Friday, September 23, 2011

stok ebm-damia umur setahun

damia genap setahun :)
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Allah memberi peluang untuk saya menyusukan damia sehingga ke saat ini.
tanpa setitis pun susu formula..
terima kasih ya Allah..

ini stok terkumpul dalam deep freezer :)
masih banyak rezeki nur damia, juga ahmad wafiy :)
mama sayang kalian..membesar dengan sihat ye anak-anak..

ibu-ibu,
jangan putus asa.
yakinlah tiap anak ada rezekinya.
kalaupun bukan susu ibu kandung, Allah masih memberi rezeki melalui ibu susuan.
Justeru jangan mudah mengalah pada susu lembu.
susu formula bukan pilihan untuk kita.
ikhtiarlah selagi nampak jalannya.
kita semua boleh ibu-ibu :)

kalaupun dah agak lambat bermula, ibu-ibu masih boleh relactate.
berusaha mengurangkan pemberian susu formula,dan mula untuk lebihkan pemberian susu ibu.
dah ramai orang berjaya relactate.
kenapa anda bukan salah seorang daripadanya kan...

happy breastfeeding mommies..

nota jari : my journey,my passion :)

No comments:

Post a Comment