perlu ditukar darahnya. Jaundis yang sangat-sangat tinggi boleh menyebabkan bayi menjadi pekak dan kerosakan pada otak*tapi kes ini jarang berlaku*

bagaimana merawat jaundis?
bilirubin hanya boleh disingkirkan dari badan bayi melalui NAJIS dan AIR KENCINGnya sahaja.jadi tugas kita sebagai ibu ialah memastikan bayi berak dan kencing dengan kerap supaya kandungan bilirubin dapat disingkirkan.

bagaimana memastikan bayi berak dan kencing dengan kerap?
susukanlah bayi kita dengan SUSU IBU.susu ibu adalah makanan yang paling mudah untuk dihadamkan.jadi pastikan bayi disusukan setiap 2jam.*dalam kes saya,saya kejut farhah setiap jam* lagi kerap lagi bagus :)

tolonglah berhati-hati dengan segala petua orang tua-terutama yang melibatkan apa-apa yang perlu disuapkan kepada bayi-susu formula,susu kambing,titisan anggur,serbuk mutiara,air tebu hitam dll-
ini kerana usus bayi kita sangat fragile di awal-awal kelahiran ini.memberi bendasing waima air kosong sekalipun akan menghakis lapisan perlindungan immunoglobulin (igA). lagipun,sejauhmana kita yakin tahap kebersihan 'air-air' tersebut? susu kambing fresh?susu tu kan tidak dipasteur,jadi ia masih mempunyai bakteria yang akan membahayakan anak kita.

*ada akak menasihatkan saya untuk campur susu-berikan susu formula supaya bacaan cepat turun dan sambung breastfeed selepas itu-oh no! susu formula mengandungi protein yang sukar dihadamkan oleh perut anak manusia.siapa dapat jamin yang susu formula tu ternyata berkesan utk merawat jaundis farhah?katakan dengan pemberian susu formula itu menyebabkan masalah lain-lactose intolerant,sembelit,susu tak serasi-siapa akan bertanggungjawab terhadap risiko2 ini?*

ingat-apa sahaja 'ubat' yang dicadangkan oleh orang di sekeliling anda-mengikut pengalaman mereka,belum tentu berkesan untuk anak anda.buatlah keputusan paling bijak memandangkan apa jua risikonya selepas itu,anda sebagai ibu bapa yang akan menanggungnya.


petua saya?
SABARRRRRRR dan banyakkan ilmu tentang jaundis ini.ada banyak jenis jaundis dan pengalaman ibu-ibu-anda google saja, dan tapislah apa yang perlu ditapis utk anda hadam dalam minda-jangan lupa share dengan encik suami ya :)

membaca pengalaman ibu-ibu lain,saya yakin jaundis farhah adalah normal,walaupun setiap kali check darah bacaan jaundis turun dengan sangat perlahan, saya YAKIN ia tetap akan turun dan akan hilang sepenuhnya bila sampai masanya.

tugas saya sebagai ibu cuma berikan susu ibu-berikan susu ibu-berikan susu ibu..saya sanggup berulang ke klinik setiap hari untuk memantau bacaan jaundis farhah.tiada istilah 'tidak sampai hati tengok anak dicucuk di tumit kaki untuk ambik darah' ia adalah untuk kebaikan farhah juga :) ala,rasanya farhah pun tak sakit kena ambik darah tu.dia asyik tido je,bila kena cucuk pun,dia tak menangis..'hek' kejap je,pastu sambung tido..hehehe..

bacaan jaundis farhah :
12 Nov : 14.4 mg/dL
14 Nov : 14.6 mg/dL
15 Nov : 13.7 mg/dL
16 Nov : 13.5 mg/dL
17 Nov : 12.8 mg/dL
19 Nov : 11.7mg/dL
21 Nov : 7.1 mg/dL

Alhamdulillah,di hari ke 14 kelahirannya,bacaan dah turun ke 7.1-dah tak perlu repeat ke KK lagi :)

jadi jika ada ibu yang sedang berada di tempat yang pernah saya lalui ini,sabarlah banyak-banyak,abaikan nasihat-nasihat yg tak membantu,galilah ilmu -menjadi ibu zaman sekarng mesti kena ada ilmu kan-jangan ambil risiko yang boleh membahayakan anak kita :)

pantau tahap jaundis anak,pantau warna najis anak,pastikan ia berwarna kuning-jika berwarna pucat,segeralah berjumpa doktor.

till then,semoga bermanfaat untuk dikongsi :)
link lain yang boleh dibaca :
http://www.sarakids.com/blog/?p=4606
http://susuibu.com/v2/breastfeeding-for-jaundice-baby/







Tuesday, November 13, 2012

kelahiran SEJU : part 2

okeh..sambung cerita :)

lepas dari klinik siti dan rakan-rakan (wah,siap promote gitu ;p ) kami terus zasss ke hospital.
eh tak..g hantar damia ke nursery dulu. kang susah pulak encik suami nak uruskan saya kat hospital..kan ada area yg kanak-kanak dilarang masuk.

sampai hospital, proses daftar mendaftar pun mengambil masa yang lama..uuu...siap kena sign surat 'sudi menunggu' selama 24jam-48jam untuk mendapatkan katil wad since katil sgt penuh...
*YB, tolongla..kami memerlukan another GH di kawasan ini ;p *
saya dipanggil masuk,pastu ada nurse tanya saya "kenapa datang?keluar darah?sakit perut?"
bila saya jawab "sy g check kat swasta,doc tu kata dah 5cm"--> muka tak sakit.
"biar betul?doc tu tak bagi refer letter?"
"entah,takde pun..dia kata cepat g hospital je." err..perlu ke refer letter masa tu?

nurse pun ambik tekanan darah, suruh sy g kencing utk ambik sampel urin.
sy menunggu luar toilet,ada sorg mommy tengah menangis kesakitan dalam toilet..err..sedikit cuak di situ..hehe,kot la utk bukaan cm ke cm seterusnya,sy akan lagi kuat melalak dari dia..ngeh ngeh ngeh..

then nurse bg sy baju,suh tukar uniform n bg saya katil utk landing-landing, check VE dan prosedur2 lain la..sorang nurse pesan kat saya "kalau nak makan,minta suami belikan sekarang.nanti lepas pecahkan air ketuban,dah tak boleh makan."
sorg doktor India datang, temuramah sejarah mengandung saya (hambik ko,temuramah tak agak-agak) dan check jalan-masih 5cm. masa ni dah pukul 6 lebih. saya dah mula sakit kuat sikit..dalam hati dah rasa nak nangis..biar betul, dah 3jam lebih masih 5cm..sampai pukul berapa pulak saya nak tunggu sampai 10cm ni..

saya pun keluar jumpa encik suami,pass baju saya pakai tadi (saya kan dah pakai uniform fink hospital) dan minta beli roti dan milo kotak.hehe,ingat lagi nak makan tuuu..
masa tu dok pk nanti saya memerlukan tenaga yg banyak utk meneran, jd kena la makan :)

encik suami pun keluar kejap utk belikan makanan.
since sy tau secara averagenya bukaan 1cm akan mengambil masa sejam,so sy agak-agak saya akan bsalin tengah malam.hehe,jadi sy suruh encik suami balik dulu,ambik kakak damia dan hantar ke rumah makcik saya,then datang balik utk temankan sy bersalin.
encik suami balik,saya duduk semula atas katil dan makan roti.
sakit kuat mula datang waktu ni.
dan waktu ni saya mula atur pernafasan. bila sakit datang, saya tarik nafas panjang melalui hidung, dan hembus melalui mulut dengan mulut bentuk O (boleh imejin tak?)
entah betul entah tak cara ni tapi its really work!
kesakitan tu boleh dikurangkan dengan pernafasan mcm tu (hah,masa ni la rasa menyesal sebab tak belajar betul2 teknik pernafasan masa kontraksi.next time sy mesti study betul-betul)
bila kesakitan hilang,saya makan roti dan teguk milo cepat-cepat..hohoho...

habis makan,sakit yang datang makin menyakitkan *semacam je ayat ni*
tapi sy rasa menahan kesakitan semasa duduk lebih senang dari baring.kalau baring tu saya rasa sakit sangat.so sy duduk je la atas katil bersandarkan bantal.
pukul 7 lebih,sorang doktor melayu pulak datang tengok saya.check bukaan dan pecahkan air ketuban.
sy sempat dengar dia kata "awak dah 5cm,sy pecahkan ketuban ye.."
then sy dapat rasa air mula mengalir keluar-perasaannya mcm darah period keluar tapi sangat banyak gitu*
sebelum tinggalkan sy,sorg nurse pesan untuk jerit panggil dorang kalau rasa nak meneran sebab bilik bersalin masih penuh..ayyo ayyo..semua tempat pun penuh kat hospital serdang ni tau..apa la yg ramai sgt kat sini..

lepas pecahkan ketuban,saya rasa sakit makin kuat,bila rasa nak teran,saya cepat-cepat panggil nurse.
saya ditolak ke bilik bersalin,sambil nurse tanya saya "suami awak mana?"
saya cakapla suami sy balik kejap,uruskan anak sy lagi sorang.
then dorang tanya "suami memang xnak masuk ke?"
sy blur seketika,eh,dah sampai masa saya nak bsalin ke?td bukan ke baru je pecahkan ketuban dan bukaan masih 5cm,takkan cepat sgt kott..
then sakit kuat datang,rasa nak teran,beramai-ramai la nurse guide saya utk teran SEJU.

tak ingatla berapa kali teran,tau-tau je saya dapat rasa SEJU keluar dari perut saya.
sungguh,saya rasa terharu sangat masa tu. tanpa sebarang painkiller (dulu masa damia,dorang bagi sy gas etonox-saya mamai-mamai masa keluarkan damia) saya dapat rasa yg saya 'mengeluarkan' SEJU.walaupun masa tu sangat sakit,lepas dah keluar tu rasa saaaaaaaaaaangat lega :)
tepat 7.30pm,saya selamat melahirkan SEJU tanpa encik suami..
aaaa...sedikit ralat di situ, tapi mengenangkan yg encik suami tengah uruskan kakak damia,sy redha je la..takde rezeki encik suami nak temankan saya :(

nurse angkat SEJU, tunjuk pada saya dan kata "tengok ni dapat baby apa"
senyum je saya tengok SEJU yg fresh,belum dibersihkan,diletak atas dada saya.
eiii,rasa ni la momen paling berharga untuk saya-saya suka la hospital serdang :)
dorang apply skin-to-skin contact---> letakkan baby di dada ibu sejurus selepas kelahiran,supaya baby kenal bau ibu...heavennya!
sambil SEJU kat atas dada saya,dorang keluarkan tali pusat semua,dan saya teran sikit je utk keluarkan uri pulak.

SEJU nampak sedikit susah untuk bernafas, so staf nurse letakkan dia dalam balang oksigen selama sejam sementara saya dijahit.
masa jahit tu doktor cakap masa kepala SEJU keluar, saya tak koyak pun.tapi masa nak keluarkan bahu dan bahagian badan, saya terangkat punggung dan koyakla sikit.
alaaaa...takpela,next time saya akan study betul-betul mcm mana nak teran dengan betul (ehhe,kalau dah sakit,mana nak ingat angkat punggung ke tak angkat punggung kan)

sambil kena jahit,boleh pulak sy msg-msg dgn encik suami..encik suami tanya sy mcm mana,dah sakit sangat ke?then sy reply "dah selamat bersalin pun.." uwaaaa lagi ;p
alhamdulillah..kelahiran ini sangat mudah-tanpa sebarang ubat tahan sakit.
lepas bersalin pun saya boleh duduk mcm biasa.kalau dulu 10 hari saya tak boleh duduk tau.kena duduk atas tiub tayar skuter.terasa sangat jahitannya masa tu.

mehla layan gambar SEJU :)
ada gambar masa skin-to-skin tu, tapi personal sangat utk dishare kan :)

gambar pertama SEJU lepas sejam dalam balang oksigen.


SEJU bukak mata masa kat hospital

 
selepas 4 hari

FIJU dan SEJU


alhamdulillah,saya sangat bersyukur di atas kurniaan ini :)

Monday, November 12, 2012

kelahiran SEJU : part 1

alhamdulillah,sudah 5hari saya melahirkan SEJU.
err,baru nak buat entry?bukan sebab sibuk menjaga SEJU,tapi sibuk key-in PBS yg memanjang jem tu..aihhh...

kelahiran kali ini sangat senang dan cepat,alhamdulillah..alhamdulillah..encik suami kata berkat baca alquran selalu :) memang pun, trauma melahirkan damia masih ada. sakit berjam-jam tapi bukaan masih sedikit (sampai nurse kena tolong 'koyakkan'),pengalaman tak boleh duduk sehingga selepas 10 hari melahirkan membuatkan sy agak 'serik' utk mengandung dan bersalin lagi..

jadi sepanjang mengandung kali ni,sy memang amalkan baca surah maryam.seboleh mungkin,tiap hari sy akan baca.kalau tak dapat, selang sehari sy mesti baca surah ni..sy juga banyak berdoa,terutama masa bulan Ramadhan yg lepas supaya sy dipermudahkan utk bersalin,sy juga mahu semua doktor dan staf hospital yg membantu saya nanti semuanya perempuan..alhamdulillah..semua wishlist sy utk kelahiran kali ni diperkenankan :) terima kasih ya Allah..

meh nak cerita kronologi kelahiran SEJU :)
malam 6nov tu sy borak-borak dengan encik suami..sy kata nak bsalin sabtu,10hb..tarikh cantik 10.11.12..ngehngehngeh..apa la sy ni kan..encik suami senyumkan je.pastu sy sambung lagi, "esok pun tarikh cantik kan?seven-eleven" :) hahaha,hambik ko..masin mulut saya..betul-betul sy dapat baby seven-eleven :)

pagi tu sy mc,memang dah beberapa hari sy rasa sengal-sengal pinggang,plus masa tu dah 38weeks+, sy dah x berani nak drive ke sekolah.2 hari sebelum tu encik suami kena hantar sy,patah balik puchong hantar kakak damia ke nursery,then patah balik ke opis dia kat kelana jaya.pastu kul 2.30 kena keluar ambik sy,hantar ke rumah then keluar semula balik opis.2 hari tu la encik suami lewat masuk opis..kesian kan..so since sy dah habiskan semua kerja sekolah,pinggang pun dah sengal-sengal,rabu tu sy decide ambik mc je la..

sakit perut mula dari pagi,datang dan pergi..tapi serius tak sakit sangat pun.saya rasa mcm sengal-sengal pinggang biasa.sampai la pukul 12tgh hari,sy tengok jam,sakit tu datang 5minit sekali..aih,dah cuak ni,sebab patutnya sakit 5 minit sekali tu petanda perlunya ke hospital kan?
sy msg encik suami bgtau sy dah sakit selang 5 minit,tp sy x sure nak bsalin ke tak sebab sakit tu tak kuat..betul,mcm lenguh2 pinggang je..sy risau susah-payah encik suami ke hospital,then check belum ada bukaan,then kena suruh balik je..hohoho..kan ke haru mcm tu ;p

encik suami balik waktu lunch, saya ajak ke klinik swasta je,nak ambik mc la konon-kononnya..dekat je klinik dgn rumah.jumpa doktor,sy cakap la sy dah start sakit2 pinggang..doc kata "mari sy check bukaan" hoho,nasib boleh check kat sini.kalau tak,jenuh gak nak ke hospital serdang tu.maklumla,hospital serdang kan sentiasa penuh..

bila doc buat VE,terus dia kata "eh,jalan dah bukak 5cm.awak dah nak bersalin ni"
sy pun mcm "eh,dah 5cm nape sy x rasa sakit sgt pun.." dulu masa bsalin damia,baru 3cm pun sy dah macam udang atas katil menangis-nangis tak boleh makan semua tau.
then doc kata sy perlu segera ke hospital..sy tanya doc "berapa jam lagi sy akan bsalin?"
doc kata sy akan bsalin dlm masa 5 jam lagi..hah,lagi sy cuak,masa tu pukul 3pm,so sy akan bsalin pukul 8 mlm..sungguh,sy x bersedia pun nak bsalin hari tu.

TO BE CONTINUE..(eh,panjang lagi cerita saya ni ;p )

Sunday, November 4, 2012

sudah gila CD

hehe..dah lama tak menghapdet.
ha ah,naik menyampah dengan org yg suka masuk blog org dan buat kacau kerana mahu pendapatnya diterima di sini..eh eh..ni rumah siapa ya? ;p malu pula rasanya bila pergi ke rumah org dan meroyan kerana tidak sependapat dengan tuan rumah kan? heheh,abaikan saja la manusia-manusia mcm tu ya :)

hoh,saya menunggu hari ni :) ni dah 38 minggu, due saya 17 nov ni :)
so apa plan untuk anak kedua ni?
azam besarrrrr saya ialah breastfeeding dan cloth diapering :)
breastfeeding untuk kesihatan, bonding dan PENJIMATAN *ya,saya x pernah beli susu tin sejak ada anak*
cloth diapering untuk PENJIMATAN dan menyelamatkan alam sekitar..

hehe,nampak tak kali ni sy obses dgn penjimatan,supaya saya boleh lebih menyimpan untuk anak-anak di masa hadapan.
oh,impian terbesar saya ialah tidak mahu anak-anak meminjam dari PTPTN bila mereka di universiti kelak. saya mahu anak-anak saya bebas hutang sehinggalah mereka memperolehi pekerjaan. dah lepas tu,bukan tanggungjawab saya la kan :)

persediaan berCD?

1) masuk kelas CD-heheh,kelas free je,mana boleh saya lepaskan peluang kan..boleh je kalau nak study online,tapi mendengar sendiri,merasa feel tu pun penting gak ;p eh,free free pun sy dapat CD free tau :) terima kasih lunatots..

 2) dah alang-alang pegi kelas, saya pun mengecek encik suami untuk terus beli CD.beli 5 je dulu (plus 1 CD percuma, ada 6 CD lunatots-ngehehehehe)
pastu ada gak sy share beli CD dengan yat, tak ingat la apa jenamanya..menjadikan koleksi CD sy ada 11-tak hagak-hagak kan ;p dengan janji-janji manis bahawa semua ini adalah penjimatan secara long-term, encik suami iyakan je la kata-kata saya ni..kihkihkih-

 3. pre-wash CD-CD yang baru perlu dibasuh sekurang-kurangnya 3x,tanpa sabun, untuk memastikan penyerapan yg baik semasa digunakan..sama juga konsepnya dengan tuala baru-kalau kita tak basuh dulu sebelum guna,towel tu susah sikit nak menyerap air kan..

maka CD-CD saya sedang dijemur secara berjemaah di dalam bilik kerja encik suami..hoho.jimat letrik kan,sebab sambil encik suami 'mengipas' diri sendiri di bilik kerja tu, boleh la keringkan CD ni sekali kan..kan..


nota jari : mahu menjadi ibu yang rajin, yang bijak berbelanja, yang lebih ke arah natural parenting :)

Sunday, October 14, 2012

extended breastfeeding

hoh? apa benda tu?
ia adalah penyusuan yang diteruskan walaupun si anak dah melepasi usia 2 tahun :)

damia menginjak 2 tahun 1 bulan pada 20 oktober ini.
dan masih belum berhenti menyusu :)
in fact sejak kolostrum keluar masa bulan ke7 kehamilan, dia makin kerap mengempeng :)

kenapa masih xnak stop menyusukan damia?
sebab sy mahu damia sendiri yang buat keputusan bila dia akan berhenti menyusu.
saya tidak mahu 'menipunya' dgn meletakkan colgate ke,nescafe ke pada breast.
sebab bagi saya memberhentikan penyusuan secara paksa begitu akan mencalarkan emosi dia.
yela, kalau kita pun, bila terpaksa berpisah dengan benda yang kita sayang, mesti kita rasa x best kan..

saya juga sedang berangan untuk tandem nursing bila adik lahir nanti.
kebaikan tandem nursing?

anak yang tua akan merangsang penghasilan susu matang dengan lebih cepat dan banyak. ini kerana bila menyusukan dua orang anak, lebih demand diberikan pada badan, maka lebih banyaklah supply boleh dihasilkan :) acik sukooo... hisapan anak yang tua juga lebih kuat berbanding baby yang baru lahir. jadi ini akan memudahkan proses penyusuan anak kedua saya kelak :)

kenapa beriya-iya sangat dengan penyusuan susu ibu ini?
selain dari memenuhi tuntutan yang Allah suruh dalam alQuran, bagi saya usia 2 tahun pertama anak-anak tidak akan berulang sampai bila-bila.saya tidak mahu rasa menyesal bila suatu hari nanti saya sedar yang saya tidak memberikan hak mereka untuk menyusu dari saya.
jadi saya mahu buat yang terbaik untuk anak-anak :) semua ini akan menjadi memori paling manis untuk saya bile mereka besar nanti :)

i looooooveeeeeeeeeeee breastfeeding :))

Tuesday, September 4, 2012

keburukan susu rendah lemak

isu susu lagi :)

kali ni isu susu rendah lemak pulak.

oh, zaman-zaman berdiet dulu saya sangat suka susu rendah lemak ni tau. tapi bila terbaca artikel ni, mula la saya terfikir 'kelogikannya' (eh,ada ke word ni?) maklumlah, artikel ni penuh dengan ilmu kimia..haa..walaupun dah lama tinggal subjek kimia dan mengajar math, ilmu kimia tu masih ada tau. teringat zaman-zaman belajar di perbukitan UKM, bangunan FPend dan FST yg selalu menjadi tempat ulang-alik..hoho, rindunya :)

artikel penuh di sini, tapi saya ringkaskan dalam bentuk yang mudah difahami ya :)

http://emjayjb.multiply.com/journal/item/219



seringkali kita dimomokkan dengan bahayanya lemak di dalam badan, boleh sakit itu, boleh sakit ini..maka kita pun berandaian susu rendah lemak tu adalah pilihan terbaik. yela, kurang lemak, nanti lebih sihat la kan. betul ke macam tu sebenarnya? atau kita sebenarnya sangat senang terpengaruh dengan iklan-iklan kat TV, yang tanpa kita ketahui, ada agenda lain untuk menipu kita. biasala tu, dalam dunia ni, ada banyak agenda sebenarnya untuk 'membunuh' kita, tapi kita je tak sedar sebab kita taknak ambil tahu apa di sebalik setiap sesuatu. kita terima je bulat-bulat apa yang tertulis pada label-label setiap barangan.


jadi apa sebenarnya susu rendah lemak ni?


susu rendah lemak dihasilkan dengan membuang kandungan lemak yang asalnya terdapat di dalam susu yang baru diperah. yela, lemak dan air takkan bercampur kan. proses pembuatan susu rendah lemak juga begitu. susu segar dibiarkan beberapa jam, lemak yang berketumpatan lebih rendah akan naik ke atas dan berkumpul. maka susu tadi akan membentuk dua lapisan, lemak dan air. lapisan lemak ini kemudiannya dicedok keluar dan terhasillah susu rendah lemak atau susu tanpa lemak :)

okey, yang tu senang kot nak faham..tapi apa kesannya jika lapisan lemak tadi sudah dibuang?

terdapat dua jenis vitamin yang wujud di dunia ini (haaa..dunia tu..ambik ko!) satu jenis vitamin yang larut air dan satu lagi jenis vitamin yang larut dalam lemak. ala, yang ni sains sekolah menengah pun ada belajar kan :) vitamin A,D,E dan K adalah vitamin-vitamin yang larut dalam lemak. jadi, dengan membuang lapisan lemak daripada susu tadi, ini bermakna kita juga telah membuang vitamin-vitamin ini! apa yang tinggal dalam susu kita? tinggal la vitamin-vitamin larut air yang lain.

jadi apa kesan jika kita kekurangan vitamin A, D, E, K?


"Vitamin D regulates the calcium and phosphorus levels in the blood by promoting their absorption from food in the intestines, and by promoting re-absorption of calcium in the kidneys, which enables normal mineralization of bone and prevents hypocalcemic tetany. It is also needed for bone growth and bone remodeling by osteoblasts and osteoclasts  .."


Vitamin D sangat penting dalam penyerapan kalsium dan fosforus ke dalam badan di dalam usus kecil. maksudnya, bila kita mengambil kalsium dan fosforus dalam pemakanan, kita perlukan Vitamin D ini untuk membolehkan kalsium dan fosforus tadi terserap dalam badan. jika tiada vitamin D ini, sia-sia je kita ambik berkoyan-koyan kalsium tapi akhirnya tidak dapat diserap di dalam usus kecil kan?


ada banyak lagi kesan-kesan jika kita kekurangan vitamin D ini. boleh klik link di bawah okey :)


http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2008/11/01/Vitamin-D-is-a-Key-Player-in-Your-Overall-Health.aspx


jadi saya rasa dengan sedikit pencerahan ini, kita mungkin boleh membuat keputusan apa yang terbaik untuk kita ambil dalam kehidupan kita kan.

hehe, oh, terasa ruginya minum susu rendah lemak. lepas ni kena minum full cream milk pulak la :)

Sunday, September 2, 2012

susu cecair atau susu tepung?

haaa..berpinar-pinar mata saya membaca artikel-artikel yang membanding beza antara susu kotak dan susu tepung. maklumlah, menjadi ibu ni kena banyak membaca kan :)

ramai yang bertanya kenapa saya tidak memberi susu tepung kepada damia..kawan-kawan tanya, akak kat nursery pun tanya. biasalah, bila kita membuat sesuatu di luar kebiasaan, mesti akan menimbulkan tanda tanya kan :)

mari kita lihat perbezaan antara susu kotak (bentuk cecair) dan susu tepung :)

susu kotak / susu UHT.
 
 
cara pembuatannya adalah melalui kaedah pemanasan yang cepat pada suhu yang sangat tinggi. susu segar diambil dari sumber haiwan (biasanya lembu), kemudian dipanaskan pada suhu 135-145 darjah celcius dalam masa 2-5 saat. tujuannya adalah untuk membunuh semua bakteria dan patogen penyebab penyakit. mengikut kajian, pemanasan menggunakan suhu tinggi tetapi dengan masa yang singkat lebih baik dari pemanasan dengan suhu sederhana tetapi dengan masa yang lama kerana pemanasan yang lama akan membunuh nilai gizi dalam susu tersebut. jadi, nilai gizi di dalam susu UHT masih hampir menyamai susu segar yang baru diperah dari haiwan terbabit.

susu tepung


pembuatan susu tepung dimulakan pempasteuran, sama seperti susu UHT untuk membunuh bakteria. susu kemudiannya dipanaskan menggunakan plate heat exchanger (55 hingga 60 darjah celcius) untuk menurunkan tahap kelikatan sebelum dicampurkan dengan bahan-bahan lain(perisa, pengawet) yang dimahukan. kemudian, susu akan melalui proses homogenisasi untuk menyamakan ukuran globula lemak susu. akhirnya, susu akan melalui proses pemanasan sekali lagi menggunakan spray dryer pada suhu 70 hingga 80 darjah celcius. pada tahap inilah susu akan berubah dari bentuk cecair ke bentuk serbuk.

baca lebih lanjut perbandingan susu UHT dan susu tepung di sini.
http://ririegranita.blogspot.com/2008/11/susu-uht-vs-susu-formula.html

jadi melalui pembacaan ini, saya memilih untuk memberikan damia susu dalam kotak berbanding susu tepung. semuanya dilakukan atas beberapa sebab :

1 ) jumlah pengawet dalam susu tepung lebih banyak dari jumlah pengawet dalam susu kotak menyebabkan susu tepung tahan bertahun-tahun lebih lama (jika tidak dibuka) berbanding susu kotak yang jangka hayatnya lebih pendek.

2) proses pemanasan bersuhu tinggi dan dalam jangka masa yang singkat seperti yang dilalui oleh susu kotak lebih baik dari pemanasan dengan susu rendah tetapi jangka masa yang lama memandangkan pemanasan yang lama menyebabkan lebih banyak nutrien asal dalam susu yang mati semasa proses pemanasan tersebut.

3) mengikut kajian, berlaku kerosakan protein sebanyak 30% di dalam susu tepung melihat kepada banyaknya proses yang dilalui semasa penyediaannya.

namun ibu-ibu, menurut kajian juga, susu UHT hanya boleh diminum oleh bayi berumur atas setahun. ini disebabkan protein dalam susu lembu lebih sukar dihadam sementara perut anak kita yang di bawah setahun masih belum matang untuk menghadam protein ini.

jadi inilah pilihan saya :) namun begitu, saya masih memegang di usia ini, anak-anak kita perlu diajar untuk lebih makan berbanding susu, susu dan susu. susu hanya pelengkap dan anak kita masih boleh mendapat zat-zat untuk tumbesarannya melalui pemakanan yang baik. berilah peluang untuk anak-anak kita meng'explore' dunia pemakanan, pelbagai tekstur dan rasa yang menarik yang patut dia pelajari di usia ini.

till then, semoga mendapat manfaat dari perkongsian ini :)



formula milk vs fresh milk vs human milk

terjumpa sesuatu yang menarik dalam http://kellymom.com/blog-post/milk-vs-formula-under-the-microscope/

di bawah mikroskop, inilah bentuk-bentuk molekul yang boleh dilihat dari susu formula, fresh milk dan susu ibu.



:)

susu selepas 2 tahun

:) semoga entry ini tidak menyentuh mana-mana pihak. harapnya tidak ada yang terasa hati dengan penulisan ini ya! ini sekadar perkongsian, kalau tidak setuju, kita hormati pendapat masing-masing :)

saya dah lama berfikir mahu beri susu apa kepada damia selepas menamatkan penyusuan susu ibu untuk tempoh 2 tahun.
oh, saya belum wean off lagi.tidak mengapa, mengikut pembacaan saya, tidak ada salahnya meneruskan penyusuan selepas 2 tahun. susu tidak akan bertukar menjadi darah, tidak ada isu anak menjadi bebal dan sebagainya. semua tu mitos je ye :)

jadi saya memilih untuk meneruskan penyusuan susu ibu, sebab saya suka bonding yang terbentuk bila ada anak kecik yang bergayut dengan saya. biarlah damia bermanja-manja ya :)
tapi saya memantau juga pemakanan dia. makan yang seimbang, makan nasi, ambil protein, masukkan sayur dalam diet harian. saya bagi dia makan apa yang kami makan. damia dah besar, kena makan macam orang besar makan tau!

mengenai susu, saya tidak berhasrat memilih mana-mana susu tepung *iklan kata susu untuk membesar la, picky eater la..* saya memilih susu kotak, yang masih dalam bentuk cecair. taknak la sebut kenapa. sebab ini org selalu berkecil hati dengan saya :) yang penting, apa sahaja keputusan kita, haruslah dengan perbincangan suami isteri ya :)

saya juga nak share tulisan Puan Nor Kamariah Mohd Alwi, seorang Lactation Councellor. mana-mana yang baik ambikla sebagai ilmu, yang tak baik, tolak la ke tepi. saya percaya semua ibu mempunyai instinct keibuan, tahu apa yang paling baik untuk anak masing-masing kan.

Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu ‘terpesong’ dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak ’sangat perlu minum susu’ dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.

Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:

1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan.
Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang – bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.


2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.

3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.

Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan.

Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu.

Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.

Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.

Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!

http://duniasusuibu.com/aktiviti/susu-apa-terbaik-selepas-anak-2-tahun-menyusu/#.UENmY5Zcgrg


Thursday, August 30, 2012

end of the journey

30 Ogos 2012- 12 syawal.
hari ni genap usia damia 2 tahun, ikut tahun hijrah.

damia dilahirkan 10.15pm, 20 september 2010 bersamaan 12 syawal :)
kalau ikut tahun masihi belum la birthday nya, tapi kalau kira ikut tahun hijrah, hari ni ulangtahun damia kedua :)

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..hari ni journey saya dah sampai ke penghujungnya :)
damia masih direct breastfeeding sehingga kini. kat nursery minum freshmilk sejak awal julai hari tu :)

wean-off? ohohoho..saya yang berat hati nak pisahkan dia dari menyusu.hehe,over kan :)
kadang-kadang bila dia tengah menyusu, saya cakap gak kat dia, "kakak dah besar, so tak payah la susu dah boleh?" pastu dia mesti geleng-geleng kepala dan lagi dekatkan muka dia dengan nenen dia.
aihh..mcm mana la saya tak kesian bila dia dah buat reaksi mcm tu kan.
lagi-lagi di usia kandungan 28minggu ni, kolostrum dah mula keluar. lagi la damia memerap lebih lama. hari tu masa susu dah kurang sgt2, dia tetap gak menyusu mcm biasa, tapi kejap-kejap je dia dah lepaskan. sekarang ni lagi la kuat dia mengempeng :)

ha ah, buat muka comel mcm ni mcm mana la mama nak wean off dia :)

besar dah anak dara mama
takpela, saya plan nak biar je dia menyusu ikut suka hati dia, berhenti bila dia suka. hopefully nanti bila dah ada adik, dia akan faham utk bg adik keutamaan utk menyusu pulak :)

sebenarnya saya nak gak rasa perasaan tandem nursing tu :) kakak menyusu sebelah, adik menyusu sebelah :) tunggu november!

Saturday, August 4, 2012

azam baru

saya ada azam yang baru.
dan saya sangat-sangat mahu membuatnya.

apa?
mengajar damia mengaji :)
mahu jadi seperti puan lina yang anak-anaknya boleh menghafal 30surah alquran di usia 3tahun.
dan di usia itu sudah boleh membaca alquran.

ya Allah, terasanya saya bila selama ini saya rasa mengajar anak mengenal ABC itu lebih dahulu dari mengenal huruf-huruf alquran :(

mama mahu berubah damia :) mahu damia lebih dulu boleh mengaji alquran berbanding boleh membaca buku lain. buku lain boleh belajar kat sekolah nanti kan :)

permudahkanlah ya Allah..
p/s ini saya bagi link blog puan lina. semoga memberi manfaat kepada anda-anda juga.
http://www.darwishndarwisya.blogspot.com/

Friday, July 20, 2012

tips berpuasa ramadhan

Assalamualaium WBT.

Ramadhan datang lagi.
alhamdulillah..alhamdulillah, masih diberi kesempatan umur untuk berjumpa Ramadhan yang penuh keberkatan dan gandaan pahala bagi setiap kebaikan yang kita lakukan :)

jadi mommies yang breastfeed bagaimana?sudah bersediakah menyambut Ramadhan ini?
oh, rindunya saya dengan Ramadhan lepas. Ramadhan lepas saya seorang ibu menyusu dan mengepam di tempat kerja. Ramadhan kali ini, saya masih ibu menyusu, tapi sudah tidak mengepam lagi. alahai, rindunya..rindunya..

alhamdulillah, Ramadhan lepas saya lalui dengan baik, tanpa meninggalkan puasa, kecuali masa period :) jadi mahukan tips Ramadhan?

1. minum air dengan EXTRA banyak :) alah, typical tips kan..tapi kita buat tak? ke kita tau tapi tak buat? minum air yang banyak semasa berbuka, sepanjang malam letakkan sebotol air di tepi katil. bila anak bangun malam nak menyusu, kita pun sambung minum air lagi :) sahur pun minum air lagi tau!

2. konsisten dengan jadual mengepam, macam biasa yang anda buat masa bulan-bulan lain. hari-hari pertama memang terasa sangat letihnya, lama kelamaan mesti ok punya :)

3. jika mommies tidak larat mengepam beberapa kali di siang hari, gantikan jadual mengepam ke waktu malam. tapi ingat, jangan kata je nak ganti tapi tak ganti-ganti tau. babap kang! :)

4. amalkan KURMA. sungguh, saya ni susah nak makan kurma, tapi dengan mengamalkan makan kurma tiga biji waktu sahur dan tiga biji waktu berbuka, amaun susu yang saya dapat lebih dari biasa :) biasanya saya mengepam di tempat kerja, 2x pam dapat 12oz, bulan Ramadhan saya boleh dapat 13oz :)


5. sentiasa positif! jangan sesekali katakan pada diri yang susu akan drop jika kurang makan. dah kalau kita asyik doa susu drop,susu drop, memang la betul2 drop kan.. yakin yang kita semua boleh lalui Ramadhan dengan baik sekali :)

6. masa saya berpuasa dan mengepam di tempat kerja, balik rumah je saya memang melepek habis. letihla tu konon :) tapi alhamdulillah, encik suami sangat memahami dan encik suami la yang banyak tolong settlekan kerja rumah yang mana tertunggak. nak masak pun kadang-kadang je :) jadi kalau mommies kategori macam saya yang manja tapi kengkonon nak jadi supermommy (walaupun tak berapa menjadi ;p ), jangan segan silu untuk minta bantuan encik suami okey. ala, bukannya kita penat sebab apa, sebab menyusukan anak dia jugak kan :)

so mommies, saya doakan semoga kita dapat menempuh Ramadhan kali ini dengan jayanya.
Ramadhan kali ini saya berpuasa dengan si kecik dalam perut. doakan saya berjaya puasa penuh ye :)
last time, masa mengandungkan damia, saya sempat puasa tiga hari, pastu pengsan dan warded. kencing kotor! sudahnya doktor tak bagi saya puasa sampai semua albumin, keton semua tu dah xde dalam air kencing..hehe, tu la,malas minum air kosong kan..harap-harap tahun ni saya boleh bertahan!

happy fasting mommies :))

Tuesday, July 17, 2012

orang hebat

dalam keadaan hati yang resah, maghrib tadi saya baca yaasin. sedekahkan kepada 'mereka' :)
berdoa agar selepas ini semuanya akan baik-baik sahaja.

dan tengah scroll wall fb, saya nampak gambar ini.

ya Allah, golongkan aku dalam kelompok ini.
dan untuk 'mereka' juga.

Allah sedang memujuk saya :)

Sunday, July 15, 2012

i am

saya seorang yang bersungguh-sugguh dalam setiap apa yang saya mahukan.
bila saya sudah menetapkan sesuatu target, saya akan buat sampai saya capai target itu.
bila saya yakin dengan sesuatu perkara, saya akan pegang dan tak peduli apa sahaja orang akan cakap.

kritiklah..cakaplah saya obses, keterlaluan atau apa sahaja.
saya takkan berubah kerana anda.
saya tahu apa yang saya mahukan dalam hidup saya.

sebab saya adalah saya :) anda boleh cakap apa sahaja tapi yang membuat keputusan dalam hidup saya cuma SAYA :)

Saturday, July 14, 2012

damia dan bf @1year10months :)

damia masuk 1tahun 10bulan pada 20 julai ini :)
dan mama mengandungkan adik 22 minggu :)
alhamdulillah..alhamdulillah..ianya nikmat yang selalu lupa saya syukuri.astaghfirullah..

damia masih minum susu ibu. tapi sekarang, untuk ke nursery damia minum susu kotak.
ramai yang tanya kenapa tak bagi susu tepung?saya jawab, saya tak percaya pada susu formula.
sorry, pandangan masing-masing kan :)

saya dah berhenti memerah susu sejak mengandung 3bulan..sejak produksi susu sangat merudum, sakit perut semasa memerah dan kepenatan yang melampau, saya decide untuk berhenti mengepam. uwaaaa..setahun lebih mengepam (spectra3 saya dah jual!) dan sekarang saya sangat rinduuuuuuuuuu nak mengepam!

selama 2 bulan damia bertahan dgn frozen ebm, sekarang stok dalam df ada tinggal 5, 6 ketul lagi. dan kami pulak pindah rumah, nursery baru tak handle ebm. memang la boleh je nak ajar dorang tapi memandangkan stok dah tinggal nyawa-nyawa ikan, saya dan suami decide utk biarkan je damia minum susu kotak semasa di nursery. kat rumah, masih mengempeng sepenuhnya :)

damia masih bangun malam, menyusu macam biasa. tak tahulah, bila saya picit-picit cik b, susu macam dah takde. dah tak nampak susu putih yang keluar tapi damia tetap 'hek hek' nak susu siang-malam. okey, mungkin susu masih ada, damia je yang tau kan :)

lagipun damia dah besar, susu bukan keutamaannya lagi. damia cuma mahukan mamanya. yang selalu tinggalkan dia keluar bekerja masa dia belum celik mata, yang selalu moody dan selalu marah-marah dia sebab dia dah mula nakal, damia cuma nak bau saya, nak bermanja dengan saya :) its okey kakak..mama bagi je kakak menyusu. mama pun tak nak wean off damia lagi :)

saya tak sabar nak tunggu november ni. nak tunggu adik keluar, nak mula mengepam dan mengumpul stok semula. hopefully masa tu saya ada peluang utk merasa nikmatnya menyusukn kakak dan adik serentak. tandem nursing! cannot wait! :)

Tuesday, July 10, 2012

renovation cost

okey..okey..dah janji nak sambung cerita pasal renovation rumah kan :)
dah berpeluh-peluh ketiak membayar downpayment, bayar peguam la, bayar itu-ini untuk urusan pembelian rumah, sampai pulak bab nak renovate rumah..laaaaagi menggigil acik you!

pertama sekali, tengok bahagian dapur dulu. tak lengkapla dapur tanpa kitchen cabinet kan.
kami survey kitchen cabinet kat puchong, nah ambik ko! yg simple-simple je pun dah RM7000. memandai je apek tu kira-kira bagi harga kan. dia ingat duit jatuh dari langit gamaknya.
so kami decide untuk ambik dari kajang. murah sikit la kot.

ini design pilihan saya. alamak, saya kurang pasti la ukurannya mcm mana. tapi untuk design ni harga RM4100..haa..yg tang harga tu saya ingat la ;p ni pun table top yang paling murah, a.k.a table top melamine. kalau yg granit mau laaaagi mahal la..
kalau ikut iklan kedai tu, kata harga dari kilang.saya pun tak tau la RM4100 tu mahal ke tak. kami pun dah tak survey tempat lain dah. kalau korang rajin, pegi la dua-tiga buah kedai lagi. don't worry, biasanya dorang memang sediakan perkhidmatan design free utk dapatkan quotation harga :)


then kitorang tambah breakfast table. kalau ikut rumah asal, wall ni berdiri la sensorang kat situ. nampak macam pelik kan. so kitorang tambah la sikit atas dia supaya leh jadi meja. yang ni pun harga dah RM450. ambik kat kedai yang sama je dengan kitchen cabinet tu.


rupa breakfast table dari luar. angan-angan kami, nak beli kerusi tinggi yang kat ikea tu, leh la buat ala-ala mini bar kat sini :) tapi belum sempat lagi nak g sana..hm..kena ada list yang panjang ni untuk ke ikea :)


next, kami buat plaster ceiling seluruh rumah. dari hall, ruang makan, dapur, bilik-bilik tidur, even toilet dan stor pun dah tukar ke plaster ceiling. bukan apa, ceiling lama yang just papan biasa tu, lama-lama sure rosak la, melendut la..kami dok berkira-kira, one day mesti nak kena tukar gak, masa tu dengan anak-anak yang kecik, sure dah susah nak buat renovation rumah yang melibatkan ceiling ni. so alang-alang nak buat, biar buat satu rumah terus. senang! lepas ni dah tak payah fikir pasal ceiling dah :)


sekali tukar dengan semua soket yang ada kat rumah ni. banyak juga nak buat masa nak pasang plaster ceiling ni. sebab ceiling rumah ni rendah, dorang tak boleh just terus plaster je. dorang kena bukak semua ceiling asal, buat balik semua wiring lampu, tambah wiring+kipas dalam bilik tidur.


pasang juga aircond point dalam bilik. tapi aircond nya belum ada :) saja pasang dulu sebab kalau pasang kemudian pun, nak kena tebuk-tebuk balik. macam susah je pasang kemudian kan. pasang awal-awal, nanti bila dah ada aircondnya, terus pasang je :) tunggu insan bertuah turun dari langit nak sponsor aircond untuk kami la ;p


pasang dua biji kipas dalam bilik tidur utama dan second room. third room ada wiring kipas je, kipas belum beli :)


okey, semua kerja plaster ceiling, wiring, aircond point dan tukar-menukar soket tu melibatkan kos sebanyak RM9900 :) haaa..sila buat kira-kira untuk renovation rumah anda pulak ye :)

untuk kos cat pulak, dalam RM 500 la rumah kecik ni. itupun buat sendiri. encik suami, ayah dan adik-adik saya la duk mengecat rumah ni. banyak keje gak, nak cat putih samua rumah, lepas tu baru cat fink :) kalau nak upah orang memang boleh, tapi kosnya ribu-ribu jugak. sebab nak jimat, cat je la sendiri :)

kalau major renovation, itu je la yang kami buat. tak termasuk lagi beli barang-barang, dua buah kipas cantik kat ruang tamu dan dining hall, dah RM 600, langsir kat ruang tamu RM 850, set bilik tidur dan meja makan RM 5000..kami tak pernah beli set bilik tidur dan meja makan lagi. nasib baik mak saya sponsor yang set bilik tidur tu :) dia nak kami beli yang kayu, tak nak beli yang biasa-biasa sebab dia kata nanti tak tahan lama..hah, alhamdulillah, dah ada yang nak sponsor tang tu pun dah cukup baik :)

pening kepala nak fikir kalau kira pasal duit ni kan. bak kata ayah saya, biasala, nak masuk rumah baru memang macam ni. even kalau beli rumah baru pun nak kena pasang grill, kena tinted sliding door, kalau nak tambah plaster ceiling, lebih kurang mcm ni jugak kosnya :) tapi sebab memikirkan ia adalah rumah sendiri, memang tutup mata je la nak membayar semua-semua tu. rasa puas dan berbaloi berhabis untuk rumah kita sendiri..puas hati!

ni pun sebenarnya banyak lagi nak buat. nak tukar pintu la, nak betulkan sikit bilik air la..tapi yang lain-lain tu pelan-pelan la..rumah kami kecik je. kalau dah buat semua nanti tahun-tahun depan kami dah tak tau nak buat apa..haha, alasan! padahal dana dah tak cukup :) kena kumpul duit semula. masih ada misi yang hendak dicapai awal tahun depan :)

menyelit sikit, view dari rumah kami yang tingkat 8 tu :)


swimming pool yang betul-betul bawah tingkat rumah. selalu duk terfikir, boleh tak nak terjun terus dari sini? nak mati??


perasan tak ada mcD di situ? :)


guard berpalang :)


dah habis cerita kos renovation. bolehla anda start buat bajet untuk rumah masing-masing pulak kan :))

Sunday, July 8, 2012

rumah lama-rumah baru


assalamualaikum wbt :)
wah wah wah..lama betul tu acik jihan bercuti dari berbelog kan.
acik jihan tu sibuk pindah rumah la.

finally,alhamdulillah..alhamdulillah..
di usia jejak 27tahun (tak nak mengaku 27 tu..kata belum birthday, so masih kira 26 la kan..kan ;p )
akhirnya kami memiliki sebuah rumah sendiri :)
walaupun kecil, just sebuah rumah apartmen dengan keluasan 950sf, ia masih sebuah rumah kan :)

kami start mengusha rumah hujung tahun 2011.
susahnya nak cari sebuah rumah yang memenuhi citarasa kami di area KL ni tau.
banyak benda yang dipertimbangkan, termasuk la kiraan syiling-syiling di dalam tabung, adakah mampu membayar duit muka ataupun tidak..kehkehkeh..

lagi susah hati bila saya mengajar PJ, encik suami keje kat Kelana Jaya. oh oh, kami betul-betul di kawasan berkepadatan tinggi, dengan kos hidup yang sangat tinggi dan gaji yang sederhana :)

kalau nak rumah yang bertanah, area sini semuanya RM300k ke atas. tak mampu rasanya kami nak cari dengan pendapatan sekarang. kalau nak pun, boleh la cari luar area lembah klang.
tapi..tapi..tak berbaloi rasanya nak cari rumah yang jauh dari tempat keje, dengan kos berulang-alik lagi..isk isk isk..cukuplah 2tahun setengah saya berulang kajang-pj. dah tak sanggup rasanya nak keluar pagi2 buta dan meninggalkan anak nun berpuluh-puluh kilometer di taska berhampiran rumah kan.
haaa..jgn kata cikgu senang nak tukar tau. zaman sekarang ni pun cikgu-cikgi susah nak dapat tukar. carilah cable yang peling kuat ataupun berserahlah kepada rezeki..

jadi, pilihan yang ada mestilah rumah atas awan kan :) wah, atas awan gitu ;p
kami survey di Kelana  Jaya, kondominium biasa pun dah berharga RM260K..ha betul!.sila bulatkan mata anda. beginilah nilai hartanah di area KL ni.
usha punya usha, hari-hari bukak mudah.my dan web-web yang seangkatan dengannya, inilah yang kami jumpa.
memang betul, pada awalnya ia bukan 'rumah idaman' saya ;(
banyak yang perlu kami buat untuk mencantikkan ia supaya menjadi rumah idaman kami.

sebuah apartmen kos sederhana berharga RM 134k.
kami decide utk beli rumah ni memandangkan apartmen ni dilengkapi dengan pondok jaga siap berpalang, hanya residen je boleh masuk, even kete nak masuk kena guna touch-card. ada swimming pool, at least anak-anak kecil saya ada tempat bermain nanti, maklumlah, rumah takde laman kan :) ada 2 lif setiap blok, rumah kami tingkat 8, harap-harapnya lif takkan rosak selama saya duduk sini..hehehe..
kemudahan pun banyak. apartmen ni berhadapan dengan shell, senang acik nak isi minyak tau!
ada banyak kedai dan tempat makan..hoho, seberang jalan ada mcD. bila-bila separa rajin yang tak masak, boleh la sy drive tru saja..ngehngehngeh..

lagipun bila difikirkan, aparmen area puchong boleh dijadikan aset tau. setelah saya riki-riki harga sewa di sini, sewa pun mencecah RM800, sedangkan saya bayar kat bank RM630 je sebulan. lumayan kan :)

ha..banyak membebel je kan acik tu.
acik nak tunjuk gambar sebelum dan selepas renovation rumah ni.

yang ni gambar-gambar masa kami ambil kunci dari owner lama.

hall

*ini tidak termasuk dalam urusan jual-beli*

hall lama-tengok siling tu siling lama. benda pertama yang encik suami suarakan kepada saya ialah tukar siling kepada plaster ceiling :)

second room

dapur yang takde apa-apa langsung


owner lama, owner baru dan ejen kami :)
kesian kan gambar-gambar di atas nun..
jenuh la acik mengorek tabungan untuk merenovate rumah ni supaya ia lebih selesa untuk kami.
dan alhamdulillah..kebetulan saya boleh keluarkan duit kwsp, jadi saya dan encik suami senyum-senyum je la nak plan untuk renovate rumah ni.

banyak yang kami buat. keseluruhan rumah ditukar kepada plaster ceiling, wiring baru sebab tukar semua lampu dan pasang kipas di semua bilik. rumah asal memang takde kipas dalam bilik tau.
pasang aircond point dalam master bedroom, pasang kitchen cabinet, dan cat baru.

dan alhamdulillah..rumah ini sudah bertukar wajah kepada begini :)

hall baru, warna rumah saya yang pilih.haha, diktator kan :) tapi encik suami pun suka tau!

kitchen cabinet saya yang baru. berseri sikit la dapur kecik saya ni



plaster ceiling dan kipas baru :)










sebenarnya kami tak siap lagi nak hias-hias rumah ni.
banyak lagi sebenarnya impian di hati nak buat itu-ini, tapi memandangkan kos tidak mencukupi, kena lah tangguhkan hasrat ke bulan yang lain.
kita cari duit banyak-banyak lagi la encik suami ye :)
nanti saya cerita dengan anda kos merenovate rumah ni ya :)

Sunday, June 10, 2012

stress SAPS!

hah, ini adalah entry berbaur stres!
amaran kerajaan Malaysia, sila klik butang X di atas jika anda tidak mahu terjangkit sama ;p

oh, kenapakah SAPS ni macam haremmmmm!!
dah penat-penat key in markah, bila nak save, dia loading lama, lepas tu problem loading page.
sangat nak marah okey!!
ingat nak key in tu satu markah je ke?
ingat satu kelas je ke?

dahla kena buat keje dua kali.
kat saps kena key in markah, kat sistem sekolah kena key in.
konon nampak macam maju tapi habuk pun tarak!
server lembab macam siput, data semendang hilangggg memanjangggg..






bosan! bosan! bosan!


Teacher's Day Gift

ha..dah lama saya upload gambar2 ni sebenarnya tapi nak membebel-bebel panjang-panjang rasa malassss je..haha,boleh mcm tu?

okey, sebenarnya nak cerita hadiah-hadiah yang dapat masa hari guru hari tu..saja nak tepek kat blog, buat kenangan :)

yang ni, dari ryan, budak kelas 2A saya :)
yang pertama sekali bagi hadiah kat saya. sehari awal, sebab masa hari guru dia dah plan taknak datang sekolah..wah wah wah..



haa..ni ada body lotion, body wash dari farhat adam. farhat ni anak pengarah bank negara.
ngehngehngeh..bebudak bg benda-benda berjenama, cikgu dia senyum-senyum je sebab cikgu dia tak reti pun nak pakai benda-benda cenggini ;p


chocolate moist cake dari kak umi :) kak umi ni mak kepada ahmad afiq, student 2A saya gak..dah 2 tahun saya jadi guru kelas merangkap cikgu math kelas tu.


fresh rose dari Kolej Inti. Disampaikan oleh puan pengetua kepada semua cikgu.


kreatif kan bebudak form 1 Bakti buat jambangan gula-gula ni sendiri :)


yang ni buat sy terharu!
hadiah keronsang ni dari ex-student saya tahun lepas.
saya ajar dia pendidikan moral je pun.
tetiba tahun ni ada pulak hadiah untuk saya.
dari student cina pulak tu- Andrew Lim..ha..lelaki lagi!


dari Nabila Afrina.
budak ni senyap je dalam kelas. kalau sy buat lawak pun dia senyum-senyum simpul je.
tak sangka pulak dia nak tulis macam kat bawah tu ;p



goodie bag dari Lembaga Pengawas.



sekeping kad dari Hariz Hassan, 2A.


saya suka certificate ni :)
siap tandatangan semua students 2A lagi :))


bebear yang comel dari alyaa.
dia ni saudara dengan Dato Fadzilah Kamsah tau.


Pinggan hiasan dari Johan..jeng jeng jeng..bukan Johan Raja Lawak tau ;p


dari Kelab Guru.

Highlighter yang comel dan berwarna-warni dari unit Kaunseling :)


hoho..ni body lotion jenama Mark and Spencer dari Brendan.
last year dia bagi sy hand lotion jenama sama.
wah wah, apakah..adakah cikgu dia ni nampak mcm kurang menjaga kecantikan?
heheheh..


well..well..bg seorang cikgu, tak kisah la hadiah mahal ke murah..takde hadiah pun takpe, asalkan students ni jadi pelajar yang sentiasa hormatkan cikgu.
tidak melawan, sentiasa sopan bila dengan cikgu.
barulah sejukkkkk je hati kan..kan.. ;p