Friday, July 8, 2011

daging blackpepper

saya rajin nak memasak untuk encik suami hari ni.
singgah giant-pusing-pusing-tak-tau-nak-beli-apa..
terlintas resipi ni,rasa dah lama tak buat.
tapi rupanya encik suami kena kerja sampai malam..
huhuhu...takpela,saya makan sorang (ayat merajuk-agak2 suami nak pujuk tak? ;p)

okla,saya kongsi dengan anda resipi daging blackpepper.
saya pun dah tak ingat kat mana saya ambik resipi ni..
tambahan pula(wah.macam karangan bahasa malaysia) saya memang suka tambah-tambah sendiri ikut apa yang available di dapur..

okeh,mula2 perapkan daging dengan madu,sos tiram dan blackpepper.

versi siap diperap-biarkan dalam sejam.
oh ya,sukatannya main agak2 je..
dalam 3sudu madu,dua sudu sos tiram.
blackpaper pun agak-agak..
eh,asyik agak-agak je kan?
sungguh,saya tak reti masak sukat2 ni..saya main campak je.
sebab tu la saya masak tak sedap..kehkehkeh...

tumbukkan bawang putih dan halia..

tumis bahan tumbuk tadi.
sehingga naik bau perfume far away eh,mestila bau bahan tumisan ;p
masukkan daging yang dah diperap tadi.
gaul rata,tambah garam,gula.
tutup dan biarkan masak..

(sambil-sambil tunggu bolehla kejar anak yang ligat mengemas rumah..)
 
bila dah masak,masukkan bawang besar yang dipotong membulat :)
siap untuk dihidang :)
sorryla kalian,takde gambar hidang.
sebabnya saya makan sorang2,malas nak hidang bagai..
main ambik lauk dari kuali je.
kalau makan dengan encik suami,bolehla hidang bagai-bagai kan..kan..

nota jari : yummy :)

No comments:

Post a Comment