Tuesday, October 25, 2011

respon BH tentang artikel 14 Oktober 2011

akhirnyaaa..
setelah beribu-ribu orang sign petition, setelah surat versi bm, versi bi dihantar ke Kementerian, ada jugak salinan dihantar ke BH, BH pun menulis satu artikel baru tentang perkongsian susu ibu.

mari baca di sini :)

https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0B9f8XEmCHsdXOWI3ODdiNjItYjY5Yi00ZGJmLTk1NTQtNjZiMGIwMWMzNmMy&hl=en&pli=1

walaupun MASIH BELUM MEMINTA MAAF, sekurang-kurangnya tindakan ini 'membasuh' sedikit nama HM4HB-Malaysia.
dan artikel kali ini lebih fair, nampak la menyokong pendermaan susu ibu cuma ada beberapa langkah penambahbaikan perlu dibuat.

tapi yang tak best nya, BH masih tak minta maaf pasal artikel lepas dan pandai pulak nak coverline, kata artikel tu tak bertujuan memburuk-burukkan HM4HB..piiiiiirahhhh..yang ko kata usaha ini wajar dihentikan semua-semua tu apa?yang ko tulis pengasas tak diketahui dan difahamkan warga Singapura tu apa?tu bukan cubaan untuk membuatkan orang ragu-ragu dengan HM4HB dan konsep pendermaan susu ke?

artikel kali ini juga seolah-olah mengatakan dengan adanya HM4HB akan menyebabkan ibu-ibu tak berusaha untuk menyusukan anak mereka sendiri.
*sigh* kesian la kat orang-orang yang tak menyusukan anak,tapi cuba untuk menulis tentang penyusuan anak.

tiap ibu yang memilih (kalau boleh saya tak mahu gunakan perkataan ini-susu ibu bukan satu pilihan, ia satu kemestian sebab ia tiada gantinya-tiada pilihan lain) untuk menyusukan anak, adalah ibu2 yang sangat sedar tentang kebaikan susu ibu dan semestinya berusaha sedaya upaya untuk menyusukan bayi sendiri.

kat KIM tu ada ramai ibu-ibu makan itu-ini, bangun malam-malam berpower-pumping, beli pil domperidone, macam-macam dah usaha..tapi still ada yang tak dapat penuhi demand anak.
yup, kalau tidak bekerja, direct feed 24/7 sure takde masalah.
tapi ibu-ibu yang mengepam di tempat kerja, dengan kekangan masa..kerja melambak2 sampai tak sempat pam (lama-lama production berkurang sebab kurang demand)
lagipun stimulation dari pump tak sama dengan stimuation dari baby,kan..
bila akhirnya susu drop, dan dah tak dapat penuhi demand anak, apa yang perlu ibu-ibu ini lakukan?
mestilah mencari option kedua terbaik, susu ibu dari ibu yang lain!

BH tolongla jangan kontroversikan benda ni lagi ye.
anda tak tau sekuat mana ibu-ibu ini berusaha.
dengan tekanan kerja, even untuk breastfeed anak ini pun dah macam-macam tekanan yang diterima.
ada yang tidak mendapat sokongan suami, mak, mak mertua..apatah lagi nak meng'educate' makcik-makcik sekeliling yang memanjaaaaaaaaaaaaaaaaang suruh topup FM!

and sorry to say, betul...bagi ibu-ibu menyusukan, human milk is only for human baby :)
bila tiada rakan sekeliling, saudara mara yang sudi mengambil anak mereka sebagai anak susuan, HM4HB adalah tempat paling sesuai ibu-ibu ini mencari ibu susuan untuk anak mereka.
yela, takkan nak buat iklan kat akhbar BH pulak kan? ;p

macam-macam la BH ni..tapi takpela..kita tunggu apa pulak sambungannya Khamis ni..hah,tak sangka BH ada potensi jadi penerbit drama..bersiri-siri gitew ;p
ke salah satu taktik untuk membuatkan orang yang follow isu ni untuk membeli akhbar anda? ;p

nota jari : pening dengan putar belit Berita Harian.

No comments:

Post a Comment