Saturday, December 31, 2011

tahun baru 2012


selamat tahun baru semua :)
dari seorang mak yang sakit parut, eh sakit perut.
ha-ah,seminggu ni perut saya macam ada something yang tak beres.

hari selasa sangat sakit sampai saya terpaksa keluar dari meeting dan berehat di surau.
wah, berehat tu..tak agak-agak!
sepanjang hari muntah-muntah dan perut memulas-mulas..rasa macam contraction masa nak bersalin tu tau.
mula la fikir yang bukan-bukan-mengandung kah?keguguran kah?

rabu,khamis,jumaat-masih sakit-sakit perut..rasa glug-glug-glug ada angin dalam perut.
bubuh minyak panas, masih tak hilang-hilang-sampai-rasa-nak-saman-mydin-jual-minyak-tak-mujarab! hah?

sabtu-marathon kenduri-makan on time, perut elok je tak meragam :)
hah, agaknya hari selasa, rabu, khamis dan jumaat tu saya makan tak betul.
yela, keluar pagi-pagi pegi meeting, tak makan apa-apa sampai tengah hari.
kat sekolah langsung takde makanan okeh!
geram acik bermeeting dgn perut kosong.

oh,panjangnya cerita sakit perut saya kan?
padahal nak wish tahun baru je pun.
apa azam anda tahun baru ni?
azam saya?
mahu melaksanakan azam tahun lepas..kehkehkeh..
kaedahnya awal tahun je berazam bagai, belum sampai tengah tahun, dah lupa apa yang diazamkan..aihh..

okey..okey, yang paling penting, tahun ni nak melengkapkan misi 2 tahun penyusuan damia :)
ada lagi 8 bulan sebelum 2nd birthday damia.
pastu ada jugak rancangan nak menambah ahli keluarga baru :)
insyaAllah..kalau ada rezeki-yang penting usaha bersungguh-sungguh! kehkehkeh :)
doakan saya ya!

No comments:

Post a Comment