Friday, October 7, 2011

dear mommies..

dear mommies :)
saya cuba untuk tidak emotional semasa menaip entry ini.
lagipun tak suka ada elemen negatif dalam blog ini..hehehe..
fuhh..fuhh..

hah,tak fahamkan?
tidak mengapa,biar saya simpan sendiri ya!

hm..nak cerita apa ya?
pasal breastfeeding lagi boleh?
boleh la kan..kalau tak suka,sila klik tanda X di atas sebelah kanan anda :)
no offense :)

mommies,perjalanan bf tidak mudah,tapi bukan juga sangat susah sampai tak terdaya kita nak buat.
trust me,seawal kelahiran damia,susu saya tak mencurah-curah pun.
saya pernah menangis di awal-awal kelahiran bila  rasa susu saya sikit.
picit-picit pun xde susu putih yang keluar.
saya berdoa sungguh-sungguh minta Allah banyakkan susu.
dan semalaman di hospital damia tak mahu lepas dari menyusu.
berjam-jam!

then rupanya baru saya tau seawal kelahiran,hanya kolostrum yang keluar.
susu awal ibu yang sangat berharga,walaupun setitis yang ada,setitis itu cukup untuk anak.
orang selalu berebut susu awal lembu,kenapa tidak mahu merebut susu awal ibu?
dan saya belajar baby menangis bukan semata-mata lapar!
baby terkejut,keluar dari perut ibu yang sejuk sunyi,masuk dalam dunia yang panas dan bingit.

masa berpantang, saya makan apa sahaja-makan sengkuang,minum milo siang malam untuk banyakkan susu.
bidan urutkan,akhirnya susu mula banyak.

ya,dan saya juga belajar konsep sebenar susu ibu ialah demand and supply.
lagi banyak kita susukan anak dan pam,lagi banyak susu akan dihasilkan.
oh rupanya..rupanya..
kalau tau lebih awal mesti saya tak panik!

hasil perahan saya selepas 7 hari bersalin.
gambar ini diambil 27 september 2010,genap 7 hari selepas melahirkan damia.
tak sampai 1oz pun.
tahu tak saya mengepam hampir sejam dan hanya ini hasilnya?
dan masa tu saya baca ibu-ibu mengepam di ofis dapat 5-6oz.
lagi la saya terfikir saya bukan jenis banyak susu.
oh.oh tapi tidak melatah terlalu cepat dan beri fm ;p

saya study pasal susu ibu di page susuibu.com.
masa tu belum jumpa kumpulan ibu-ibu menyusukan di mukabuku lagi :)
baca-baca-baca dan baca macam mana susu dihasilkan,macam mana nak banyakkan susu dan penyimpanan dan pengendalian ebm.
makin banyak membaca,saya terasa makin banyak yang saya tak tau.

saya baca blog ibu-ibu menyusu yang lain,tengok gambar stok-stok mereka,
dan saya jadi sangat teruja!
yes,the word is teruja,bukan TAKSUB!

dan jadilah saya seperti sekarang,masih menyusukan damia (1tahun++)
masih mengusung pam ke sekolah,bawak cooler bag.
sehari dua kali ke surau untuk mengepam walaupun surau nun jauh di tingkat 3 di blok berlainan.

mommies,
menjadi ibu yang menyusukan perlu SANGAT kuat semangat.
yes,orang akan mengata anda macam-macam.
riak,menunjuk-menunjuk,taksub dan sebagainya.
trust me,saya dah banyak kali dengar orang mengata itu-ini.
dan kita seharusnya senyumkan saja :)

biasala,dalam dunia ni,pergi la ceruk mana sekalipun,akan ada spesies manusia yang tak boleh tengok usaha orang lain.
bila dia tak dapat sama macam orang tu dapat,mula la dia mengata.
normal! kan..

abaikan saja cakap-cakap orang seperti ini.
kita tak rugi satu sen pun.
eh,acik tak hidup dek puji,tak mati dek keji la..
katalah apa saja,sikit pun tak melemahkan semangat breastfeed saya.
anda tak merasa fully bf,berusaha siang malam buat stok banyak.
jadi siapa anda nak menghukum yang bukan-bukan?

haihhhh..kata taknak emosi kan..hehehhe...

jadi mommies,kuatkan semangat kita :)
dengan ilmu yang ada,mari berkongsi dengan orang lain.
orang lain mungkin tak tau.
sebar-sebarkan kebaikan susu ibu,
Allah dah jadikan sesempurnanya untuk anak kita.
mari hapuskan dominasi susu formula yang hanya menguntungkan syarikat-syarikat besar.
yang sebenarnya susu lembu tidak sesuai langsung dengan fungsi perut seorang anak manusia.

mari terus mencari ilmu,doa banyak-banyak,bersyukur dengan apa jua yang Allah berikan :)

nota jari : kenapa perlu fm bila ada susu ibu?kenapa perlu fm bila dalam Islam ada konsep ibu susuan?

3 comments:

  1. betul2..paling suka entry ni!..:)semangat untuk saya juga:)

    ReplyDelete
  2. :) so glad..
    dalam pada ada yang membenci,saya terlupa sebenarnya ada ramai yang bersemangat macam saya kan :)
    terima kasih ainul :)hehehe..

    ReplyDelete
  3. hehehe..sama2 yan..:)terima kasih atas perkongsian dalam blog ni.kekadang ada masa rasa down juga,tapi bila baca balik entry2 dalam ni, menguatkan semangt sy balik:)

    ReplyDelete