Sunday, October 9, 2011

24 years old

Dah setengah hari berlalu baru saya ingat yang birthday saya semalam mempunyai tarikh yang cantik!
09-10-11 oh,tarikh cantik ni takkan berulang sampai bila-bila kan..nasib saya sedar sebelum berakhir tempoh 24jamnya..hah?pentingkah?
yang penting,umur saya baru 24 tahun kan?

mari cerita apa saya (read as : kami) buat sepanjang seharian semalam :)
oh,first wishes datang dari encik suami :) tepat 12.00 mlm.
dan wishes demi wishes datang kat dinding mukabuku,juga melalui telefon tangan (wah,bahasa!)
terima kasih kalian..atas ingatan dan doa2 yang berpanjangan :)

owh,semalam kami ke the mines.
makcik yang sambut birthday tu kan,beriya-iya nak berjalan.
tapi yang paling gembira bukan makcik birthday tu,tapi makcik kecik ineh ;p
haih,dia ni pantang berjalan,mesti riang lagi gembira :)

encik suami belanja saya makan kenny rogers roasters.
untuk pertama kalinya dalam hidup..oh,kasihan kan?
haha,sebenarnya saya yang pilih nak makan apa.
dah boring asyik makan pizza,secret recipe je kalau celebrate birthday ;p





'kakak,pisau tu untuk memotong makanan,bukan untuk dimakan'

muffin yang sedap :)
eh,rasanya semalam tak habis satu dan take away.
kat mana dah ye b?
encik suami minum mocha, makcik birthday minum mango juice.
makcik kecik minum air suam je la ye..

makan-makan-makan.
pastu sambung berjalan-jalan sambil mengukur keluasan the mines ;p


lepas ke mines,kami ke bangi utama.
pergh,tempat berdating zaman dahulukala ineh.
takde apa pun,saya cari madu khaula untuk damia.
dia batuk-batuk sikit,saya xmau bagi ubat batuk.
chemicals..heee...

then,menunggu pukul 4 petang,kami ke tasik cempaka.
lepak dalam kereta.
hah,kenapa tunggu pukul 4 petang?
sebab saya nak join '1 Minute Simultaneous Breastfeeding Event'
anjuran Kelab Penyusuan Susu Ibu Perak :)
seluruh Malaysia,tepat 4.00pm-4.01pm,kami akan menyusukan bayi secara serentak dalam masa seminit tu. tak kira di mana berada! syok kan :)

jadi di sini la saya :)
taman tasik cempaka,menyusukan makcik kecik dalam kereta :)

ok,encik suami try test ambil gambar.
oh ya,lepas seminit menyusukan,kami akan send sms kepada dr nadrah sebagai bukti dah berjaya join misi ni :)
pastu kalau ada gambar kena send kat dia.
then dia akan proses e-certificate untuk para peserta.
syoknya! boleh la saya tunjuk kat damia bila dia besar nanti :)

terima kasih encik suami.
sebab menjadi sayang supportive untuk saya menyusukan anak kita sepenuhnya :)
ye.ye..syg tau b mesti suka bila dapat menjimatkan duit beli susu kan..kan..

ok,time untuk berposing :)
inila gambar penyertaan saya..
ya saya tau,spek mata hitam tu tak boleh blahhh..
anda layankan aje la ye..


saya seronok join event macam ni :)
haha,bukan lama pun,2 tahun je untuk saya menikmati saat-saat menyusukan damia.
dan ia dah tinggal lagi 11 bulan! oh my!
lepas dah 2 tahun,damia dah jadi toddler,pastu membesar jadi kanak-kanak,jadi dewasa..saya takkan dapat mengulangi saat-saat ini lagi.
sekurang-kurangnya untuk 2 tahun ni,saya dapat rasa bonding yang kuat dengannya.
esok-esok dia dah start berkawan,saya kena share dia dengan kawan-kawan dia pulak kan..
so baik saya peluk dia puas-puas sekarang..hehehe..

back to my story.
lepas habis event ni,saya ke seksyen 3,rumah kak kinah.
kawan seperumpatan (wah,adakah?) saya kat sekolah.
dia baru je deliver baby boy ramadhan hari tu.
hm..teringin pulak nak ada baby boy kan..
bolehkah? haha,nanti dulu la kotttt..

balik rumah,singgah pasar malam.
mandi,makan,kemas-kemas dan tido :) what else do you expect?
thats all-my 24th birthday ;p

nota jari : ok..ok..saya mengaku,umur saya 26! ;p kehkehkeh..jangan marah naa..


No comments:

Post a Comment