Friday, November 25, 2011

happy birthday anak bujang :)

ini anak lelaki saya :)
eh eh..bila saya mengandung lagi ni?

haaa..ni la ahmad wafiy hakim, anak susuan saya..
lahir pada 25 november 2010.
dan hari ni hari lahirnya yang pertama :)


saya tak susukan wafiy secara direct, cuma saya bagi stok susu saya kepadanya.
atas dasar keibuan yang mahu melihat anak ini minum susu ibu sahaja sepanjang dua tahun pertamanya ini.
sungguh, saya sangat sedih bila tengok anak manusia minum susu lembu.
dan selalu terdetik kalaulah saya boleh bantu semua anak-anak ini..

tapi takpela, tak dapat tolong anak-anak lain, dapat tolong ahmad wafiy pun dah cukup menggembirakan saya :)
ibu-ibu yang lain mungkin saya boleh bantu dengan berkongsi pengalaman yang tak seberapa ni kan :)

ini ahmad wafiy dan mamanya :)
kami dah macam keluarga yang besar.
bila pegang wafiy, saya rasa dia macam anak sendiri :)

 kami adik-beradik tau!
ni la orang kata adik beradik mak-lain-bapa-asing :)
kami berkongsi susu yang sama.
tapi ahmad wafiy dapat lebih, dia minum susu dari dua orang mama!
yeay!


menjadi seorang ibu susuan sangat menggembirakan saya.
saya dapat anak segera, tak perlu mengandung dan melahirkan :)
opps, saya tak berniat langsung merampas anak orang tau!
tapi kami (mama-mama wafiy) sangat mahu melihat wafiy membesar sihat dengan susu ibu :)

selamat hari lahir yang pertama sayang..
moga wafiy jadi anak yang baik, yang soleh..
yang akan tolong jaga adik-adik yg lain.
dan kakak damia juga :)
terima kasih kakak damia, sebab sudi share susu kakak dengan adik wafiy :)

mama yuy, setahun lagi perjuangan kita :)
tahniah, dapat degree hari ni..hoyeah!

nota jari : kakak damia anak nombor satu, ahmad wafiy nombor dua..oh, saya ibu beranak dua rupanya :)

No comments:

Post a Comment