Tuesday, August 9, 2011

zaman kemeruduman susu

saya demam panas, 31 julai dan 1 ogos.
dalam masa 2 hari,suhu badan saya langsung tak turun.
atas 38 darjah celcius.
kalau sebelum-sebelum ni saya memang taknak makan ubat.
ye,memang doktor akan bagi ubat yang tak effect baby masa breastfeed ni..

tapiii...
ni la yang paling saya takut.
kemeruduman susu due to pengambilan ubat.
saya ambik panadol,ubat selesema,antibiotik,ubat batuk..
dah tak larat sangat sebab suhu tak turun.
first day puasa pun tak larat nak buat apa.
saya terpaksa telan ubat2 ni.
dan ni la kesannya...

hampir setahun ni,ni la hasil pengepaman paling sikit pernah saya dapat.
lebih kurang 1oz je kot utk 20 minit mengepam.
pastu susu cair tak bersemangat je..
haishhh..sedih saya tengok tau..
nasib baik stok susu saya banyak..
alhamdulillah..alhamdulillah..
saya memang menyimpan stok untuk masa-masa kecemasan macam ni.
alhamdulillah..masa2 macam ni stok susu memang sangat membantu.

so mommies,jangan malas kumpul stok tau.
memang lah kita boleh pam-hari-ni-untuk- esok.
tapi siapa tahu bila kita akan jatuh sakit kan...

nota jari : sediakan payung sebelum hujan :)

No comments:

Post a Comment