Thursday, October 27, 2011

NIP

Nursing In Public-Hotel Eastin PJ.

gambar masa high-tea.
dah nak habis pun masa ni..dah makan, dah main, dah pusing-pusing ronda kawasan..
makcik kecik ni pun merengek-rengek nak 'kawan baik' dia :)

penyusuan bayi adalah sesuatu yang sangat mudah!
kalau nak berjalan, tak perlu bawak termos, kena masak air panas la..masukkan fm dalam bekas kecik2 la..botol, puting..bla..bla..
hoho,cakap macam ada pengalaman je?
eh tak..tak..takde pengalaman-cuma tengok pengalaman orang je ;p

cuma bawak diri dan sehelai kain je :)
ini kes masa tak pakai nursing blouse.
saya memang sentiasa bawak sehelai pashmina ni dalam beg damia.
err..beg damia takkan tinggal kan?so pashmina ni sure tak tertinggal :)

cuma duduk dan cover pakai pashmina, sila la menyusukan bayi anda dengan senyuman..heheh..
elok je pashmina ni tetiba matcing dengan baju kan.
eh,ada je tau saya pakai baju hijau, menyusukan tetap cover dengan pashmina pepel ni!


tengok tu, sempat je dia nak tengok kamera.
anak kecik ni kan memang suka kamera :)
macam mamanya ;p


tepek la sekali gambar ni.
gambar yang saya saaaaaaaaaaaaaangat suka!
pandai kan dia buat sign 'good' tu?
hmm..pandai..pandai..pandai..(kes berjangkit damia asyik bukak upin ipin kat tv)


nota jari : jika anda dah tutup semua apa yang perlu ditutup, tak perlu malu untuk nip ok :)

No comments:

Post a Comment