Thursday, October 27, 2011

NIP

Nursing In Public-Hotel Eastin PJ.

gambar masa high-tea.
dah nak habis pun masa ni..dah makan, dah main, dah pusing-pusing ronda kawasan..
makcik kecik ni pun merengek-rengek nak 'kawan baik' dia :)

penyusuan bayi adalah sesuatu yang sangat mudah!
kalau nak berjalan, tak perlu bawak termos, kena masak air panas la..masukkan fm dalam bekas kecik2 la..botol, puting..bla..bla..
hoho,cakap macam ada pengalaman je?
eh tak..tak..takde pengalaman-cuma tengok pengalaman orang je ;p

cuma bawak diri dan sehelai kain je :)
ini kes masa tak pakai nursing blouse.
saya memang sentiasa bawak sehelai pashmina ni dalam beg damia.
err..beg damia takkan tinggal kan?so pashmina ni sure tak tertinggal :)

cuma duduk dan cover pakai pashmina, sila la menyusukan bayi anda dengan senyuman..heheh..
elok je pashmina ni tetiba matcing dengan baju kan.
eh,ada je tau saya pakai baju hijau, menyusukan tetap cover dengan pashmina pepel ni!


tengok tu, sempat je dia nak tengok kamera.
anak kecik ni kan memang suka kamera :)
macam mamanya ;p


tepek la sekali gambar ni.
gambar yang saya saaaaaaaaaaaaaangat suka!
pandai kan dia buat sign 'good' tu?
hmm..pandai..pandai..pandai..(kes berjangkit damia asyik bukak upin ipin kat tv)


nota jari : jika anda dah tutup semua apa yang perlu ditutup, tak perlu malu untuk nip ok :)

...



bosan..bosan..bosan..
tak tau la malam ni rasa bosan.
buat tu salah,buat ni tak kena.
rasa nak mengamuk!
aaaaaa....

dah khamis dah.
tinggal berapa hari je lagi cuti.
dah la weekend ni takde kat rumah.

huahuahuahua..
paper exam ada 3 kelas tak siap marking lagi.
1 kelas paper math, 2 kelas paper moral.
mood tara mari..kalau paksa marking,nanti jadi kedekut markah dengan budak-budak.
hahaha,sian kat dorang nanti..

nota jari : oh mood!

Wednesday, October 26, 2011

cari kerja

masuk jusco,kemas-kemas barang..


okeh,ni kena susun ikut kawan-kawan dia nih!


dah siap kemas kat jusco, kita kemas kat vincci pulak..


err..ada sesiapa nak offer kerja kosong?
boleh gak menambahkan pendapatan isi rumah :)

nota jari : bijak..bijak..

Tuesday, October 25, 2011

respon BH tentang artikel 14 Oktober 2011

akhirnyaaa..
setelah beribu-ribu orang sign petition, setelah surat versi bm, versi bi dihantar ke Kementerian, ada jugak salinan dihantar ke BH, BH pun menulis satu artikel baru tentang perkongsian susu ibu.

mari baca di sini :)

https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0B9f8XEmCHsdXOWI3ODdiNjItYjY5Yi00ZGJmLTk1NTQtNjZiMGIwMWMzNmMy&hl=en&pli=1

walaupun MASIH BELUM MEMINTA MAAF, sekurang-kurangnya tindakan ini 'membasuh' sedikit nama HM4HB-Malaysia.
dan artikel kali ini lebih fair, nampak la menyokong pendermaan susu ibu cuma ada beberapa langkah penambahbaikan perlu dibuat.

tapi yang tak best nya, BH masih tak minta maaf pasal artikel lepas dan pandai pulak nak coverline, kata artikel tu tak bertujuan memburuk-burukkan HM4HB..piiiiiirahhhh..yang ko kata usaha ini wajar dihentikan semua-semua tu apa?yang ko tulis pengasas tak diketahui dan difahamkan warga Singapura tu apa?tu bukan cubaan untuk membuatkan orang ragu-ragu dengan HM4HB dan konsep pendermaan susu ke?

artikel kali ini juga seolah-olah mengatakan dengan adanya HM4HB akan menyebabkan ibu-ibu tak berusaha untuk menyusukan anak mereka sendiri.
*sigh* kesian la kat orang-orang yang tak menyusukan anak,tapi cuba untuk menulis tentang penyusuan anak.

tiap ibu yang memilih (kalau boleh saya tak mahu gunakan perkataan ini-susu ibu bukan satu pilihan, ia satu kemestian sebab ia tiada gantinya-tiada pilihan lain) untuk menyusukan anak, adalah ibu2 yang sangat sedar tentang kebaikan susu ibu dan semestinya berusaha sedaya upaya untuk menyusukan bayi sendiri.

kat KIM tu ada ramai ibu-ibu makan itu-ini, bangun malam-malam berpower-pumping, beli pil domperidone, macam-macam dah usaha..tapi still ada yang tak dapat penuhi demand anak.
yup, kalau tidak bekerja, direct feed 24/7 sure takde masalah.
tapi ibu-ibu yang mengepam di tempat kerja, dengan kekangan masa..kerja melambak2 sampai tak sempat pam (lama-lama production berkurang sebab kurang demand)
lagipun stimulation dari pump tak sama dengan stimuation dari baby,kan..
bila akhirnya susu drop, dan dah tak dapat penuhi demand anak, apa yang perlu ibu-ibu ini lakukan?
mestilah mencari option kedua terbaik, susu ibu dari ibu yang lain!

BH tolongla jangan kontroversikan benda ni lagi ye.
anda tak tau sekuat mana ibu-ibu ini berusaha.
dengan tekanan kerja, even untuk breastfeed anak ini pun dah macam-macam tekanan yang diterima.
ada yang tidak mendapat sokongan suami, mak, mak mertua..apatah lagi nak meng'educate' makcik-makcik sekeliling yang memanjaaaaaaaaaaaaaaaaang suruh topup FM!

and sorry to say, betul...bagi ibu-ibu menyusukan, human milk is only for human baby :)
bila tiada rakan sekeliling, saudara mara yang sudi mengambil anak mereka sebagai anak susuan, HM4HB adalah tempat paling sesuai ibu-ibu ini mencari ibu susuan untuk anak mereka.
yela, takkan nak buat iklan kat akhbar BH pulak kan? ;p

macam-macam la BH ni..tapi takpela..kita tunggu apa pulak sambungannya Khamis ni..hah,tak sangka BH ada potensi jadi penerbit drama..bersiri-siri gitew ;p
ke salah satu taktik untuk membuatkan orang yang follow isu ni untuk membeli akhbar anda? ;p

nota jari : pening dengan putar belit Berita Harian.

Friday, October 21, 2011

coklat

dari dulu-dulu saya memang suka coklat.
dari sekolah,sampai masuk u,even sekarang kembali ke sekolah,masih suka coklat :)

minggu lepas,dapat coklat daim dari rasyidah,anak murid saya :)
memang hari-hari saya buka peti ais,dah makan :)
hehehehe...


yang ni dari yootha.
juga anak murid saya.
katanya sempena birthday :) wah,satu-satunya hadiah yang saya dapat sempena birthday :)
yootha kata,dia beli coklat ni kat UK.
wah,teruja sebenarnya,tapi saya tanya kat ustazah,dia kata kalau tiada tanda halal,dia tak kan makan..
hmmm...takpela..saya pun derma je coklat cantik ni pada seorang cikgu non-muslim lain :)
tapi apapun,jauh di sudut hati,saya sangat hargainya!

cantik kan coklat ni :)
suka..suka..suka..
dapat ambik gambar pun jadi la..

terima kasih sayangs :)

Thursday, October 20, 2011

20.10.2011

mama,kakak dah 13 bulan :)
kakak dah pandai macam-macam kan mama..

kakak dah laju berjalan,tak lama lagi kakak nak lari pulak.
nanti kita main kejar-kejar tau mama.
boleh la ayah bawak kita main kat playground.

kakak pandai tolong mama kemas rumah kan?
tapi mama selalu kata kakak sepah..
kakak nak tolong mama je :(

mama,kakak dah tau letak kedudukan sesuatu benda.
jumpa kasut kakak letak kat kaki.
jumpa songkok ayah kakak letak kat kepala.
jumpa botol bedak kakak main sapu-sapu bedak.
yeay! kakak pandai.

kakak dah mamam macam-macam.
semua makanan orag dewasa kakak makan.
tiap malam mama suap kakak makan.
apa yang mama dan ayah makan,kakak makan jugak :)
kakak suka buat muka excited bila dapat makan nasi sedap :)
oh,kakak suka makan spagethi,sebiji macam mama :)

kakak pandai main xbox.tekan-tekan macam ayah.
hah,yang ni kakak ikut sebiji perangai ayah.
tak caya meh tengok ni.

kakak suka tengok ayah main game bola.
kakak pun dah pandai hidupkan xbox tu sendiri tau!
kalah mama..mama pun tak reti nak on benda alah tu..

mama dah kasi kakak makan sendiri.
mama kata takpelah sepah-sepah.
mama tau kakak sedang mengembangkan motor skil kakak.
belajar memegang,menyuap makanan.
ala,mula-mula memang la sepah kan mama.
nanti esok-esok kakak pandai la suap sendiri.

ini gambar kakak makan bubur mcdonalds.
kakak tak habiskan pun..masin la..kakak tak suka masin-masin ni.
kan mama jugak yang ajar kakak makan masin-masin ni tak elok kan mama.

kakak suap bubur mama masak la..
kakak suka makan mama masak.
sedapppp :)


tapi paling penting kakak masih minum susu mama sepenuhnya.
oo..yang tu tak boleh tinggal.
dulu kakak minum 12oz sehari masa mama pegi keje.
sekarang kakak minum 15oz..susu mama sedap..
mama gak yang suruh kakak minum banyak-banyak,biar kakak cepat besar kan.
ala,takpe je..susu mama dalam peti banyak kan..
nanti kakak habiskan ye mama.
share dengan adik wafiy :)
kakak suka susu mama :)

mama,kakak sayang mama dengan ayah :)
nanti kakak nak cepat besar,nak belajar pandai-pandai.
tapi sekarang kakak nak main dulu,
mama jangan marah-marah kakak ye..
sampai masa nanti kakak tolong mama buat keje rumah pulak :)

i love u mama :)

Wednesday, October 19, 2011

update isu-petition-surat aduan kepada Kementerian

update isu artikel songsang Berita Harian.
sehingga 19 oktober,masih belum ada sebarang permohonan maaf dikeluarkan.
jadi mari kita ramai-ramai sign petition ini :)

http://www.gopetition.com/petitions/berita-harian-please-apologize-to-human-milk-4-human-b.html

dan surat aduan formal dikeluarkan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
mari baca dan dapatkan info sebenar tentang artikel ini.

https://docs.google.com/document/d/1dvZoz7hIRSnalUHF6F2TeB_ghEdBqKzi-p4fitdJ4AU/edit?hl=en_US&pli=1

surat aduan dalam BM

https://docs.google.com/leaf?id=0B9f8XEmCHsdXNjMxZmVhMzktZjUxMC00MjM0LWE4ZTMtZDI3YjdkNTJjNjRj&hl=en_US


atas dasar artikel tersebut bersikap negatif terhadap isu milk-sharing di kalangan bukan Muslim dan konsep ibu susuan di kalangan ibu2 Islam,mari ramai-ramai kita banned Berita Harian!

ini bukanlah satu obsesi,ini adalah tentangan kepada mereka-mereka yang memutarbelitkan fakta dan telah menyebabkan masyarakat pesimis terhadap konsep milk-sharing,juga konsep ibu susuan yang cuba diperjuangkan HM4HB.

nota jari : ibu susuan sunnah Nabi :)

Friday, October 14, 2011

wartawan BH cari publisiti murahan?

14 oktober 2011.
fuh..fuh..agak panas dunia penyusuan hari ni kan..
semalam ada orang dah post gambar ni kat KIM,tapi saya ignore je.
ingatkan gambar apa..yela,saya online guna experia x8 sahaja semalam.gambar yang ada pun cinonet je la kat dalam hp.
tup..tup,rupanya berita yang sangat mengguris hati saya.

oh,saya terasa hati  tau!
saya pun seorang ibu susuan,ada anak susuan,tapi saya tidak pernah tergamak nak menjual susu saya!

hah,untuk yang tak tau tu,cer tengok gambar ni.

saya tak baca paper hari ni,tapi sedikit sebanyak saya tahu la apa yang berlaku hari ini.
tengok tajuk ni pun menyakitkan hati kan.

artikel berkaitan ditujukan kepada page di facebook, Human Milk For Human Baby-Malaysia.
sebenarnya page HM4HB adalah tempat ibu yang kekurangan susu mencari ibu susuan untuk anaknya,ibu yang berlebihan ebm mencari anak susuan..bagi yang bukan Muslim,page ini digunakan untuk mereka mencari bayi untuk didermakan susu mereka.
HM4HM bukan macam tabung susu ibu yang kat oversea tu,kumpul2 susu ibu then diagihkan kepada yang memerlukan..bukan..bukan..
di HM4HB,ibu2 akan berkenalan jika mereka mahu anak2 menjadi saudara sesusuan,jadi mereka set appoinment sendiri di luar.
HM4HB TIDAK MENGUMPUL,MENJUAL atau MEMPERDAGANGKAN SUSU IBU!

mari baca apa pula kata pengendali HM4HB-Malaysia.
ini surat bantahan kepada Berita Harian.

Kepada pihak editor Berita Harian,

Perkenalkan diri kami, Ayuni Zainuddin, Nadine Ghows, Zaszima Abu-Samah, Ernadia Os'Hara, Chern Pei Wei, Jean Chuah, Shahida Ahmad Khan, Danielle Sweetman dan Wong Hui Juan sebagai pengendali-pengendali Human Milk 4 Human Babies - Malaysia.

Kami amat terkilan dan marah akan artikel tulisan Nor Affizar Ibrahim dan Nor Afzan Mohd Yusuf bertajuk "Tawar Susu Ibu di Internet". Artikel berkenaan yang juga disertai denganteaser gambar bertulis "Percayakah perahan susu badan wanita berlambak di pasaran dan kini dijual di internet? Jawapannya dalam RATU, Berita Harian hari ini!"

Artikel berkenaan secara keseluruhannya menampilkan etika jurnalisme yang sungguh teruk dan tidak professional. Kami telah ditemuduga oleh hampir sepuluh akhbar-akhbar lain sebelum ini dan tidak satu pun yang seteruk ini.

Cik Afzan TIDAK langsung menemuduga walaupun salah seorang daripada kami untuk memahami latar belakang Human Milk Human Babies - Malaysia. Beliau hanya mengirim sebuah email yang tidak professional kepada saya begini hanya DUA hari sebelum artikel berkenaan dikeluarkan:

"Re: inportant

hi ayuni,
afzan from berita harian..can i get ur phone number..mine 019 ****** ..tq..want to ask you about breast milk..."

Sehari sebelum artikel ini dikeluarkan, Cik Afzan meninggalkan satu post di salah satu thread di HM4HB bertanya tentang keselamatan susu badan ibu lain. Perkara ini adalah sangat ASAS dan untuk seorang wartawan yang akan menulis sebuah artikel yang akan dibaca oleh umum untuk TIDAK TAHU tentang hal ini amat meralatkan. Ia seolah-olah Cik Afzan dan Cik Affizar tidak mengambil masa langsung untuk membaca tentang jaringan ini dan segala maklumat tentang jaringan ini telah sedia ada di lama Facebook kami. Buat pengetahuan Cik Afzan, EBM adalah Expressed Breast Milk dan BUKAN Extra Breast Milk. 

Ini sahaja menunjukkan betapa Cik Afzan dan Cik Affizar tidak membuat kajian menyeluruh tentang HM4HB sebelum menulis tentang jaringan ini.

HM4HB adalah jaringan mencari ibu susuan yang dimulakan di Kanada oleh Emma Kwasnica dan kini bercabang di lebih 50 buah negara termasuk Malaysia, Indonesia, Azerbaijan, United Arab Emirates, Singapura, Kuwait dan lain-lain. KAMI BUKAN SEBUAH ORGANISASI jadi kami tidak menyimpan data-data keluarga-keluarga yang terlibat. Kami percaya akan Pilihan Bermaklumat/Informed Choice.

Kami juga tidak MENJUAL BELI susu badan kerana jika terjadinya sedemikian, ketulenan susu itu tidak dapat dipastikan. Bila susu itu diderma secara percuma, kita tahu yang seseorang ibu itu benar-benar ikhlas. Walaubagaimanapun, adalah digalakkan untuk sebuah keluarga untuk memberi upah yang sewajarnya kepada seorang ibu susuan seperti yang disebut dalam Surah At-Thalaq Ayat 6. 

Di setiap negara, HM4HB dikendalikan oleh aktivis-aktivis susu ibu yang berasal dari negara itu sendiri. Memandangkan fatwa di negara-negara Islam berkenaan mungkin adalah berlainan, kami pengendali di Malaysia bersikap proaktif dan berhubung terus dengan JAKIM untuk membincangkan isu ini. Alhamdulillah pihak JAKIM memberi kerjasama yang sangat memberangsangkan. Sehingga saat ini, 13 bulan selepas HM4HB - Malaysia ditubuhkan, lebih 50 bayi-bayi dapat menikmati susu ibu dan ramai ibu-ibu yang tidak perlu bersedih kerana terpaksa membuang susu perahan badan apabila peti ais sudah tidak muat lagi.

Soalan-Soalan Lazim ini merupakan usaha kami untuk memberikan panduan yang sebaik mungkin untuk ibu bapa Muslim yang mahu mencari anak dan ibu susuan untuk belajar tentang Hukum Penyusuan dan berkongsi tanpa rasa gelisah. Kami hanya mampu menyediakan panduan ini sebaik mungkin. Samada mereka melaksanakannya mengikut hukum syariat adalah tanggungjawab setiap individu dan keluarga itu sendiri. Mengharapkan kerajaan untuk memantau dan mengambil alih hal ini umpama mengatakan yang keluarga-keluarga ini bodoh dan tidak mampu membuat keputusan sendiri. Menjaga susurgalur mahram bukanlah sesuatu yang sukar. Kita tidak harus bersikap pesimistik. 

Kami berusaha keras untuk memartabatkan susu ibu dan mengembalikan budaya ibu dan anak susuan seperti yang diamalkan pada zaman Rasulullah saw. Bukankah ini lebih menepat tabii? Susu manusia untuk bayi manusia dan bukan susu lembu untuk anak manusia? Artikel yang teruk ini telah memperlekehkan usaha kami untuk memberi yang terbaik untuk anak-anak kami!

Kami mahu pihak Berita Harian untuk menulis semula artikel ini dan membetulkan 'fakta-fakta' yang salah selain daripada meminta maaf daripada golongan ibu-ibu dan keluarga-keluarga yang terguris.

Yang benar,
Ayuni Zainuddin
Nadine Ghows
Ernadia Os'Hara Omar
Zaszima Abu-Samah
Chern Pei Wei
Jeanne Chuah
Shahida Ahmad Khan


so sad!
wartawan berkenaan langsung tak buat homework masa nak tulis artikel kan?
hampeh sungguh etika kewartawanan mereka.
menulis tanpa mengkaji,kemudian membuat iklan BODOH untuk melakukan jualan akhbar mereka.
haih,sangat terdesak kah untuk menaikkan rating akhbar berita harian ni?
kot ya pun biarlah berhemah,bukan dengan cara mencari publisiti murahan sebegini.

kedua-dua wartawan ini betul2 menjatuhkan reputasi berita harian.
lepas ni,ramai la yang tak percaya dengan berita harian lagi kan..

nota jari : menunggu permohonan maaf BH!

Sunday, October 9, 2011

24 years old

Dah setengah hari berlalu baru saya ingat yang birthday saya semalam mempunyai tarikh yang cantik!
09-10-11 oh,tarikh cantik ni takkan berulang sampai bila-bila kan..nasib saya sedar sebelum berakhir tempoh 24jamnya..hah?pentingkah?
yang penting,umur saya baru 24 tahun kan?

mari cerita apa saya (read as : kami) buat sepanjang seharian semalam :)
oh,first wishes datang dari encik suami :) tepat 12.00 mlm.
dan wishes demi wishes datang kat dinding mukabuku,juga melalui telefon tangan (wah,bahasa!)
terima kasih kalian..atas ingatan dan doa2 yang berpanjangan :)

owh,semalam kami ke the mines.
makcik yang sambut birthday tu kan,beriya-iya nak berjalan.
tapi yang paling gembira bukan makcik birthday tu,tapi makcik kecik ineh ;p
haih,dia ni pantang berjalan,mesti riang lagi gembira :)

encik suami belanja saya makan kenny rogers roasters.
untuk pertama kalinya dalam hidup..oh,kasihan kan?
haha,sebenarnya saya yang pilih nak makan apa.
dah boring asyik makan pizza,secret recipe je kalau celebrate birthday ;p





'kakak,pisau tu untuk memotong makanan,bukan untuk dimakan'

muffin yang sedap :)
eh,rasanya semalam tak habis satu dan take away.
kat mana dah ye b?
encik suami minum mocha, makcik birthday minum mango juice.
makcik kecik minum air suam je la ye..

makan-makan-makan.
pastu sambung berjalan-jalan sambil mengukur keluasan the mines ;p


lepas ke mines,kami ke bangi utama.
pergh,tempat berdating zaman dahulukala ineh.
takde apa pun,saya cari madu khaula untuk damia.
dia batuk-batuk sikit,saya xmau bagi ubat batuk.
chemicals..heee...

then,menunggu pukul 4 petang,kami ke tasik cempaka.
lepak dalam kereta.
hah,kenapa tunggu pukul 4 petang?
sebab saya nak join '1 Minute Simultaneous Breastfeeding Event'
anjuran Kelab Penyusuan Susu Ibu Perak :)
seluruh Malaysia,tepat 4.00pm-4.01pm,kami akan menyusukan bayi secara serentak dalam masa seminit tu. tak kira di mana berada! syok kan :)

jadi di sini la saya :)
taman tasik cempaka,menyusukan makcik kecik dalam kereta :)

ok,encik suami try test ambil gambar.
oh ya,lepas seminit menyusukan,kami akan send sms kepada dr nadrah sebagai bukti dah berjaya join misi ni :)
pastu kalau ada gambar kena send kat dia.
then dia akan proses e-certificate untuk para peserta.
syoknya! boleh la saya tunjuk kat damia bila dia besar nanti :)

terima kasih encik suami.
sebab menjadi sayang supportive untuk saya menyusukan anak kita sepenuhnya :)
ye.ye..syg tau b mesti suka bila dapat menjimatkan duit beli susu kan..kan..

ok,time untuk berposing :)
inila gambar penyertaan saya..
ya saya tau,spek mata hitam tu tak boleh blahhh..
anda layankan aje la ye..


saya seronok join event macam ni :)
haha,bukan lama pun,2 tahun je untuk saya menikmati saat-saat menyusukan damia.
dan ia dah tinggal lagi 11 bulan! oh my!
lepas dah 2 tahun,damia dah jadi toddler,pastu membesar jadi kanak-kanak,jadi dewasa..saya takkan dapat mengulangi saat-saat ini lagi.
sekurang-kurangnya untuk 2 tahun ni,saya dapat rasa bonding yang kuat dengannya.
esok-esok dia dah start berkawan,saya kena share dia dengan kawan-kawan dia pulak kan..
so baik saya peluk dia puas-puas sekarang..hehehe..

back to my story.
lepas habis event ni,saya ke seksyen 3,rumah kak kinah.
kawan seperumpatan (wah,adakah?) saya kat sekolah.
dia baru je deliver baby boy ramadhan hari tu.
hm..teringin pulak nak ada baby boy kan..
bolehkah? haha,nanti dulu la kotttt..

balik rumah,singgah pasar malam.
mandi,makan,kemas-kemas dan tido :) what else do you expect?
thats all-my 24th birthday ;p

nota jari : ok..ok..saya mengaku,umur saya 26! ;p kehkehkeh..jangan marah naa..


Saturday, October 8, 2011

9 oktober 2011

9 oktober 2011-6.28am
alhamdulillah..
terima kasih ya Allah,masih meminjamkan usia hingga ke saat ini.
semoga hitungan usia yang diberikan seiring juga dengan keberkatan di dalamnya.

terima kasih mak.
atas semua kasih sayang sepanjang 26 tahun ini.
kasih sayang dan pengorbanan yang tak pernah dapat dibalas walau dengan apa cara sekalipun.

terima kasih bapa :)
segala penat lelah mencari rezeki,membesar dan menyekolahkan saya.

terima kasih abang.
tahun ni tahun kedua tanpa birthday wishes kamu.
saya sangat rindu.
ingat tak masa sekolah kita selalu bertukar-tukar hadiah bila birthday kita tiba?
bila dah kerja kita boleh demand hadiah apa yang kita nak kan..
terima kasih untuk semuanya-sepanjang 25tahun kesempatan kita bersama.
dan sekarang terima kasih untuk kak kyra pulak :)

terima kasih adik-adik.
atas kebersamaan-susah senang semuanya.
family is my everything :)

encik suami,
terima kasih dear :)
kamu sangat banyak berkorban sepanjang 7 tahun ini.

family mertua,kawan-kawan yang mewarnai kehidupan,
terima kasih sayangsss..

nota jari : saya sayang anda semua :)

Friday, October 7, 2011

dear mommies..

dear mommies :)
saya cuba untuk tidak emotional semasa menaip entry ini.
lagipun tak suka ada elemen negatif dalam blog ini..hehehe..
fuhh..fuhh..

hah,tak fahamkan?
tidak mengapa,biar saya simpan sendiri ya!

hm..nak cerita apa ya?
pasal breastfeeding lagi boleh?
boleh la kan..kalau tak suka,sila klik tanda X di atas sebelah kanan anda :)
no offense :)

mommies,perjalanan bf tidak mudah,tapi bukan juga sangat susah sampai tak terdaya kita nak buat.
trust me,seawal kelahiran damia,susu saya tak mencurah-curah pun.
saya pernah menangis di awal-awal kelahiran bila  rasa susu saya sikit.
picit-picit pun xde susu putih yang keluar.
saya berdoa sungguh-sungguh minta Allah banyakkan susu.
dan semalaman di hospital damia tak mahu lepas dari menyusu.
berjam-jam!

then rupanya baru saya tau seawal kelahiran,hanya kolostrum yang keluar.
susu awal ibu yang sangat berharga,walaupun setitis yang ada,setitis itu cukup untuk anak.
orang selalu berebut susu awal lembu,kenapa tidak mahu merebut susu awal ibu?
dan saya belajar baby menangis bukan semata-mata lapar!
baby terkejut,keluar dari perut ibu yang sejuk sunyi,masuk dalam dunia yang panas dan bingit.

masa berpantang, saya makan apa sahaja-makan sengkuang,minum milo siang malam untuk banyakkan susu.
bidan urutkan,akhirnya susu mula banyak.

ya,dan saya juga belajar konsep sebenar susu ibu ialah demand and supply.
lagi banyak kita susukan anak dan pam,lagi banyak susu akan dihasilkan.
oh rupanya..rupanya..
kalau tau lebih awal mesti saya tak panik!

hasil perahan saya selepas 7 hari bersalin.
gambar ini diambil 27 september 2010,genap 7 hari selepas melahirkan damia.
tak sampai 1oz pun.
tahu tak saya mengepam hampir sejam dan hanya ini hasilnya?
dan masa tu saya baca ibu-ibu mengepam di ofis dapat 5-6oz.
lagi la saya terfikir saya bukan jenis banyak susu.
oh.oh tapi tidak melatah terlalu cepat dan beri fm ;p

saya study pasal susu ibu di page susuibu.com.
masa tu belum jumpa kumpulan ibu-ibu menyusukan di mukabuku lagi :)
baca-baca-baca dan baca macam mana susu dihasilkan,macam mana nak banyakkan susu dan penyimpanan dan pengendalian ebm.
makin banyak membaca,saya terasa makin banyak yang saya tak tau.

saya baca blog ibu-ibu menyusu yang lain,tengok gambar stok-stok mereka,
dan saya jadi sangat teruja!
yes,the word is teruja,bukan TAKSUB!

dan jadilah saya seperti sekarang,masih menyusukan damia (1tahun++)
masih mengusung pam ke sekolah,bawak cooler bag.
sehari dua kali ke surau untuk mengepam walaupun surau nun jauh di tingkat 3 di blok berlainan.

mommies,
menjadi ibu yang menyusukan perlu SANGAT kuat semangat.
yes,orang akan mengata anda macam-macam.
riak,menunjuk-menunjuk,taksub dan sebagainya.
trust me,saya dah banyak kali dengar orang mengata itu-ini.
dan kita seharusnya senyumkan saja :)

biasala,dalam dunia ni,pergi la ceruk mana sekalipun,akan ada spesies manusia yang tak boleh tengok usaha orang lain.
bila dia tak dapat sama macam orang tu dapat,mula la dia mengata.
normal! kan..

abaikan saja cakap-cakap orang seperti ini.
kita tak rugi satu sen pun.
eh,acik tak hidup dek puji,tak mati dek keji la..
katalah apa saja,sikit pun tak melemahkan semangat breastfeed saya.
anda tak merasa fully bf,berusaha siang malam buat stok banyak.
jadi siapa anda nak menghukum yang bukan-bukan?

haihhhh..kata taknak emosi kan..hehehhe...

jadi mommies,kuatkan semangat kita :)
dengan ilmu yang ada,mari berkongsi dengan orang lain.
orang lain mungkin tak tau.
sebar-sebarkan kebaikan susu ibu,
Allah dah jadikan sesempurnanya untuk anak kita.
mari hapuskan dominasi susu formula yang hanya menguntungkan syarikat-syarikat besar.
yang sebenarnya susu lembu tidak sesuai langsung dengan fungsi perut seorang anak manusia.

mari terus mencari ilmu,doa banyak-banyak,bersyukur dengan apa jua yang Allah berikan :)

nota jari : kenapa perlu fm bila ada susu ibu?kenapa perlu fm bila dalam Islam ada konsep ibu susuan?

Wednesday, October 5, 2011

bercuti-kuantan

hah,mulakan dengan pertandingan gigi paling cantik antara mak dan anak!
oh damia..mama menang la ye..gigi damia baru 6, tak cukup lagi tu nak menang pertandingan :)


tahniah pakcik mizi!
akhirnya pakcik mizi dah grad dengan ijazah automitifnya.hooreyyyy!!!
kami g kuantan 1 oktober lepas,sempena konvo adik saya.
lama dah tak pegi kuantan.
sesambil cuti-cuti malaysia kan..kan..saya kan memang kaki rayap ;p

okeh,bunga yang pakcik mizi pegang tu adalah bunga pinjam!
hahaha,bocor rahsiamu..
mamat ni takmau kami belikan bunga.
dia kata cukup dalam hatinya ada taman.
cait!!tapi akhirnya mak saya belikan bunga(tapi tidak diambil gambarnya) haha..

kesian damia dah kepanasan duk bawah terik mentari tengok orang sibuk ambil gambar dengan jubah masing-masing.
sabar ye nak..lagi 22tahun mama dengan ayah pulak nak duk dalam dewan tengok kakak ambik skrol tau :)
penginapan kami di kempville kempadang.bilik kami satu malam RM100..
selesa tu memang la selesa,tapi agak jauh dari kuantan.
terpencil tapi dekat dengan pantai..hehe,saya tak pegi pun pantai tu ;p

sabtu malam,kami makan-makan kat tanjung lumpur.
poor me! masa tu tak sihat,seharian saya muntah-muntah,perut berangin.
tak boleh makan atau minum langsung.semua yang masuk mesti nak keluar balik.
eh eh..saya tak mengandung! betul ni! (wah,defensive sungguh kan!)
balik bilik,telan panadol dan tidur..esoknya baru saya sihat macam biasa :)


ahad pagi,kami ke teluk chempedak.
jalan-jalan pijak pantai-seronok!
takde orang sangat lagi masa ni.kami pegi pagi sangat,kedai semua pun belum bukak.
ada satu kedai baju yang dah bukak,tapi mahal gilerrrrr..
tak jadi nak membeli..
oh oh,padahal saya sangat suka kumpul baju berlambang tempat-tempat yang saya pegi.
frust!

ohohoho..comel kan anak kecik ni :)
gerammmmm dengan dia tau.
suka sangat nak buat muka comel.
tapi kalau tiba tang meragam tu, rasa nak gigit-gigit je dia.


our happy family.
love u hubby,love u kakak :)

baik punya posing damia di atas batu :)

singgah di benteng sebelum ke ump,settlekan semua dan balik :)

saya suka bercuti dengan family macam ni.
my family is everything :)

nota jari : best :)

Tuesday, October 4, 2011

homeophaty hasan

sebelum raya hari tu damia berkahak.
berbulan-bulan sampai acik taktau nak buat apa.
jenuh nak berulang alik ke klinik..err..sebenarnya kesian nak bagi dia makan ubat kahak je.
tak berkesan pun.
ada sekali g buat nebulizer,masih tak ok gak..
malam-malam terbangun sebab terbatuk-batuk,susah nak menyusu sebab ada kahak.
tapi masih menyusu dengan jayanya..apa aku pedulik kan kakak..
pastu demam on off.
(pesanan penaja : berkahak sepatutnya tidak dibiarkan terlalu lama,boleh membawa kepada sesak nafas dan asma)

jadi saya pun ambil keputusan bawak damia pegi homeophaty.
perubatan alternatif, ubatnya bukan chemicals..jadi selamat la untuk dimakan.
asyik chemicals je,saya risau perkembangan dia nanti..kecik-kecik dah telan bahan kimia banyak-banyak.
lagipun baby tengah membina antibodi,tak elok makan ubat banyak-banyak kan..

so balik sekolah saya gigih drive sorang-sorang, encik suami kerja tak boleh nak temankan.
pergi ke PKNS bangi, pegi homeophaty hasan.
tak ramai masa tu,dalam 4 orang dewasa.
malu acik yang pakai kebaya fink tu tau! yang kat sana semua makcik pakcik..hehehe..

tunggu kejap je dah kena panggil nama.
pergh..ustaz tu tengok je dah tau masalah orang tau.
dia check kelenjar kat bahagian tengkuk damia dan dia kata damia memang ada kelenjar.
katanya,budak ada kelenjar ni kuat sakit.
orang demam,dia demam..orang selesema,dia selesema,orang batuk, dia batuk..
ooooo..no wonder la damia memang kuat demam..memang ada jenis budak camtu kot kan..kan..

okeh,siap cakap-cakap,ustaz tu pun bagi ubat.
ada 3 botol,kena habiskan satu-satu.
botol pertama 2 biji setiap jam.
botol kedua 2 biji setiap 2 jam.
botol ketiga 2 biji setiap 3 jam.
hah,ambik ko! tiap jam kena makan ubat.
ala..manis je pun ubatnya (eh,mama ada rasa ke?)
ustaz tu la yang cakap..just kemam-kemam je..makan ubat tak payah guna air.
damia pun suka,masa makan ubat,siap senyum-senyum dan bunyi 'hmmmm'..sedap la tu kot kan?

tapi paling tak tahan saya kena berpantang..
yela,damia kan menyusu dengan saya,jadi apa yang saya makan akan dapat kat damia.

cuba baca pantang yang perlu saya ikut tu.
kalau yang lain-lain saya boleh tahan lagi,tang nescafe tu yang paaaaaaaling payah!
uwawawawawawwawa..sejak umur 16 tahun saya tak pernah tinggal nescafe waktu pagi tau.
dahla nak drive 33km sehala, kalau tak minum nescafe,mau tidur saya dalam kereta..

tapi saya cuba bertahan.
hari pertama-kedua-ketiga-keempat (eh,berapa banyak hari daa..) memang sengsara.
menahan mengantuk yang amat sampai sakit kepala berdenyut-denyut dari pagi sampai tengah hari.
so kat sekolah saya tidur je.

saya cuba minum teh tarik di waktu pagi pulak.
alhamdulillah setakat ni ok la.
dah nak sebulan saya tak sentuh semua makanan dan minuman pantang.
fuh..fuh..demi anak kan..

hah,ni la rupa ubatnya..kecik-kecik comel je..

alhamdulillah..masuk botol kedua,kahak pun dah hilang.
tapi masih on je ubat ni..
kalau ikut pengalaman orang lain,masuk botol kedua akan ada effect muntah-muntah dan berak-berak.
tapi saya tengok damia relax je..huahuahua..

tapi.......

rupanya effect pada damia datang masa nak habis ubat botol ketiga.
semalaman damia muntah-muntah..menyusu muntah,makan muntah..tengah tido pun muntah.
kesian sangat tengok dia.
esoknya dah elok muntah,dia start berak-berak pulak.
berak air..pergh..memang mencabar.
kalau dengar dia berak cepat-cepat la basuh.
lambat sikit,ada la yang tercicir di sekeliling rumah.
hehehhe..

dua tiga hari berak,damia dah ok :)
alhamdulillah...

jadi kepada sesiapa nak try homeophaty ni,neh saya bagi detailsnya ye..
PERUBATAN HOMEOPHATY HASAN,
LOT 2.08, KOMPLEKS PKNS,
BANDAR BARU BANGI.
(naik eskelator sampai tingkat dua dan kedainya di kiri anda..jeng..jeng..jeng..)

nak tepon pun boleh..03-89267831-tapi takde perubatan melalui telefon la ye..pertanyaan je..hehe..

waktu rawatan (penting neh!)
ISNIN-9.00AM-9.00PM
SELASA, RABU, KHAMIS, SABTU-9.00AM-6.00PM
jumaat dan ahad tutup.
tolong jangan buat muka kesian g ketuk pintu. takde orang nak bukak ye ;p

oh ya,tidak ada mc untuk anda-anda yang bekerja ye..sila jangan mintak mc..kehkehkeh..

nota jari : kita hanya berusaha ;)