Monday, November 28, 2011

izyati & shauqi 27.11.11

selamat pengantin baru izyati & shauqi :)
hehe, semoga yang baik-baik mengiringi kehidupan berumahtangga :)


eh, awat korang duk jauh-jauh ni?
haha, jangan marah naa..
anyway, sweet couple, have a blessed marriage :)

nota jari : melihat majlis perkahwinan menghantar satu rasa ngilu di hati.

lepak putrajaya

petang isnin cuti sempena maal hijrah :)
tak pernah bawak damia ke sini.
seronok, dengan kawasan yang luas, memang best nak bawak anak kecik yang terkedek-kedek berjalan ni :)
lagipun ramai parents yang bawak anak-anak ke sini..
memang best nak tengok gelagat anak-anak kecik ni.

mari tengok gambar la :)
tengok anak dara saya ni..





tengok ikan di tepi tasik putrajaya :)
seronok kakak tengok ikan kat sini..





masjid putrajaya.
first time saya solat kat sini.
selalu tengok je..
sampai sesat-sesat saya masuk sini tau.

nota jari : kadang-kadang kita terlepas pandang tempat menarik sekeliling kita kan :)

Friday, November 25, 2011

happy birthday anak bujang :)

ini anak lelaki saya :)
eh eh..bila saya mengandung lagi ni?

haaa..ni la ahmad wafiy hakim, anak susuan saya..
lahir pada 25 november 2010.
dan hari ni hari lahirnya yang pertama :)


saya tak susukan wafiy secara direct, cuma saya bagi stok susu saya kepadanya.
atas dasar keibuan yang mahu melihat anak ini minum susu ibu sahaja sepanjang dua tahun pertamanya ini.
sungguh, saya sangat sedih bila tengok anak manusia minum susu lembu.
dan selalu terdetik kalaulah saya boleh bantu semua anak-anak ini..

tapi takpela, tak dapat tolong anak-anak lain, dapat tolong ahmad wafiy pun dah cukup menggembirakan saya :)
ibu-ibu yang lain mungkin saya boleh bantu dengan berkongsi pengalaman yang tak seberapa ni kan :)

ini ahmad wafiy dan mamanya :)
kami dah macam keluarga yang besar.
bila pegang wafiy, saya rasa dia macam anak sendiri :)

 kami adik-beradik tau!
ni la orang kata adik beradik mak-lain-bapa-asing :)
kami berkongsi susu yang sama.
tapi ahmad wafiy dapat lebih, dia minum susu dari dua orang mama!
yeay!


menjadi seorang ibu susuan sangat menggembirakan saya.
saya dapat anak segera, tak perlu mengandung dan melahirkan :)
opps, saya tak berniat langsung merampas anak orang tau!
tapi kami (mama-mama wafiy) sangat mahu melihat wafiy membesar sihat dengan susu ibu :)

selamat hari lahir yang pertama sayang..
moga wafiy jadi anak yang baik, yang soleh..
yang akan tolong jaga adik-adik yg lain.
dan kakak damia juga :)
terima kasih kakak damia, sebab sudi share susu kakak dengan adik wafiy :)

mama yuy, setahun lagi perjuangan kita :)
tahniah, dapat degree hari ni..hoyeah!

nota jari : kakak damia anak nombor satu, ahmad wafiy nombor dua..oh, saya ibu beranak dua rupanya :)

Wednesday, November 23, 2011

10 perkara tentang susu ibu


gambar ni ada kat kereta saya :)
eh,kereta encik suami..saya mana ada kereta ;p
hehe,bajet saya mahu jadi promoter penyusuan susu ibu la ni.
saya bangga tepek sticker ni, tak kisahla bebudak kat skolah tu nak cakap apa..

saja je nak menulis entry susu ibu ni.
jom zooooooooom fakta-fakta susu ibu nak?

1. susu ibu bersifat 'hidup', mempunyai sel-sel hidup yang sangat unik. berbeza dengan susu formula yang bersifat 'mati'..sebab tu la susu ibu perlukan handling yang betul :) anak-anak kita perlukan sel hidup tersebut :)

2. susu ibu tidak boleh dipanaskan melebihi 40 degree celcius..ohohoho..mati nanti segala nutrien2 dalam tu..

3. susu ibu tak boleh digoncang.kang pening plak sel-sel hidup tadi tu..kehkehkeh..

4. susu ibu tak boleh dibekukan semula selepas dicairkan.

5. rasa susu ibu berubah mengikut pemakanan ibu. kalau makan nasi ayam, rasa nasi ayam..makan kepsi, rasa kepsi, makan mcD, rasa mcD..hehe..unik kan..jadi apa perasa susu anda hari ni?

6. selepas setahun, susu bukan lagi sumber nutrien utama bayi kita. sumber nutrien utama datang dari makanan. dahulukan makanan, baru la susu.

7. penyusuan selepas setahun lebih kepada emotional bonding antara anak dan ibu. anak itu rindukan ibu dan mahu dipeluk ibu sahaja :) jadi tak perlu terlalu risau isu kemeruduman susu di waktu-waktu ini.

8. saya percaya, susu yang datang dari darah daging kita, diminum oleh anak menjadi darah dagingnya. ini akan membuatkan anak rapat dengan ibu walaupun dah dewasa nanti :) mudah-mudahan begitu..amin...

9. susu ibu hanya boleh dicampurkan jika diperah dalam 24 jam yang sama dan ketika percampuran, susu berada pada suhu yang sama.

10. produksi anda dan ibu2 lain tidak sama! stop comparing susu dia banyak, susu saya sikit..yakinlah Allah berikan rezeki secukupnya dan mengikut keperluan anak kita. Allah Maha Adil kan..kalau banyak itu kita dapat, banyak itu la cukup untuk anak kita.

till then~happy breastfeeding mommies :)

Monday, November 21, 2011

20.11.2011

entry terlewat bebarapa hari :)
hehehe..

20.11.2011 wah,tarikh cantik kan..
tahun lepas 20.10.2010 damia umur sebulan, tahun depan 20.12.2012 umur 27 bulan.

so damia sekarang dah 14 bulan a.k.a setahun dua bulan.
alhamdulillah..rasa dah besar dah budak ni.
kalau tengok masa dia tengah tido,rasa macam dah panjang je dia ni.hehe..apa ke halnya tengok kepanjangan org masa tengah tido..

again,sangat sukaaaaaaaaaaa dengan kamera :)


ni kat pizza hut.
minggu lepas encik suami ke kuching sehari, ke penang 4 hari.
sian kami kena tinggal berdua (okey,sehari tu ditemani pakcik damia ;p )
gigih pagi2 pukul 6.15am kena hantar dia ke nursery.
tu yang sy suka nursery, bila-bila boleh hantar..boleh kawtim dengan ownernya..heheh..
encik suami balik,kami terus p melantak pizza hut :)

kakak sebenarnya sangat rindu ayah..
bukan kemain lagi dia gembira..tengok la gambar ni kan :)
tak best tau kitorang tido berdua je..

kat restoran mamak pagi 20hb.
kami nak g servis cik viva pagi ni :)

siap servis, kami ke manjaku.
bila damia test je kereta mainan ni, terus taknak turun dah.
kena la ayah belikan..kan..kan..



nota jari : 14 bulan-damia masih minum susu ibu sepenuhnya! :)

Saturday, November 19, 2011

cuti sekolah (lagi)

cuti sekolah lagi..
hm..tak cuti pun, sebab saya kena jaga stpm.
takpe,takpe..gigih mama!
tahun depan boleh bercuti sekolah sambil bercuti bersalin sekali lagi.eh?

seronok nak cuti sekolah.
nak pulun kumpul stok susu si momot lagi :)
akhir-akhir ni asyik curi stok tanpa diganti semula.
bahaya ni..
jadi mari kita rajin-rajin mengumpul stok ye :)

nota jari : nak jalan-jalan bercuti masa anniversary,tapi ke mana?

Saturday, November 5, 2011

mahu buat ini :)

hehe..dah lama sebenarnya cari resepi ni.
haih,nape ntah asal taip kat search tu tak jumpa je.
tetiba popout masa tengah cari benda lain pulak :)


nak buat untuk kakak damia :) kena cari masa ni kan...

nota jari : entry ni dibuat utuk menyimpan link ni supaya senang nak cari di kemudian hari..kehkehkeh..

Thursday, November 3, 2011

my happy family

rasa nak senyum je tiap kali tengok gambar-gambar ni :)
this is our small family.
en hubby, saya dan si momot damia.
yeay! tengok la damia tu.
pantang jumpa kamera :)

damia dan ayah :)
damia banyak ikut muka ayah ke mama?

damia dan mama :)
dengan ayah buat muka manja, dengan mama buat muka ayu :)
bijak..bijak..

dia memang faham bila ambil gambar kena senyum.
siap ada bunyi yeay...

three of us :)
2013 nak tambah lagi sorang la muleh tak encik suami?
hehehe...

i love my family :))

red wok restaurant

selasa lepas kami ke restoran red wok, kat seksyen 7 bandar baru bangi.
sebenarnya dekat je dengan rumah kami, sebab restoran ni dekat dengan silk highway belakang rumah ni :)
dah lama sebenarnya nak g sini, err..err sebab acik kan sukaaaaaaaa makan steamboat :)

saya pernah gak tengok restoran ni masuk jalan-jalan cari makan.
tapi masa tu dorang datang tengah hari.
kami datang malam hari ;p

gambar ehsan encik google :)

steamboat dan grill boleh masak sekali :)

bos besar tunggu makanan..

konsep buffet, boleh makan sampai lebam..
tapi kalau membazir, 100g kena charge RM 10 tau!
so jangan membazir, ambik-makan-tak cukup ambik lagi-hehe..



kalau pilih buffet steamboat+grill ni, kuah steamboat leh pilih satu je, sup ayam atau tomyam.
tapi kalau pilih buffet steamboat sahaja, dia bagi dua-dua jenih kuah.



suap si cenonet makan dulu..
oo..ada gak nasi goreng, kuey teow goreng, makanan-makanan lain la..semuanya buffet gak.
tapi makanan lain ni tak la sebanyak buffet.
so boleh la anak tecit ni makan nasi goreng :)



encik suami makan sampai pecah perut.
kebetulan masa pegi tu hujan turun.
dengan konsep open air tu, memang masyuk la makan panas-panas kan..

saya pun makan sampai kenyang :)
siap ada aiskrim dan puding caramel sebagai pencuci mulut.

hah,buffet ni berharga RM 33 satu kepala..berbaloi kan :)
ni alamatnya kalau korang berhajat nak datang sini gak.

Red Wok Restaurant Sdn Bhd
Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2
Taman Kajang Impian
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Tel: +603-8927-4100
Fax: +603-8927-4500
HP: +6019-339-4655 - Awang Hasyim
Email: redwok2u@gmail.com
 
waktu beroperasi ( mana tau datang dari jauh, takut tutup kan )
Monday to Thursdays
  Lunch : 12pm to 3pm
Mondays to Fridays
Dinner : 6pm to 12am
Saturday & Sunday
"Almost" all day dining : 12pm to 12am

ataupun anda roger-roger je acik di sini neh.
acik bawak g sini ye :)

nota jari : personally saya suka buffet steamboat kat tupai-tupai bangi..tapi kalau sesekali pegi tempat lain pun takpe kan? ;)

kenduri fae

sabtu lepas, 29 oktober 2011, kami ke bidor..kenduri kawin fae :)
gigih pepagi ke sana, pukul 11.30am dah sampai rumah pengantin.
kehkehkeh..ada anugerah tetamu paling awalkah?

fae ni classmate hubby masa form 5 dan roommate saya masa matrik.
fae la yang kenalkan kami berdua :)
match-maker gitu..terima kasih fae :)

meh tengok gambar kami dan fae.
pengantin lelaki tak sampai lagi masa ni.
saja ambik gambar dulu,kang pengantin laki dah sampai, tak merasa la kami ;p

si momot dan gula kapasnya..

sangat cantik kek dan anak-anaknya ni kan..

dak kecik ni sangat aktif main kat tangga..kejap naik kejap turun,pastu naik dan turun lagi dan lagi dan lagi..huahuahua...

fae dan husband :)




pengantin dan parents pengantin perempuan..


selamat pengantin baru fae :)
semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya..

nota jari : perkahwinan adalah perkongsian :)