Thursday, July 28, 2011

damiau..meow..

alhamdulilla..damia beransur sembuh..
cuma tinggal selesema je.
hari ni ayah pulak cuti jaga damia..
kesian dia..ni la penangan duk nursery.
bila dah ramai-ramai,mudah je kena sakit..

takpela..demam untuk membina antibodi.

jom layan gambar demam damia..

comel tak?comel tak?
susah nak pakaikan cool fever kat damia.
memanjang je tangan dia gatal nak cabut cool fever tu.
sudahnya sy ambik kain lampin, basahkan dan ikat di kepala damia.
kehkehkeh..dah serupa petani moden kan?
gasak la damia..janji sihat :)

nota jari : semoga damia sihat selalu..

Sunday, July 24, 2011

CRK di hari isnin ;p

saya CRK lagi hari ni.
damia demam,malam tadi suhu sampai 39.3..
saya sangat risau..ye,betul2 risau..
msg bos minta cuti..
alhamdulillah..bos kali ni memang sangat memahami :)

sepanjang malam damia tak lena tido..merengek tak selesa,kejap2 jaga..nak tido atas perut saya..
pusing kanan-pusing kiri,tetap tido tak lena..
pagi td suhu dah turun ke 37..alhamdulillah..

tak apalah,sy tau damia sedang membina antibodi sendiri (positif..positif..)
kekekekek..sekarang damia sedang memanjat.
demam tak demam lain cerita kan sayang :)

nota jari : sy mahu sentiasa di sisi anak(anak) bila mereka sakit :)

hapdetttt

lama tak update blog :)
sy agak sibuk dalam seminggu ni..
last weekend balik johor,sampai rumah dah tengah malam.
rumah tak berkemas,baju2 tak bergosok..
pulak tu sibuk dengan kertas exam yang due 21july..
fuhh..fuhh..
tu la..masa march test bersenang-lenang tak buat exam paper.
untuk test kali ni..hambikkkk ko..
saya kena siapkan 2 paper; math form 1 n pendidikan moral form 4.
siap dengan jadual spesifikasi ujian, dan skema jawapan sekali..
dah hantar semua baru boleh menarik nafas separuh lega..

belum lega lagi ni..rasa penat kerja belum hilang walaupun dah cuti hujung minggu.
kalau dapat pegi spa kan best..kalau dapat pegi berurut ke..
perghhh..heaven..heaven..
slap my head! verangan je lebih!

entry rojak-campur-campur-bergantung-kepada-gambar-yang-ada-la-ye..
gambar keluarga kecil kami :)
gambar semasa di johor..
damia fotostat ayahnya kan? ;)
saya ingat masa kecil2 ramai orang kata damia ikut rupa saya.
makin lama,rupanya berubah ikut muka ayahnya..
hah,damia adil kan.kejap ikut mama,kejap ikut ayah.
nanti dah besar buat muka sendiri pulak :)
gambar 20 july..ni la hobi baru cik damia..duduk depan peti ais.
tau la depan tu sejuk je kan..
masa ni sy menyimpan susu-susu perahan yang saya bawak balik dari sekolah..
damia memang suka berdiri depan fridge ni..
secret recipe~kek mangga.
ari tu sy makan kat sekolah,sedapp..tapi bila kali ni sy beli sendiri tak sedap pulak..
hua...
bukan rezeki sy kot..
milk booster terbaru sy..
kalau malam2 makan ni,esok pagi sure cik b berat penuh susu :)
baru berangan nak kurus..gemuk la sy makan benda alah ni hari-hari ;p

hah?hah?apa milk boosternya?
cer korang tengok kat tangan cik damia tu ;p

chocolate indulgence kesukaan kami sejak dari dulu :)


celebrating 10 month of cik damia kat ayam penyet metro point..
haha,padahal mana la cik damia makan kan..
mama n ayah la yg makan..
"mama sayang kakak..sampai bila-bila mama sayang kakak.."


ayammmmm..sedapppp....
cantik kan kereta ni..
ops,i mean warna kereta ni..
berkenan mata sy  nengoknya..hehehe..
nota jari : i need rest,rasa nak g bercuti..bila la agaknya ye?

Wednesday, July 20, 2011

20.07.2011

damia genap 10 bulan hari ni :)
selamat ulangbulan sayang mama..
di usia 10bln ni damia dah ada 4batang gigi,dua kat atas,dua kat bawah..
hehe nak ambil gambar gigi,tp ada orang tu x bagi..ngeee..
damia dah pandai bdiri lepas tangan,tapi kejap2 je..
xpe,practice makes perfect :)

sy update blog dari sony x8 sy.x reti la nk upload gambar.
so entry kali ni tak bergambar la ye.
sambil update blog,cik damia tengah menyusu.
sekarang pi'il dia menyusu sambil tonggeng-tonggeng badan mcm superman..
haiih la damia..mcm2 gaya awak kan.hehe..

dear damia,dah 10bulan kita jadi breastfeeding partner kan..
mama sangat bsyukur dapat susukan damia sampai ke tahap ni.
satu hari nanti,kalo damia dah boleh baca dan faham tulisan2 mama,mama nak damia tau yang mama berusaha beri yang terbaik untuk damia.
mungkin kalau satu hari nanti mama tak dapat jaga damia lagi,mama puas hati sebab setakat ini mama tahu breastmilk adalah yg terbaik untuk damia..
cepat besar sayang..
jadi anak yang solehah,yang sentiasa ingat pada mama n ayah..
bilamana hari ini kami memberi yang terbaik utk damia,harap2 bila tiba masa kami sudah tak berdaya,damia jaga lah kami sedaya upaya juga ya!

we love u damia..so much :)

Tuesday, July 12, 2011

damia dan baju KIM

semangat! semangat!
hehe..saya ahli Kumpulan Ibu2 Menyusukan(KIM) @ facebook.
sharing is caring :)
saya seronok menuntut ilmu,berkongsi ilmu dan semangat breastfeeding di sini.
ramai kawan baru ,kawan lama..musuh baru ,musuh lama..ekkekkeke..

ala..biasala..dalam hidup, akan ada ramai orang cemuruk dengan kita kan.
buat tutup mata sudahhhh..

orait,tengok anak tecik pakai baju KIM :)

ni kawan baru kakak damia :)
kucing ni suka datang minta makanan kat kakak damia..
tapi mama tak bagi masuk..kucing duduk luar je la ye..
kakak main dengan kucing dari dalam je.



nota jari : ambil yang baik,buang yang tak baik :) that is life :)

jalan-jalan cari GCB

hua..hua..
iklan grilled chicken burger kat tibi tu memang meruntun jiwa kalbu.
cait! ingatkan budak-budak je akan terpengaruh dengan iklan tibi.
mak budak pun sama gak ropanya kannn..

heheh..maka mari kita jalan-jalan cari makan :)

bosan betul la mama nih..asyik makannn je ;p
ok nak..posing..kita tunggu ayah beli makanan..
whoaaaa...nampak sedapp kan kan?
memanggggggggggggggg sedappp..
sundae strawberry..
perghh..sape tgh pose baik tutup mata ;p
nota jari : yummy :)

Saturday, July 9, 2011

power-pumping

pertama kali saya berpower-pumping :)
heheh..saya ni rajin pemalas..
waktu tido tu berat je mata nak bangun mengepam.
direct stimulation should be ok kan?kan?

semalam saya berpuasa,bangun sahur pukul 5am,takkan nak tido balik pas makan kan.
nanti gumuk..ngehngehngeh..
so saya berpower-pumping la selama sejam :)
5.45am-6.45am..
ini hasilnya..tadaaaa...
5 oz..syukur alhamdulillah..mungkin tak banyak,tapi sy tau amaun ni cukup untuk anak dara saya tu :)
sekarang damia dah nak masuk 10bulan..hoyeah!!

*power pumping adalah satu usaha untuk memberi lebih signal kepada otak untuk menghasilkan lebih banyak susu.caranya,pam kedua-dua belah cik B selama 10minit,rehat 10 minit,sambung pam 10minit,rehat dan sambung lagi selama sejam.
kalau menggunakan pam jenis single pumping,pam 10minit kanan,10minit kiri..gilir2 sampai cukup sejam.
semakin kerap cik B dikosongkan,otak akan mendapat signal untuk terus beroperasi menghasilkan susu..inilah konsep demand and supply..more demand,more supply :)
kesannya berbeza untuk setiap individu,ada yang cepat,ada yang lambat.kena amalkan selalu,jangan malas macam saya :p

nota jari : saya menikmati segala usaha sepanjang bf journey. saya tau satu hari nanti saya akan merindui semua-semua ini :)

Friday, July 8, 2011

daging blackpepper

saya rajin nak memasak untuk encik suami hari ni.
singgah giant-pusing-pusing-tak-tau-nak-beli-apa..
terlintas resipi ni,rasa dah lama tak buat.
tapi rupanya encik suami kena kerja sampai malam..
huhuhu...takpela,saya makan sorang (ayat merajuk-agak2 suami nak pujuk tak? ;p)

okla,saya kongsi dengan anda resipi daging blackpepper.
saya pun dah tak ingat kat mana saya ambik resipi ni..
tambahan pula(wah.macam karangan bahasa malaysia) saya memang suka tambah-tambah sendiri ikut apa yang available di dapur..

okeh,mula2 perapkan daging dengan madu,sos tiram dan blackpepper.

versi siap diperap-biarkan dalam sejam.
oh ya,sukatannya main agak2 je..
dalam 3sudu madu,dua sudu sos tiram.
blackpaper pun agak-agak..
eh,asyik agak-agak je kan?
sungguh,saya tak reti masak sukat2 ni..saya main campak je.
sebab tu la saya masak tak sedap..kehkehkeh...

tumbukkan bawang putih dan halia..

tumis bahan tumbuk tadi.
sehingga naik bau perfume far away eh,mestila bau bahan tumisan ;p
masukkan daging yang dah diperap tadi.
gaul rata,tambah garam,gula.
tutup dan biarkan masak..

(sambil-sambil tunggu bolehla kejar anak yang ligat mengemas rumah..)
 
bila dah masak,masukkan bawang besar yang dipotong membulat :)
siap untuk dihidang :)
sorryla kalian,takde gambar hidang.
sebabnya saya makan sorang2,malas nak hidang bagai..
main ambik lauk dari kuali je.
kalau makan dengan encik suami,bolehla hidang bagai-bagai kan..kan..

nota jari : yummy :)

majlis pelancaran modul pbs

 hari ni saya ponteng sekolah..
hahha..apa kejadahnya la cikgu nak ponteng kan?
masa sekolah saya tak pernah ponteng tau.
pelajar contoh edisi perasan ;p

saya ke sk seksyen 7 bandar baru bangi.
terima kasih encik google map.
nak beli gps saya belum mampu.
kehkehkehkeh..
cuma 10minit perjalanan dari rumah.
pukul 7.10 dah sampai,event start 8.00am..
sekali lagi guest contoh. perasan!

antara yang awal sampai,tempat duduk masih kosong :)
tan sri dato' hj muhyiddin yassin berucap dan merasmikan modul pbs.
juga memberi 100k kepada sk seksyen 7 untuk penambahbaikan infrastruktur.
ayyo mak..banyaknya........
smk sultan abdul samad taknak jemput dia ke?
dapat duit banyak tak payahla kita buat aerobikton nak kumpul dana pibg.
kan..kan..kan..
cikgu yang seronok sebab event habis pukul 10.00am
makan sampai pukul 10.30,pastu balik..
wah wah wah..acik suuuuuuuukoo :)
sekolah ni ada tanam serai tau..
ada pokok cili,sayur-sayuran..
tak payah ke pasar.
eh apa ke hal cikgu perlu ke pasar ni?
erm..mungkin mereka tanam untuk masak-masak kemahiran hidup ke..
jamuan pape ke..
buat abm sains pun boleh kan?
terung pun ada tau!
geram je rasa nak petik..
terung masak sambal tu kegemaran acik tau.
selesai makan,kita menyinggah menabung duit di sini :)
eh kawan-kawan..ingat tak dulu sini ni pasaraya bintang.
tempat kita buat projek masa degree dulu kan?
nape dah tukar jadi giant eh?
tadaaaaaaaaa..hasil menyopping sendirian..
balik rumah, pam susu, kemas sikit-sikit, baru ambik si momot kat sekolah dia :)
kalau hari-hari macam ni kan best :)

nota jari : seronok balik awal..

Thursday, July 7, 2011

ponteng ke?

bersiaran dari sk seksyen 7 bandar baru bangi.
sempena majlis pelancaran buku pengurusan dan pengendalian pentaksiran berasaskan sekolah :)
mentang2 rumah sy dekat dgn tempat ni,maka sy diarahkan hadir..
tapi acik suko :)
keluar rumah kul 7.10,kul 7.20 dah sampai..
first time acik kuar umah jumpa matahari tau!
selalu keluar 6.15,bulan pun ada lagi tau..

hehe,ikut tentatif hbis kul 10am..suko..suko..
leh balik awal,dahla jumaat :)

nota jari : dengar ucapan la puan jihan!

Wednesday, July 6, 2011

damia lagi

saya cuti hari ni.
sejak isnin damia demam,en hubby saya dah cuti isnin dan selasa.
esok(khamis)ada pemantau nak datang memantau sekolah.
so selasa saya dah siapkan kerja2 saya yang banyak..

selasa petang,bawa damia ke klinik..doc check suhu 38.3
mcm tu la sejak isnin,suhu turun-naik 37-38..
kalau bangun pagi sihat,tengah hari damia demam semula.
so saya minta kesian kat doktor utk bagi cuti kat saya.`
kan bagus kalau kementerian wanita kemukakan usul untuk pekerja mendapat cuti menjaga anak kalau anak demam..heheh..

hari ni damia nampak ok.eh,memang betul ok..
semalam 6pm bg ubat demam,kebah sekejap..saya terjaga pukul 2.30am,badan dia panas balik.
so bagi lagi ubat.
alhamdulillah hari ni damia sihat sepenuhnya.
harap2 esok damia x demam dah..

sangat seronok menghabiskan masa berdua dengan damia kat rumah.
celik mata sammmmpai pejam mata semula,sibuk menguruskan damia.
saya suka mcm ni :)

gaya artis damia..
ce bayangkan damia ckp "no comment..no comment" :)


damia dah pandai main tepuk amai-amai..kalau nyanyi sikit je mesti dia tepuk tangan macam ni :)
anak kami yang manis.
sungguh,damia pengikat kasih sayang kami berdua :)
bergolek-golek mama dengan damia..
seronok!
kalaula boleh macam ni hari-hari :)

dear damia,
mama dan ayah sangat sayang pada damia.
damia anak mama dan ayah yang baik,yang membuatkan kami selalu tertawa dengan keletah damia.
cepat sihat sayang..boleh pegi sekolah jumpa kawan-kawan lagi kan :)

nota jari : rajinnnnnnnnnnnya nak ke sekolah esok ;p

Monday, July 4, 2011

damia..damia demam

damia demam lagi.
mlm tadi elok je tdo dgn sy.
tgah mlm,dlm kul 1 en hubby pegang kepala damia n rasa agak panas.
tapi check suhu x demam lg.

en hubby cuti hari ni.weekend lepas dia keje sabtu n ahad,so isnin kena jaga anak.ngehehe..
tadi masa sy otw blik dr sekolah,en hubby call suh beli cool fever sbb suhu damia dah 38.9
sy sgt risau..damia x pernah demam mcm ni..

tapi ble sy sampai rumah,tgk damia langsung xde rupa budak demam.
pheww..lega sy.dia masih memanjat sana-sini,panjat kerusi,panjat sofa.
sy lumur air asam jawa d kepala damia.
alhamdulillah suhu turun ke 38.4.

ptg td sy terpaksa bwk damia keluar.kalut betul ada pemantau nak dtg khamis ni.kena cari brg utk hias kelas..itu la,ini la..dua tiga hari ni memang akan sibuk.
uwaa..x boleh la sy nak cuti jaga damia.
nasib en hubby boleh cuti..

mlm ni suhu damia dah trun ke 37.7.
harap2 esok turun lg.
sy sgt x senang hati nak ke sekolah esok.
tapi kena pergi gak,kerja pending sy byk..huhu

sabar saja la..
damia cpt sembuh tau!

nota jari : nak cuti...