Wednesday, November 23, 2011

10 perkara tentang susu ibu


gambar ni ada kat kereta saya :)
eh,kereta encik suami..saya mana ada kereta ;p
hehe,bajet saya mahu jadi promoter penyusuan susu ibu la ni.
saya bangga tepek sticker ni, tak kisahla bebudak kat skolah tu nak cakap apa..

saja je nak menulis entry susu ibu ni.
jom zooooooooom fakta-fakta susu ibu nak?

1. susu ibu bersifat 'hidup', mempunyai sel-sel hidup yang sangat unik. berbeza dengan susu formula yang bersifat 'mati'..sebab tu la susu ibu perlukan handling yang betul :) anak-anak kita perlukan sel hidup tersebut :)

2. susu ibu tidak boleh dipanaskan melebihi 40 degree celcius..ohohoho..mati nanti segala nutrien2 dalam tu..

3. susu ibu tak boleh digoncang.kang pening plak sel-sel hidup tadi tu..kehkehkeh..

4. susu ibu tak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.

5. rasa susu ibu berubah mengikut pemakanan ibu. kalau makan nasi ayam, rasa nasi ayam..makan kepsi, rasa kepsi, makan mcD, rasa mcD..hehe..unik kan..jadi apa perasa susu anda hari ni?

6. selepas setahun, susu bukan lagi sumber nutrien utama bayi kita. sumber nutrien utama datang dari makanan. dahulukan makanan, baru la susu.

7. penyusuan selepas setahun lebih kepada emotional bonding antara anak dan ibu. anak itu rindukan ibu dan mahu dipeluk ibu sahaja :) jadi tak perlu terlalu risau isu kemeruduman susu di waktu-waktu ini.

8. saya percaya, susu yang datang dari darah daging kita, diminum oleh anak menjadi darah dagingnya. ini akan membuatkan anak rapat dengan ibu walaupun dah dewasa nanti :) mudah-mudahan begitu..amin...

9. susu ibu hanya boleh dicampurkan jika diperah dalam 24 jam yang sama dan ketika percampuran, susu berada pada suhu yang sama.

10. produksi anda dan ibu2 lain tidak sama! stop comparing susu dia banyak, susu saya sikit..yakinlah Allah berikan rezeki secukupnya dan mengikut keperluan anak kita. Allah Maha Adil kan..kalau banyak itu kita dapat, banyak itu la cukup untuk anak kita.

till then~happy breastfeeding mommies :)

No comments:

Post a Comment