Saturday, September 17, 2011

honeystar port dickson

Yehuuuuuuuuu..
mood honeystar masih membara..kehkehkeh..
tak senonoh mak budak ni kan :)

16sept-17sept saya eh kami ke port dickson.
saja bercuti, menghilangkan stres, mengeratkan ikatan kekeluargaan, menambahkan bilangan anak..eh?ada ke?
ala..sempena 7th anniversary tu la..

pergi semalaman je. 18hb ada undangan rumah terbuka kat rumah ahmad wafiy pulak. tak boleh tak pergi kan..kan..

me and kakak berposing sambil menunggu si dia solat jumaat.
yela,kami pergi hari jumaat, kena la si dia singgah untuk solat ;p


 2007 saya berpraktikal di sini :)
sangat seronok, tak puas duk sini 2 bulan je.
petang-petang balik sekolah saya dan housemate boleh pegi mandi laut lagi.
dari sekolah pun boleh nampak laut,memang best :)

hm..cik damia ni memang pantang naik kereta. sangat suka main stereng kereta macam ni. lepas tu mula la main signal, main wiper kereta..tengah-tengah hari hujan keretaku..huaaa..


 hah,kat sini la kami menginap.
lexis port dickson..dulu nama dia legend water challets.
rasanya baru je tukar nama sebab nama kat atas bangunan hotel ni masih belum ubah lagi.
bersebelahan dengan glory beach resort, agak jauh la dari teluk kemang.
tapi masih ada pentai-pantai yang lain.
meh kita review hotel meh..

 macam biasa,perkhidmatan troli untuk hantar barang ke bilik.

kaunter reception, ramai orang masa kami check-in.yela..cuti hujung minggu yang panjang, ramai gak yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama family kan.
hotel 4 bintang ni lengkap dengan playground dan swimming pool untuk anak-anak.
tapi sure nak mandi swimming pool kena ada swimming suit kan.
tak kuasa la acik..
kita mandi bath tub pun jadi la ye kakak..

taraaa...ini la biliknya..ada dua katil,satu saiz king, satu saiz queen.
suami isteri boleh ambik masing-masing satu katil kalau gaduh.
kalau tak gaduh, suami isteri satu katil, anak tido katil lain.kehkehkehkeh..
eh eh,mak-mak dara boleh senyum. anak-anak dara jangan imejin yang bukan-bukan ya! ish..ish..ish..


damia sangat suka masuk bilik ni. asyik gelak-gelak dan explore satu bilik. bilik yang luas, lantai kayu, lagi suka damia merangkak ke sana sini :)


our happy family :)
pergilah bercuti dengan yang tersayang.
seronok tau, memangla boleh je kalau nak spent masa sesama kat rumah.
tapi kalau kat rumah, sorang ke hulu,sorang ke hilir.
sorang tengok tv,sorang sibuk kat dapur.
isteri membebel kerja rumah tak siap-siap.
eh,macam kenal je sapa yang buat semua adegan tu?

kalau g bercuti macam ni, kita pun tak kalut nak masak, tak payah kemas-kemas.
boleh tido,makan je..eh,tido makan je?heheeh..

first time saya masuk hotel dari bilik air.
ye ye..hotel ni pintu masuknya di bilik air.
maksudnya,masuk-masuk hotel je terus masuk bilik air.
unik kan?

bilik kami : 1103
tingkat atas sekali tu..

ok, mari jalan-jalan :)
sebab waktu di sini sangat terhad, kami g menjenguk teluk kemang kejap je.
ambik angin jap.
lain kali la kita g lagi ye b?

tertidur-tidur damia di pangkuan ayah di teluk kemang. 

ini cinta hati saya-sejak 2004 :)
disebabkan kekurangan keyakinan untuk bawa damia mandi laut, kita mandi bath tub je la ye..
bilik hotel ni juga ada bilik atas air..tapi mahal la..jadi kami ambil bilik kat tower je..lain kali nak gak merasa bilik atas air ni kan..siap ada swimming pool dalam kawasan bilik :)
bilik kami ada balkoni juga :) tapi saya ni gayat tinggi.imejin saja la bilik kami tingkat 11 tu ;p

 saya recommend kepada anda untuk tidur di sini jika ke pd.
semalam RM 383.
boleh la..kalau kita duk kira-kira duit, takut nak berbelanja, at last mesti duit tu habis macam tu je kan.
sesekali tak salah untuk menghabiskan duit dan spent masa dengan family.
inila quality time namanya kan..kan..

err.err..encik-encik management lexis port dickson, saya promote hotel anda di sini, next time boleh tak nak dapat diskaun 50% ?

nota jari : tak puas bercuti ;p

No comments:

Post a Comment