Wednesday, December 14, 2011

pangkor trip dan honeymoon

mood jiwang-jiwangan masih terasa :)
kehkehkeh..cam poyos je kan intro ;p

11 disember lepas anniversary perkahwinan kami- yang kedua..ha ah,baru yang kedua kah?
sangat setahun jagung..takpe..takpe..yang dua tahun ni la akan menjadi dua puluh tahun satu masa nanti kan..insyaAllah..

saya memang nak pergi bercuti, tapi encik suami tu buat2 taktau je request saya ni. marah tau!
asyik tangguh2 je nak buat booking bagai, sampai saya merajuk.
hehe, drama queen sangat kan!
encik suami pun decide bawak saya ke pangkor. hah, tau takut ;p

jadi kami pegi 3 hari 2 malam, 10disember hingga 12disember :)
mari saya cerita perjalanan dan perbelanjaan kami ye.
mana tau anda plan nak pegi tempat yang sama, boleh la buat bajet masing2 :)

10 disember 2011
kami bertolak pagi, pukul 10.30am dari rumah (pagi la sangat kan)
breakfast dan terus bertolak ke lumut.
kami lalu highway plus, keluar ikut bidor.
sebenarnya kalau ikut dekat, boleh lalu sabak bernam-teluk intan.
tapi saya taknak lalu jalan tu, sampai bila-bila..saya sanggup nak lalu jalan jauh.

jadi tol jalan duta ke bidor RM 17.60. heheh..
ni bos kecik tak sabar nak g bercuti :)


on the way :)

kami sampai lumut pukul 3.30pm, check-in hotel dan keluar semula jalan-jalan-cari-makan.
kami spent semalaman kat lumut, stay kat lumut valley resort and condominium.
ini bilik kami, luas kan, macam sebuah kondo, cuma takde bilik je.
selesa la kalau nak pegi by family pun..recommended!


view laut cantik macam org dalam gambar dari balkoni bilik.
oh ya, bilik ni satu malam RM180. including breakfast tau.
encik suami yang booking by online. dia kata kalau tempah online lagi murah dari buat reservation biasa :)
masa ni la baru bersyukur encik suami ada credit card. kalau tak saya asyik pot-pet-pot-pet je dengan credit card tu..ngehngehngeh...


malam tu kami makan seafood :)
kegemaran acik ineh!
nanti saya buat review lain untuk kedai makan ni ek.
kami tak pernah tau pun pasal kedai ni.
kami main terjah je.
nasib baik la sedap dan muuuuurah!
berbaloi-baloi..


kami makan ketam masak pedas, ikan pari bakar, udang masak mentega, sotong goreng tepung, sup sayur, sup ayam. air tembikai laici dan neslo, semuanya RM 77 sahaja. best kan :)


11 disember 2011
pagi anniversary kami dimulakan dengan breakfast di LVRC ini :)


breakfast seawal 8.30am, lepas tu kami terus check-out untuk ke pulau pangkor pulak :)
ambik gambar dulu sebelum gerak :)


park kereta kat sebelah jeti.
dengan kadar RM10 untuk 24jam. don't worry, kalau terlebih beberapa jam, kadar sejam pun dalam 40sen je :)
cik viva duduk diam-diam tau! esok kami ambik awak kat sini :)


sampai kat jeti, beli tiket dan taraaa..boleh naik feri.
tiket RM10 untuk perjalanan pergi balik.
kena la simpan tiket baik-baik sebab masa nak balik nanti dah takde jual tiket lagi.
tak kisah nak naik feri mana dan pukul berapa.
tapi mak aihhh, kena beratur panjang tu.
jenuh makcik-makcik beranak kecik (read as : saya) nak menenangkan anak yang dah mula rimas nak menunggu.



sampai saya kena dudukkan dia atas beg macam ni sebab bos kecik ni asyik nak main je..


"tengok apa tu nak?"


sampai jeti pangkor, kami naik teksi(kat sini teksi tu van) ke hotel.
tak jauh pun, dalam 5km..tapi charge teksi tu RM10 satu teksi.
tapi kami sampai hotel sangat awal.
pukul 11am dan tak boleh check-in lagi.
so kami decide untuk cari kereta sewa dan pusing-pusing pangkor. hureyy!!


pusing-pusing teluk dalam, haih, takut saya dengan jalan raya di sini.
sempit dan banyak kawasan berbukit.
sangat risau okeh bila sampai selekoh dan hampir bertembung dengan kereta bertentangan.

ke teluk nipah yang happening.
ramai gile orang kat sini walaupun masa ni ahad.
biasala..dah musim cuti sekolah kan.


inilah bilik hotel kami.
oh ya, kami stay kat uptown beach resort, kadar bilik ni satu malam RM 86, tapi campur tax semua jadi la RM100..
kecik je biliknya, bilik air pun sangat kecik, tapi boleh la..dah lambat booking, susah la nak demand bilik yang best-best kan ;p

pemandangan luar bilik :)


petang tu kami sambung pusing pangkor lagi.
ingat nak mandi laut, tapi petang tu memang hujan renyai-renyai.
tak boleh la nak bawak si tenit mandi laut.


pusing-pusing sekitar jeti dan beli souvenir :)






12 disember 2011

pagi-pagi dah terjun laut. meroyan tak dapat mandi petang semalam kan..kehkehkeh..


pertama kali damia mandi laut :)
kami terlupa nak bawak pelampung dia, so kena beli pelampung yang lain.
dia sangat suka dengan pelampung yang ada stering ni tau!
dari dalam bilik hotel dia main pelampung ni dan sangat marah kalau kami kempiskan pelampung dia :)

 


 

lepas mandi, naik bilik, bersiap dan sarapan di tepi pantai :)
naik bilik semula, sambung tidur (hah?), bangun pukul 11.30am dan terus check-out.
haih, kejap je 3 hari yang menggembirakan ni berlalu ;(

inilah kereta sewa kami. kadar sewa RM90 untuk sehari semalam ni.
mahal kan, tapi terpaksa la..dah datang pun musim cuti sekolah, demand tinggi jadi harga pun naik la.
tapi dah alang-alang sampai sini rasa rugi la pulak kalau tak round-round pulau ni ye tak?


 
dalam feri, anak kecik ni hanya boleh ditenangkan dengan video upin ipin dalam handphone ayahnya.
sampai tertinjau-tinjau abang kat depan tu nak join damia tengok video.

 

dan kami pun balik semula ke pangkal jalan. eh?
bertolak dari jeti lumut pukul 2.30pm, sampai KL dalam pukul 6.30pm, terus ke the mines.
encik suami belanja makan pizza hut pulak :)

encik suami kata destinasi terakhir percutian kami kali ni :)
terima kasih yang :)


dear encik suami,
terima kasih untuk dua tahun yang membahagiakan.
terima kasih untuk segala pengorbanan.
terima kasih untuk segala kasih-sayang.
terima kasih untuk segala perhatian.
terima kasih untuk segala pengertian.
sampai syg dah tak tau nak cakap macam mana untuk semua yang ada dalam rumah tangga kita sekarang :)
we are perfectly made for each other, kan.

dan terima kasih sayang untuk trip yang menggembirakan ini :)

nota jari : encik suami dah request newborn baby dari saya. cemana tu?



No comments:

Post a Comment