Friday, September 23, 2011

stok ebm-damia umur setahun

damia genap setahun :)
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Allah memberi peluang untuk saya menyusukan damia sehingga ke saat ini.
tanpa setitis pun susu formula..
terima kasih ya Allah..

ini stok terkumpul dalam deep freezer :)
masih banyak rezeki nur damia, juga ahmad wafiy :)
mama sayang kalian..membesar dengan sihat ye anak-anak..

ibu-ibu,
jangan putus asa.
yakinlah tiap anak ada rezekinya.
kalaupun bukan susu ibu kandung, Allah masih memberi rezeki melalui ibu susuan.
Justeru jangan mudah mengalah pada susu lembu.
susu formula bukan pilihan untuk kita.
ikhtiarlah selagi nampak jalannya.
kita semua boleh ibu-ibu :)

kalaupun dah agak lambat bermula, ibu-ibu masih boleh relactate.
berusaha mengurangkan pemberian susu formula,dan mula untuk lebihkan pemberian susu ibu.
dah ramai orang berjaya relactate.
kenapa anda bukan salah seorang daripadanya kan...

happy breastfeeding mommies..

nota jari : my journey,my passion :)

nur damia 20.09.2010-20.09.2011

saya dan suami berkahwin pada 11 Disember 2009.
lepas 6 minggu, sempena birthday encik suami, 23 Januari, dapat tau saya pregnant 5 weeks :)
ikut instinct, perut makin buncit, period dah lambat 9 hari, so saya buat upt test.
3 kali buat sebab saya tak percaya. dan 3 kali positif. hehehhe..
jumpa doktor,doktor scan dan confirmkan kandungan dah 5 minggu.alhamdulillah :)

gambar pertama damia,masa dalam perut mama..scan masa 16 minggu kalau tak silap.
dah tau jantina baby girl.
saya yang sangat gembira sebab saya memang nak baby girl :)

anak manja saya :) fresh from the oven.
sepautunya due 24sept, tapi lahir 20 September 2010.
jam 10.15pm, di Hospital Kajang.
tepat-tepat isnin yang sepatutnya naik kerja selepas 2minggu cuti raya dan cuti pertengahan penggal.
jadi mama dapat cuti 2minggu raya+60hari cuti bersalin+2 bulan cuti sekolah akhir tahun.
hehehe..memang sangat best la dapat bercuti lama.

ni masa umur sebulan :)

2 bulan@rumah PIL ;)

3 bulan,masa dengan family saya bercuti ke Cameron Highland :)

4 bulan, damia dah meniarap :)
 

5 bulan

6 bulan, damia start solid food :)
homemade bubur tanpa garam dan gula.
dan ramai yang pertikaikan saya terlalu menjaga makan anak.
hm...menjadi ibu perlu pekakkan telinga dan buat tak tahu saja tau ;p
setiap ibu adalah ibu terbaik untuk anak-anak mereka.
ya, anda ibu yang baik..tapi bukan untuk anak saya,untuk anak anda ok ;p


7 bulan,damia dah start belajar merangkak :)


8 bulan :) dah ke sini sana mengemas seluruh rumah..fuh..fuh..semakin kurus saya mengejarnya :)

9 bulan-dah ada beberapa batang gigi :)

10 bulan- damia makin lasak..panjat sana sini, dah kerap jatuh katil.
susah dah nak pegang suruh duduk diam-diam.

11 bulan-tapi dia tetap anak saya yang manja.
menangis kalau bangun dan mama tiada di sisi.
kalau tido mesti ada mama.
jatuh pun mesti nak mama.

12 bulan : gambar masa birthday damia :)




damia dah ada 6 batang gigi.
saya dah mula izinkan bg damia makan macam-macam.
sangat cerdik,banyak mulut,sangat aktif :)

selamat ulangtahun kelahiran yang pertama sayang..
mama doakan semoga damia sihat-sihat selalu,jadi anak yang solehah..sentiasa berjaya dunia dan akhirat.
mama amat bertuah punya anak secerdik damia.
damia menguatkan ikatan kasih mama dan ayah.
damia selalu buat mama dan ayah gelak,tersenyum melihat keletah damia.

 hidup baik-baik sayang.
minum susu mama,makan banyak-banyak.
esok-esok mesti jadi orang berguna tau :)

nota jari : cepatnya setahun berlalu..





Tuesday, September 20, 2011

happy birthday damia :)

saya cuba menaip entry khas hari ni.
tapi..tapi..macam tak sempat je..hehe,bajet saya nak menulis panjang-panjang la konon tu ;p

jadi saya tulis dulu entry pendek tanpa gambar ni dulu ya!
nanti saya akan update entry khas tu :)

hari ni sangat istimewa : 20 september 2011.
tarikh ni,tahun lepas,saya melahirkan cik damia,cinta hati kami tu :)

sungguh,saya tidak pernah mengetahui memiliki anak itu sangat bahagia rasanya.
menyambut hari lahirnya yang pertama lebih bermakna dari menyambut hari lahir sendiri!

selamat ulangtahun kelahiran yang pertama,sayang mama :)
mama dan ayah sangat sayangkan damia.
doa mama mengiringi setiap hari damia..

nota jari : damia yang istimewa. terima kasih Allah..

Saturday, September 17, 2011

honeystar port dickson

Yehuuuuuuuuu..
mood honeystar masih membara..kehkehkeh..
tak senonoh mak budak ni kan :)

16sept-17sept saya eh kami ke port dickson.
saja bercuti, menghilangkan stres, mengeratkan ikatan kekeluargaan, menambahkan bilangan anak..eh?ada ke?
ala..sempena 7th anniversary tu la..

pergi semalaman je. 18hb ada undangan rumah terbuka kat rumah ahmad wafiy pulak. tak boleh tak pergi kan..kan..

me and kakak berposing sambil menunggu si dia solat jumaat.
yela,kami pergi hari jumaat, kena la si dia singgah untuk solat ;p


 2007 saya berpraktikal di sini :)
sangat seronok, tak puas duk sini 2 bulan je.
petang-petang balik sekolah saya dan housemate boleh pegi mandi laut lagi.
dari sekolah pun boleh nampak laut,memang best :)

hm..cik damia ni memang pantang naik kereta. sangat suka main stereng kereta macam ni. lepas tu mula la main signal, main wiper kereta..tengah-tengah hari hujan keretaku..huaaa..


 hah,kat sini la kami menginap.
lexis port dickson..dulu nama dia legend water challets.
rasanya baru je tukar nama sebab nama kat atas bangunan hotel ni masih belum ubah lagi.
bersebelahan dengan glory beach resort, agak jauh la dari teluk kemang.
tapi masih ada pentai-pantai yang lain.
meh kita review hotel meh..

 macam biasa,perkhidmatan troli untuk hantar barang ke bilik.

kaunter reception, ramai orang masa kami check-in.yela..cuti hujung minggu yang panjang, ramai gak yang mengambil kesempatan untuk bercuti bersama family kan.
hotel 4 bintang ni lengkap dengan playground dan swimming pool untuk anak-anak.
tapi sure nak mandi swimming pool kena ada swimming suit kan.
tak kuasa la acik..
kita mandi bath tub pun jadi la ye kakak..

taraaa...ini la biliknya..ada dua katil,satu saiz king, satu saiz queen.
suami isteri boleh ambik masing-masing satu katil kalau gaduh.
kalau tak gaduh, suami isteri satu katil, anak tido katil lain.kehkehkehkeh..
eh eh,mak-mak dara boleh senyum. anak-anak dara jangan imejin yang bukan-bukan ya! ish..ish..ish..


damia sangat suka masuk bilik ni. asyik gelak-gelak dan explore satu bilik. bilik yang luas, lantai kayu, lagi suka damia merangkak ke sana sini :)


our happy family :)
pergilah bercuti dengan yang tersayang.
seronok tau, memangla boleh je kalau nak spent masa sesama kat rumah.
tapi kalau kat rumah, sorang ke hulu,sorang ke hilir.
sorang tengok tv,sorang sibuk kat dapur.
isteri membebel kerja rumah tak siap-siap.
eh,macam kenal je sapa yang buat semua adegan tu?

kalau g bercuti macam ni, kita pun tak kalut nak masak, tak payah kemas-kemas.
boleh tido,makan je..eh,tido makan je?heheeh..

first time saya masuk hotel dari bilik air.
ye ye..hotel ni pintu masuknya di bilik air.
maksudnya,masuk-masuk hotel je terus masuk bilik air.
unik kan?

bilik kami : 1103
tingkat atas sekali tu..

ok, mari jalan-jalan :)
sebab waktu di sini sangat terhad, kami g menjenguk teluk kemang kejap je.
ambik angin jap.
lain kali la kita g lagi ye b?

tertidur-tidur damia di pangkuan ayah di teluk kemang. 

ini cinta hati saya-sejak 2004 :)
disebabkan kekurangan keyakinan untuk bawa damia mandi laut, kita mandi bath tub je la ye..
bilik hotel ni juga ada bilik atas air..tapi mahal la..jadi kami ambil bilik kat tower je..lain kali nak gak merasa bilik atas air ni kan..siap ada swimming pool dalam kawasan bilik :)
bilik kami ada balkoni juga :) tapi saya ni gayat tinggi.imejin saja la bilik kami tingkat 11 tu ;p

 saya recommend kepada anda untuk tidur di sini jika ke pd.
semalam RM 383.
boleh la..kalau kita duk kira-kira duit, takut nak berbelanja, at last mesti duit tu habis macam tu je kan.
sesekali tak salah untuk menghabiskan duit dan spent masa dengan family.
inila quality time namanya kan..kan..

err.err..encik-encik management lexis port dickson, saya promote hotel anda di sini, next time boleh tak nak dapat diskaun 50% ?

nota jari : tak puas bercuti ;p

rumah terbuka lunatots

17 September 2011.
saya ke rumah terbuka lunatots.
eh,rumah terbuka ke kedai terbuka?

gigih kan,dari port dickson,lepas check-out hotel, terus ke sini.
memula sesat gak,pegi ke jalan dwitasik, cheras.
err..encik gps tu yang bawak kami ke situ.

rupanya alamatnya kat medan perniagaan danau lumayan.
fuh..nasib baik dekat2 je..

kak sue,spagethi laksa tu sedap :)
tapi malu nak makan banyak-banyak..
kehkehkeh..

mari layan gambar la..

saya dan damia bergigi jarang.
macam arnab la kakak..

tiga sampul duit raya untuk ammar zikry, ammar dzakwan dan alya zalikha :)
tak sempat nak cuit budak-budak tu sebab dorang baru sampai dan mood bermain belum kunjung tiba.
 
bersama acik sue polkadot tuan rumah.
ampun la kaksue..saya takde baju polkadot :)
goodies 1 : homemade choc air tangan kaksue neh..
fuh..fuh..fuh..
sedap..tak sia-sia kaksue bersengkang mata ;p
goodies 2 : ada baaaanyak voucher shopping.
pas ni nak shopping kat mumdreams la pulak.

kakak damia dapat duit raya dari acik sue :)


goodies 3 : beruang cinta kaksue.
hehe,nak cinta kaksue jugak la cenggineh.


terima kasih sayang-sayang acik jihan.
nanti kalau jumpa lagi nak peluk cium anak-anak ini :)


voucher lunatots yang dah selamat digunapakai.
kehkehkeh..kaedahnya dapat terus pakai kan.
dah takde voucher ni dalam tangan,tapi sempat la ambik gambar buat kenangan :)

hah,guna voucher untuk beli ini untuk kakak damia :)
lepas ni nak train kakak guna botol ni.

dear kak sue,
terima kasih atas jemputan :) (tahun depan jemput lagi..hehe)
semoga kak sue terus berjaya, terus menambah cawangan-cawangan lunatots.
semoga berjaya dalam apa jua yang kaksue usahakan.
dan paling penting berjaya memperjuangkan susu ibu.
yeah!

nota jari : kenyang :)

Friday, September 16, 2011

7th anniversary

17 September 2004 - 17 September 2011 :)
it was a long journey since we were together.
tarikh ini, 7 tahun lepas, encik suami melamar saya (ok..ok..dulu encik boyfriend)

saya kenal si dia tahun 2003 masa kat matrik.
even saya matrik melaka dan dia matrik changlun, kami masih boleh berkawan ok.
diperkenalkan oleh roommate sy merangkap kawan sekelas si dia masa tingkatan 5.
sms, calling dan main 2 seconds (haha,zaman tak berduit,susah nak call lelama,main cakap 2 seconds pun boleh jadi)
setahun berkawan kami tak pernah tengok muka masing-masing.
cuma dengar suara je.
masa tu tak canggih lagi ok. hp pun 3310 je,nama nak video call, mimpila..;p

tak plan apa pun, tup tup kami dapat masuk u yang sama :UKM.
hehe,sebenarnya masa chatting pilih u tu si dia ajak saya ke ums,sabah.
saya kata saya dah bosan duk sabah,saya nak g ukm.
jadi ukm pilihan pertama saya,tapi ukm bukan pilihan pertama si dia tau.
dah nak jodoh kan...

masa minggu MMM,saya tengok si dia dari jauh je.
dia perform nasyid atas pentas.(perghh,nasyid tu ;p)
tapi tak nampak sangat la coz saya penonton bawah pentas je.

then kami terserempak kat DECTAR masa tandatangan borang PTPTpu, kat kompleks bestari..kejap je saya dah boleh cam muka dia walaupun kami belum officially jumpa.

pertama kali jumpa 9ogos rasanya,kat pusanika beramai-ramai dengan kawan-kawan yang lain.
dan seterusnya..seterusnya sampaila si dia melamar saya menjadi kekasihnya 17 September 2004.

fuh..fuh..apa kes acik jihan mengungkit kisah silam ineh?
kehkehkeh..saja je..sempena hari ulangtahunnya kan.
.

saya dan si dia di hari perkahwinan kami :)
alhamdulillah..kami berkahwin selepas 5tahun bercinta (eh,sampai sekarang masih bercinta tau!)

panjangkan jodoh kami dalam kerahmatanMu ya Allah..

dear suami, terima kasih atas kasih sayang ini.
terima kasih kerana menjadi kekuatan saya,menjadi ayah terbaik untuk anak kita.
dan atas semua pengorbanan sepanjang tempoh 7 tahun ini.
i really love u dear :)

nota jari : acik senyum-senyum taip entry ini ;p

Thursday, September 15, 2011

stok ramadhan

hehehe..
motip gelak-gelak di awal entry?

ampunkan saya, anda..
mungkin bulan ni yang paling sikit entrynya kan..kan..
hmm..nak kata sibuk,saya rasa rutin macam biasa.
oh ya,masih mood beraya dan makan-makan kuih raya kan..
blog pun turut la beraya..
kehkehkeh..

baik..baik..saya cuba untuk gigih menyapu sawang-sawang di sini ya!

erm..kali ni nak update stok ebm ramadhan :)
alhamdulillah..even berpuasa,production rasanya makin meningkat semasa bulan puasa.
sehari boleh dapat 15oz-16oz..
ni mesti sebab banyak makan kurma :)
ya..ya..kurma tu salah satu milk booster tau.
bila dah habis berpuasa,dah tak makan kurma,production kembali ke 12oz sehari..

cik-cik ebm ogos saya..stok bulanan sekarang dah tak semeriah dulu..
takpela..journey ini memang begini.
slowly production akan berkurangan due to kekurangan demand since anak dah start makan.

hei,hei..damia sambut birthday selasa ni tau..
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
berjaya juga saya sampai ke tahap ini.
selepas setahun dah bukan waktu yang kritikal.
saya dah boleh ajar damia makan dan minum apa sahaja :)
sekarang pun dah start ajar minum milo dan vitagen.

ya,kebergantungan kepada susu ibu akan berkurangan :(
saya sedih,tapi saya masih ada setahun lagi untuk melengkapkan journey saya..

kalian,doakan saya tau! saya turut mendoakan kalian.
mari kita sama-sama memperjuangkan hak anak-anak untuk mendapatkan susu ibu sepenuhnya :)

nota jari : susu ibu..susu ibu..

Saturday, September 3, 2011

aidilfitri 2011

salam aidilfitri semua :)
mokcik mintak maaf,segala perilaku mahupun tutur kata yang menyinggung anda semua..
semua semua tu berlaku bukan dengan kemahuan acik hokey?
jadi korang mahapkanla mokcik yang serba kekurangan ini ye..

perghhh..ayat tak boleh blah ;p
tapi betul,saya minta maaf kiranya selama mengenali saya ada apa-apa sahaja yang membuatkan anda marah dan menyampah pada saya.
saya minta maaf banyak-banyak ye..

hm..hm..so amacam raya anda tahun ni?

tahun ni turn saya beraya di perak.
eh,tu kira turn saya ke turn suami ek?
ok..ok..turn suami. tahun depan turn saya la kan?
tak agak-agak..hutang puasa belum bayar dah fikir raya tahun depan..

ok ok..stop mencarut eh mengarut.
kali ni nak share gambar hari raya saya..
pasni kome tepek gambo kome gak ye.
bulih la mokcik buat rondaan kawasan ;p

"selamat hari raya," kata damia.
tahun ni tahun pertama sambut aidilfitri dengan damia.
tahun pertama juga damia meng'kolek' duit raya :)
pergh..masyuk duit raya bebudak sekarang kan.
buntang mata mama damia mengiranya.
hah,apa?jumlahnya?
"biarlah rahsia," kata dato'siti.

ni gambar kat rumah johor.
gambar masa kat perak belum masuk laptop lagi.
yang ada ni saya direct transfer dari si pink saya.

three of us :)
beraya dengan suami dan anak-they complete my raya :)

my family-tengok gambar ni saya sedih (saya sedih ok,walaupun dalam gambar saya senyum ;p)
gambar ni tak complete.
bila ada seorang dari kami sudah tiada, terasa tidak lengkap pasukan kami.
Alfatihah...

1 syawal-kami sambut di perak.

2 syawal, gerak balik johor.
perjalanan saaaaaaaaaangat jauh. pukul 2.30pm dari felda ijok, 10.30pm baru sampai parit raja..

3 syawal, kami meronda kawasan ayer hitam, parit raja sahaja.

4 syawal, kami ke JB.
jauhnyaaaaaa damia nak p collect duit raya ye..
tengok ini anak,sampai nampak gigi jarangnya..

makan malam di stulang JB.
ini anak bos duduk atas meja.

5 syawal ke melaka dan terus balik kajang :)

asyik berjalan tanpa henti (eh,macam tajuk lagu la..;p)
malam ni encik suami dan cik damia demam..
fuh..fuh..fuh..
jadi esok mesti berehat di rumah sahaja dan isnin mula bekerja semula..

aiyakkk..cepatnya seminggu berlalu..

yang benar,
cikgu yang belum puas bercuti (bukan nama sebenar)