Tuesday, October 4, 2011

homeophaty hasan

sebelum raya hari tu damia berkahak.
berbulan-bulan sampai acik taktau nak buat apa.
jenuh nak berulang alik ke klinik..err..sebenarnya kesian nak bagi dia makan ubat kahak je.
tak berkesan pun.
ada sekali g buat nebulizer,masih tak ok gak..
malam-malam terbangun sebab terbatuk-batuk,susah nak menyusu sebab ada kahak.
tapi masih menyusu dengan jayanya..apa aku pedulik kan kakak..
pastu demam on off.
(pesanan penaja : berkahak sepatutnya tidak dibiarkan terlalu lama,boleh membawa kepada sesak nafas dan asma)

jadi saya pun ambil keputusan bawak damia pegi homeophaty.
perubatan alternatif, ubatnya bukan chemicals..jadi selamat la untuk dimakan.
asyik chemicals je,saya risau perkembangan dia nanti..kecik-kecik dah telan bahan kimia banyak-banyak.
lagipun baby tengah membina antibodi,tak elok makan ubat banyak-banyak kan..

so balik sekolah saya gigih drive sorang-sorang, encik suami kerja tak boleh nak temankan.
pergi ke PKNS bangi, pegi homeophaty hasan.
tak ramai masa tu,dalam 4 orang dewasa.
malu acik yang pakai kebaya fink tu tau! yang kat sana semua makcik pakcik..hehehe..

tunggu kejap je dah kena panggil nama.
pergh..ustaz tu tengok je dah tau masalah orang tau.
dia check kelenjar kat bahagian tengkuk damia dan dia kata damia memang ada kelenjar.
katanya,budak ada kelenjar ni kuat sakit.
orang demam,dia demam..orang selesema,dia selesema,orang batuk, dia batuk..
ooooo..no wonder la damia memang kuat demam..memang ada jenis budak camtu kot kan..kan..

okeh,siap cakap-cakap,ustaz tu pun bagi ubat.
ada 3 botol,kena habiskan satu-satu.
botol pertama 2 biji setiap jam.
botol kedua 2 biji setiap 2 jam.
botol ketiga 2 biji setiap 3 jam.
hah,ambik ko! tiap jam kena makan ubat.
ala..manis je pun ubatnya (eh,mama ada rasa ke?)
ustaz tu la yang cakap..just kemam-kemam je..makan ubat tak payah guna air.
damia pun suka,masa makan ubat,siap senyum-senyum dan bunyi 'hmmmm'..sedap la tu kot kan?

tapi paling tak tahan saya kena berpantang..
yela,damia kan menyusu dengan saya,jadi apa yang saya makan akan dapat kat damia.

cuba baca pantang yang perlu saya ikut tu.
kalau yang lain-lain saya boleh tahan lagi,tang nescafe tu yang paaaaaaaling payah!
uwawawawawawwawa..sejak umur 16 tahun saya tak pernah tinggal nescafe waktu pagi tau.
dahla nak drive 33km sehala, kalau tak minum nescafe,mau tidur saya dalam kereta..

tapi saya cuba bertahan.
hari pertama-kedua-ketiga-keempat (eh,berapa banyak hari daa..) memang sengsara.
menahan mengantuk yang amat sampai sakit kepala berdenyut-denyut dari pagi sampai tengah hari.
so kat sekolah saya tidur je.

saya cuba minum teh tarik di waktu pagi pulak.
alhamdulillah setakat ni ok la.
dah nak sebulan saya tak sentuh semua makanan dan minuman pantang.
fuh..fuh..demi anak kan..

hah,ni la rupa ubatnya..kecik-kecik comel je..

alhamdulillah..masuk botol kedua,kahak pun dah hilang.
tapi masih on je ubat ni..
kalau ikut pengalaman orang lain,masuk botol kedua akan ada effect muntah-muntah dan berak-berak.
tapi saya tengok damia relax je..huahuahua..

tapi.......

rupanya effect pada damia datang masa nak habis ubat botol ketiga.
semalaman damia muntah-muntah..menyusu muntah,makan muntah..tengah tido pun muntah.
kesian sangat tengok dia.
esoknya dah elok muntah,dia start berak-berak pulak.
berak air..pergh..memang mencabar.
kalau dengar dia berak cepat-cepat la basuh.
lambat sikit,ada la yang tercicir di sekeliling rumah.
hehehhe..

dua tiga hari berak,damia dah ok :)
alhamdulillah...

jadi kepada sesiapa nak try homeophaty ni,neh saya bagi detailsnya ye..
PERUBATAN HOMEOPHATY HASAN,
LOT 2.08, KOMPLEKS PKNS,
BANDAR BARU BANGI.
(naik eskelator sampai tingkat dua dan kedainya di kiri anda..jeng..jeng..jeng..)

nak tepon pun boleh..03-89267831-tapi takde perubatan melalui telefon la ye..pertanyaan je..hehe..

waktu rawatan (penting neh!)
ISNIN-9.00AM-9.00PM
SELASA, RABU, KHAMIS, SABTU-9.00AM-6.00PM
jumaat dan ahad tutup.
tolong jangan buat muka kesian g ketuk pintu. takde orang nak bukak ye ;p

oh ya,tidak ada mc untuk anda-anda yang bekerja ye..sila jangan mintak mc..kehkehkeh..

nota jari : kita hanya berusaha ;)

No comments:

Post a Comment