Friday, August 19, 2011

kiub ayam

hai mommies :)
saya nak share dengan kalians cara menyimpan stok ayam untuk dimasukkan dalam bubur si cenonet.
simple dan sangat menjimatkan masa.
kalau nak guna cara biasa,susah skit bagi saya yang pemalas..
contohnya malam nak masak untuk makan malam tu,tapi saya terlupa nak keluarkan ayam siap-siap.
jenuh nak tunggu ayam defrost,pastu nak potong-potong lagi..kena pilih bahagian yang banyak daging lagi..
fuhh..fuhh..fuhh..

so saya jadikan ayam-ayam ini dalam bentuk kiub.
mula-mula bersihkan ayam,potong la ikut suka suki pisau anda :)

 
rebus ayam sehingga masak,separuh masak pun takpe,asalkan senang nak leraikan isi ayam dari tulangnya.
okeh,siap sudah rebus..
leraikan isi ayam dan tulangnya, then blend dengan air rebusannya sekali ye..
kalau air rebusan ni terlebih,boleh bekukan untuk stok ayam,boleh masak macam-macam dengan stok ayam ni kan..
 siap blend,masukkan dalam kiub ais dan bekukan :)
dah beku,pindahkan dalam tupperware bertutup dan labelkan tarikh.
bila nak masak bubur,saya masak beras,masukkan dua kiub ayam dan dua kiub sayur..
tak payah nak potong-potong apa-apa..
senang kan :)

selamat mencuba :)

nota jari : mari menjadi mama yang kreatif :)

No comments:

Post a Comment