Friday, September 23, 2011

nur damia 20.09.2010-20.09.2011

saya dan suami berkahwin pada 11 Disember 2009.
lepas 6 minggu, sempena birthday encik suami, 23 Januari, dapat tau saya pregnant 5 weeks :)
ikut instinct, perut makin buncit, period dah lambat 9 hari, so saya buat upt test.
3 kali buat sebab saya tak percaya. dan 3 kali positif. hehehhe..
jumpa doktor,doktor scan dan confirmkan kandungan dah 5 minggu.alhamdulillah :)

gambar pertama damia,masa dalam perut mama..scan masa 16 minggu kalau tak silap.
dah tau jantina baby girl.
saya yang sangat gembira sebab saya memang nak baby girl :)

anak manja saya :) fresh from the oven.
sepautunya due 24sept, tapi lahir 20 September 2010.
jam 10.15pm, di Hospital Kajang.
tepat-tepat isnin yang sepatutnya naik kerja selepas 2minggu cuti raya dan cuti pertengahan penggal.
jadi mama dapat cuti 2minggu raya+60hari cuti bersalin+2 bulan cuti sekolah akhir tahun.
hehehe..memang sangat best la dapat bercuti lama.

ni masa umur sebulan :)

2 bulan@rumah PIL ;)

3 bulan,masa dengan family saya bercuti ke Cameron Highland :)

4 bulan, damia dah meniarap :)
 

5 bulan

6 bulan, damia start solid food :)
homemade bubur tanpa garam dan gula.
dan ramai yang pertikaikan saya terlalu menjaga makan anak.
hm...menjadi ibu perlu pekakkan telinga dan buat tak tahu saja tau ;p
setiap ibu adalah ibu terbaik untuk anak-anak mereka.
ya, anda ibu yang baik..tapi bukan untuk anak saya,untuk anak anda ok ;p


7 bulan,damia dah start belajar merangkak :)


8 bulan :) dah ke sini sana mengemas seluruh rumah..fuh..fuh..semakin kurus saya mengejarnya :)

9 bulan-dah ada beberapa batang gigi :)

10 bulan- damia makin lasak..panjat sana sini, dah kerap jatuh katil.
susah dah nak pegang suruh duduk diam-diam.

11 bulan-tapi dia tetap anak saya yang manja.
menangis kalau bangun dan mama tiada di sisi.
kalau tido mesti ada mama.
jatuh pun mesti nak mama.

12 bulan : gambar masa birthday damia :)




damia dah ada 6 batang gigi.
saya dah mula izinkan bg damia makan macam-macam.
sangat cerdik,banyak mulut,sangat aktif :)

selamat ulangtahun kelahiran yang pertama sayang..
mama doakan semoga damia sihat-sihat selalu,jadi anak yang solehah..sentiasa berjaya dunia dan akhirat.
mama amat bertuah punya anak secerdik damia.
damia menguatkan ikatan kasih mama dan ayah.
damia selalu buat mama dan ayah gelak,tersenyum melihat keletah damia.

 hidup baik-baik sayang.
minum susu mama,makan banyak-banyak.
esok-esok mesti jadi orang berguna tau :)

nota jari : cepatnya setahun berlalu..





No comments:

Post a Comment