Saturday, September 3, 2011

aidilfitri 2011

salam aidilfitri semua :)
mokcik mintak maaf,segala perilaku mahupun tutur kata yang menyinggung anda semua..
semua semua tu berlaku bukan dengan kemahuan acik hokey?
jadi korang mahapkanla mokcik yang serba kekurangan ini ye..

perghhh..ayat tak boleh blah ;p
tapi betul,saya minta maaf kiranya selama mengenali saya ada apa-apa sahaja yang membuatkan anda marah dan menyampah pada saya.
saya minta maaf banyak-banyak ye..

hm..hm..so amacam raya anda tahun ni?

tahun ni turn saya beraya di perak.
eh,tu kira turn saya ke turn suami ek?
ok..ok..turn suami. tahun depan turn saya la kan?
tak agak-agak..hutang puasa belum bayar dah fikir raya tahun depan..

ok ok..stop mencarut eh mengarut.
kali ni nak share gambar hari raya saya..
pasni kome tepek gambo kome gak ye.
bulih la mokcik buat rondaan kawasan ;p

"selamat hari raya," kata damia.
tahun ni tahun pertama sambut aidilfitri dengan damia.
tahun pertama juga damia meng'kolek' duit raya :)
pergh..masyuk duit raya bebudak sekarang kan.
buntang mata mama damia mengiranya.
hah,apa?jumlahnya?
"biarlah rahsia," kata dato'siti.

ni gambar kat rumah johor.
gambar masa kat perak belum masuk laptop lagi.
yang ada ni saya direct transfer dari si pink saya.

three of us :)
beraya dengan suami dan anak-they complete my raya :)

my family-tengok gambar ni saya sedih (saya sedih ok,walaupun dalam gambar saya senyum ;p)
gambar ni tak complete.
bila ada seorang dari kami sudah tiada, terasa tidak lengkap pasukan kami.
Alfatihah...

1 syawal-kami sambut di perak.

2 syawal, gerak balik johor.
perjalanan saaaaaaaaaangat jauh. pukul 2.30pm dari felda ijok, 10.30pm baru sampai parit raja..

3 syawal, kami meronda kawasan ayer hitam, parit raja sahaja.

4 syawal, kami ke JB.
jauhnyaaaaaa damia nak p collect duit raya ye..
tengok ini anak,sampai nampak gigi jarangnya..

makan malam di stulang JB.
ini anak bos duduk atas meja.

5 syawal ke melaka dan terus balik kajang :)

asyik berjalan tanpa henti (eh,macam tajuk lagu la..;p)
malam ni encik suami dan cik damia demam..
fuh..fuh..fuh..
jadi esok mesti berehat di rumah sahaja dan isnin mula bekerja semula..

aiyakkk..cepatnya seminggu berlalu..

yang benar,
cikgu yang belum puas bercuti (bukan nama sebenar)

No comments:

Post a Comment