Sunday, August 28, 2011

buka puasa+gathering ramai-ramai

17 Ramadhan..
saya dan kawan-kawan plan berbuka sama..
phewww...sangat susah rupanya nak organize majlis cenggineh ni..
kejap buat plan mcm ni,kejap tukar plan mcm tu pulak.

ek eleh..macam la nak kena masak-masak bagai kan.
nak menempah tempat je pun dah riuh sekampung ;p

yela..ada yang nak tempat murah, ada yang tak kisah..
tapi yang penting perlu selesa untuk anak-anak,mak-mak dan bapak-bapak kan..

so tempat ditetapkan RESTORAN TUPAI-TUPAI BANGI
memang selesa itelyu..
buffet steamboat ramadhan dengan harga RM 39.90.
ramadhan kali ni dua kali saya ke sini.
bajet takde tempat lain nak perabis duit encik somi la tu..
eh bukan..bukan..first time tu saya jadi food tester.
survey tempat untuk gathering ni la :)

okeh,ini anak saya,dan anak saya..
muleh cenggitu?
hehe..yang sebelah anak saya,yang sebelah anak susuan saya :)
saya ni ibu beranak dua,tapi anak lagi sorang lahir dari mommy yang lain.
haaa..ini la yang dikatakan adik-beradik-mak-lain-bapa-asing.
nengok tuh ahmad wafiy bila nampak mamanya terus nangis.

 inila ahmad wafiy hakim,saudara sesusuan kakak damia :)
tak sabar nak tunggu dorang besar sama-sama,main sama-sama..
nanti naik sekolah pun sama-sama..
oyeah!! :)


buffet steamboat yang best..
kami bukak pose,brenti solat jap dan sambung borak dan makan-makan sampai 10 malam..
perghh..gila lama..berbaloi la kan dengan amaun yang dibayar..kehkehkeh..
agaknya naik bosan pekerja-pekerja kat situ dok menengok kami tak sudah-sudah berborak.

ye ye..begini la cikgu-cikgi berkumpul ye..


 syakirullah yang bam-bam..gehgammm aunty nak geget tau!


ibuk-ibuk sekalian..
dulu kami bersama masa kat ukm.
anak dara trang tang tang.

habis belajar,sorang-sorang kawin..
last year kami berkumpul dengan perut memboyot masing-masing.
this year baby semua dah keluar :)
next year?

Friendship isn't a big thing - it's a million little things.

Saturday, August 27, 2011

20.08.2011 yang tertangguh ;p

ya ampunnnn..punya main lama saya nak buat entry ni kan..
sedangkan saya dah tetapkan untuk post 1 entry setiap bulan :)
sebab dah pending sangat lama,hari ni kena gigihkan diri untuk post juga :)

20 ogos,damia masuk 11 bulan.
hoyeah!!bulan depan damia birthday :)
mari saya share gambar-gambar 20 0gos :)

anak manja saya..
makin lasak,makin kurus.
tang kurus tu keturunan mama dan ayahnya kan?
damia taknak kat orang lain,nak berkepit dengan mama je..
kat rumah nenek johor.
damia suka sangat masuk dapur.
bukan..bukan..bukan nak menolong pun.
damia suka main kat bendul kat pintu dapur tu.

satu-satunya orang yang damia suka adalah maksu.
ye la..kawan sebaya damia kan :)
kalau dengan maksu ramah ramah je..siap leh gelak2..
tapi kalau orang lain nak ambik dia,jangan harap la..
20 ogos,kami buat family gathering.
semua ada :)
jadi meja makan tak muat, kami buat style kampung.
memang kaedahnya duk kampung pun kan ;p
ye la..tahun ni turn saya beraya di perak.
nanti tak dapat salam+cium tangan mak di pagi raya (sob..sob..;( )
jadi kami buat makan-makan la dulu..
hah,ni dia ayam ingkung yang saya janji nak bagi tengok gambarnya.
first time mak masak ayam ni.
masak sekor camtu je tak payah potong-potong.
kalau ikut adat jawa,ayam ni dimasak semasa kenduri kesyukuran.
dan ayam ni dimasak khas untuk imam sahaja.
melambangkan penghormatan untuk imam :)

dua orang anak sepupu saya.
yang banyak cakap ;p
fuh fuh..menaip entry tentang family saya membuatkan saya sangat rindukan mereka..
sangat-sangat rindu..
tak sabar nak balik raya kedua nanti ;)

nota jari : family is EVERYTHING :)

Thursday, August 25, 2011

26 ramadhan

26 ogos 2011 @ 26 ramadhan..
hati sy bercampur baur.
tak gembira langsung nak beraya.
sangat rindu kat mak.
paling rindu kat abang.
sangat rindu family complete kami.
tiap tahun pakai baju sama.

tahun ni tahun kedua beraya tanpanya.
semuanya masih rasa tak kena.
kalau boleh sy lanjutkan ramadhan.
biarlah tak jumpa syawal pun..

selamat hari raya semua.
doakan yang baik-baik untuk sy.

nota jari : hmm..

Monday, August 22, 2011

hutang

hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati..
kehkehkeh..apakah?
intro saja sudah berpantun bagai..

saya berhutang banyak entry dengan anda..
entry 20.08.11 tak buat lagi..
saya ada gambar ayam ingkung..hah,apakah?

pc rumah saya meragam.
gara-gara diketuk-ketuk dan dipanjat oleh anak dara nan seketul saya tu la..
so saya boleh online guna xperia x8 saya je..
tak puas,setakat nak update status muka buku tu boleh la..
nama nak menaip panjang lebar tulis belog..harussss tak boleh..
uwaaaaaaaa...

encik hubby,jom g beli laptop baru jom (^,^)

nota jari : meroyan tak dapat upload gamba banyak-banyak..ngeeee...

Friday, August 19, 2011

kiub ayam

hai mommies :)
saya nak share dengan kalians cara menyimpan stok ayam untuk dimasukkan dalam bubur si cenonet.
simple dan sangat menjimatkan masa.
kalau nak guna cara biasa,susah skit bagi saya yang pemalas..
contohnya malam nak masak untuk makan malam tu,tapi saya terlupa nak keluarkan ayam siap-siap.
jenuh nak tunggu ayam defrost,pastu nak potong-potong lagi..kena pilih bahagian yang banyak daging lagi..
fuhh..fuhh..fuhh..

so saya jadikan ayam-ayam ini dalam bentuk kiub.
mula-mula bersihkan ayam,potong la ikut suka suki pisau anda :)

 
rebus ayam sehingga masak,separuh masak pun takpe,asalkan senang nak leraikan isi ayam dari tulangnya.
okeh,siap sudah rebus..
leraikan isi ayam dan tulangnya, then blend dengan air rebusannya sekali ye..
kalau air rebusan ni terlebih,boleh bekukan untuk stok ayam,boleh masak macam-macam dengan stok ayam ni kan..
 siap blend,masukkan dalam kiub ais dan bekukan :)
dah beku,pindahkan dalam tupperware bertutup dan labelkan tarikh.
bila nak masak bubur,saya masak beras,masukkan dua kiub ayam dan dua kiub sayur..
tak payah nak potong-potong apa-apa..
senang kan :)

selamat mencuba :)

nota jari : mari menjadi mama yang kreatif :)

Friday, August 12, 2011

mbf=my bestfriend

masa saya form 3,saya ada geng..
wah,bunyi macam geng buat jahat je kan :)
kami geng berempat (tapi ahli keempat selalu bertukar baton)
kehkehkeh..kan ana?
yang kekal kami bertiga-yan,ana,uyai :)
dan kami bertiga sudah menjadi cikgu cikgi.
walaupun semua di negeri berlainan..
tapi uyai pun macam chipsmore..kejap ada,kejap tak ada-err..selalu tak ada ( yang sebenarnya)

dulu geng kami nama MBF (macam nama bank kan)
MBF stand for 'my bestfriend'
sama-sama pegi sekolah,sama-sama ke dewan makan.
sama-sama pegi prep,berkumpul masa free night.
melawat kawasan (read as tumpang balik ke kampung kawan lain masa cuti weekend)
berkongsi kisah suka duka-pakwe makwe dan sebagainya ;p

ahad,31 julai,ana ke rumah saya.
oh ya,ana posting di bintulu tau!
last saya jumpa dia masa november 2009.
lepas ni mesti selalu jumpa sebab family in laws dia ada di sini.

aih,meh layan gambar meh..

saya demam masa ni.
plan asal nak jumpa dan makan sate di luar.
tapi sebab saya susah nak bangun dari katil,mereka ke rumah kami saja :)
muka saya macam muka orang demam tak?


ini ana dan cik damia :)





mereka yang baru berkahwin hujung mei lepas :)
arham juga classmate saya masa form 4-5..
ehem..ehem..dorang kan..bercinta dari form 3 (kan ana?ka form 2?)
cinta anak-anak sekolah yang bersatu jua di jinjang pelamin :)
happy for both of u :)

kami :)

okeh,arham dan ana ada gaya dah..tak lama lagi ok?

thank you ana & arham for the nice pict..
masa ni nak ambil kamera sendiri pun tak larat dah..
kena la meminta ihsan gambar-gambar kamera mereka..

thank you for coming :)
nanti kita jumpa lagi ok :)

nota jari : friends are forever :)

makanan yang perlu dielakkan oleh bayi kita


mommies,jom kita menambah ilmu :)


artikel ni sy kopipes dari group solid food for my baby kat facebook..
yela,kita mungkin excited nak tengok anak makan macam-macam, tapi kita taktau sejauhmana penerimaan anak-anak kita terhadap makanan tu kan..


mungkin dia suka,boleh kunyah-kunyah dan nampak gembira,tapi kita tak tau sistem penghadaman dia dah ready belum untuk proses semua tu..


bagi saya,tak salah kita 'berpantang' dulu..esok-esok anak kita dah besar,dia ada banyak masa nak makan semua benda yang dia belum boleh makan sekarang kan :)

okeh jom baca..

Semakin bayi anda membesar, semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan yang anda makan. Anda juga semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda.

Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga boleh membawa kepada masalah alahan. Tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi anda. Penting untuk anda tahu makanan yang perlu dielakkan. Teruskan membaca…

Makanan Yang Perlu Dielakkan:

Baru Lahir Hingga 4 atau Hingga 6 Bulan
- Semua makanan pejal :
Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.

Makanan Yang Perlu Dielakkan:

4  Hingga 12 bulan
- Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat :
Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.

- Makanan Yang Telah Diproses:
Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.

- Putih Telur :
Bayi boleh makan kuning telur etapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.

- Buah-buahan Citrus:
Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.

- Madu :
Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut!

-Kacang, Mentega Kacang :
Selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.

- Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur:
Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu dalam keluarga.

- Makanan Laut :
Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.

- Air Kopi, Teh :
Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.

-Jus Buah Pekat :
Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.

- Gandum dan Produk Gandum :
Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.

- Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.

Makanan Yang Perlu Dielakkan: 
12 bulan hingga 24 bulan
- Susu Rendah Lemak :
Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya.

- Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah :
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.
nota jari : selamat beramal ;)

Tuesday, August 9, 2011

zaman kemeruduman susu

saya demam panas, 31 julai dan 1 ogos.
dalam masa 2 hari,suhu badan saya langsung tak turun.
atas 38 darjah celcius.
kalau sebelum-sebelum ni saya memang taknak makan ubat.
ye,memang doktor akan bagi ubat yang tak effect baby masa breastfeed ni..

tapiii...
ni la yang paling saya takut.
kemeruduman susu due to pengambilan ubat.
saya ambik panadol,ubat selesema,antibiotik,ubat batuk..
dah tak larat sangat sebab suhu tak turun.
first day puasa pun tak larat nak buat apa.
saya terpaksa telan ubat2 ni.
dan ni la kesannya...

hampir setahun ni,ni la hasil pengepaman paling sikit pernah saya dapat.
lebih kurang 1oz je kot utk 20 minit mengepam.
pastu susu cair tak bersemangat je..
haishhh..sedih saya tengok tau..
nasib baik stok susu saya banyak..
alhamdulillah..alhamdulillah..
saya memang menyimpan stok untuk masa-masa kecemasan macam ni.
alhamdulillah..masa2 macam ni stok susu memang sangat membantu.

so mommies,jangan malas kumpul stok tau.
memang lah kita boleh pam-hari-ni-untuk- esok.
tapi siapa tahu bila kita akan jatuh sakit kan...

nota jari : sediakan payung sebelum hujan :)

kakak damia

kakak damia dah besarr..
makin panjang,makin banyak kerenah.

kakak damia dah pandai mengamuk kalau apa dia nak,dia tak dapat.
kakak damia dah pandai panjat tangga sampai atas.
bahaya kan..mama kena cepat2 cari penghadang tangga ni..

kejap je masa berlalu.
kakak damia dah nak setahun dah.
20 september ni first bday kakak damia :)

kakak damia dah ada 6 batang gigi..


dah pandai cangkung..

 pandai berdiri..yeay!!
 makan jam ayah..ngehngehngeh..


 makan telefon rumah..erm..semua benda nak masuk mulut kan kakak..
ehhh belum..belum..
kakak damia belum nak dapat adik lagi..
hehehe..saya saja panggil kakak.
terasa dah besar.
esok-esok kena panggil kakak jugak kan :)

saya dah rindu nak preggy lagi sebenarnya.
tapi..tapi..tapi..
damia masih menyusu kan..
takpela..saya nak susukan damia puas-puas.
saya belum puas lagi tengok mata besar yang comel merenung saya masa direct feed.
cair mama tau damia :)
nanti kalau ada rezeki,ada la adik damia kan..

nota jari : enam gigi suka gigit!