Thursday, December 8, 2011

jadual mengepam sambil menjaga stpm

saya mengupdate blog sambil mengejar anak kecil yang semakin laju memanjat tangga.
oh oh, patutla mak kata saya makin kurus :)

cuti sekolah akhir tahun ni saya jaga stpm.
pertama kali jaga exam awam ni.
haha, untung kan, 3 tahun kerja baru kali ni kena jaga exam.
tapi takde la sepanjang cuti kena jaga.
ada jadualnya, sepanjang stpm ni 9 kali jaga je.
tu pun ikut sesi. kalau kena sesi pagi, kerja sampai tengah hari je.
kalau kena sesi petang, kerja tengah hari sampai petang je.

yang warna fink tu jadual kerja acik ye :)


jadi kali ni nak share jadual mengepam saya sepanjang jaga exam ni :)
saaaaaaaaaangat susah nak maintain stimulation every 3 hours!
yela, satu paper je dah 3jam, belum kira masa kemas-kemas bilik, edar kertas, kutip kertas dan bungkus-bungkus kertas jawapan kan?

memula agak risau gak dengan jadual mengepam saya ni.
hari pertama, tak tau port mengepam kat mana, memang haru biru gak la.
engorge menunggu balik rumah baru nak pam..
oo..ini tak boleh jadi ni.
kena cari strategi supaya breast tidak dibiarkan terlalu penuh untuk jangka masa yang lama.
nota laktasi : bila susu tidak dikeluarkan dlm jangka masa yang lama, otak akan menerima signal yang susu tidak perlu dihasilkan lagi kerana yang sudah ada tidak digunakan. jadi lama-lama supply susu akan berkurangan :)

jadi saya buat begini.
setiap pagi, mengepam pukul 5am adalah wajib! walaupun hari cuti tau!

kalau saya menjaga sesi petang, sepanjang pagi for sure direct feed dengan cinonet tu.
pukul 12 tgh hari saya akan gerak ke tempat bertugas.
patutnya saya kena ada kat situ pukul 1.30pm, tapi saya saja datang awal supaya saya sempat nak mengepam sebelum mula exam :)

okey, biasanya saya sampai situ pukul 12.50pm mcm tu.
terus mengepam selama 20-30minit.
siap mengepam, saya solat zohor dan mula siapkan bilik peperiksaan pukul 1.30pm.


saya suka surau sekolah ni sebab plug dia kat bawah je :)
senang nak capai..kalau kat samad, plug dia tinggi, kena duk dekat-dekat plug supaya leh sampai spectra3 saya tu :)

biasanya disebabkan sepanjang pagi dah direct feed damia, pam tengah hari ni cuma dapat 2oz je.
takpela, target saya bukan nak dapat banyak-banyak.
saya cuma takmau breast dibiarkan tanpa stimulation dalam jangka masa yang lama..tu je :)

sesi petang paper tamat pukul 5pm. masa ni dah sunyi sepi.
memula saya ingat nak stay solat asar jap sebelum menempuh jam untuk balik rumah.
tapi tengok-tengok suasana sangat sunyi lepas pukul 5pm.
yang ada cuma pak guard berbangsa India.
alamak, tak jadi la saya nak stay back kat situ.
saya sanggup rushing balik baru solat asar kat rumah.

hmmm.. kalau saya jaga sesi pagi pulak (ni saya suka ni..)
macam biasa, pam pukul 5am adalah wajib!
tapi biasanya saya lewatkan ke 5.30am camtu..
supaya jaraknya dengan sesi seterusnya tak jauh sangat :)

dalam pukul 6.30am saya gerak dari rumah dan sampai tempat bertugas pukul 7 lebih.
dan 7.30am mula siapkan bilik peperiksaan :)
habis exam pukul 11am, bungkus-bungkus kertas soalan dan taraaa.. bertapa la saya di surau untuk 20-30minit sebelum balik rumah :)

biasanya yang ni dapat 6oz-8oz sebab dari pukul 5.30am tu memang damia dah tak direct feed..
lama kan..tapi better la dari tak mengepam langsung.
kalau tak pam, dengan perjalanan balik hampir sejam tu, entah berapa lama la breast terbiar tanpa stimulation. bahaya tu!

susu-susu berposing sebelum diangkut balik rumah :)

so cikgu-cikgu, yang paling penting kita kena pandai-pandai curi masa k :)
jangan pulak sebab ingat tak sempat nak mengepam, kita pun malas nak bawak pam, nak tunggu balik rumah baru nak pam/direct feed.
selagi ada peluang, pam la walaupun sekali sepanjang hari tu okey :)

sepanjang jaga exam ni, damia cuma minum 6oz kat nursery. sama ada saya kerja pagi atau petang.
dan biasanya total yang saya dapat untuk 2 sesi pengepaman ni lebih dari 6oz :)
alhamdulillah..selebihnya boleh la nak simpan buat stok susu damia :)

nota jari : hendak seribu daya!

No comments:

Post a Comment