Friday, June 24, 2011

tips 9bulan menyusukan baby :)

semalam saya menyusun ebm dalam deep freezer dengan si tecit ni..
syukur alhamdulillah..alhamdulillah..
di kala usia damia 9bulan 5 hari,stok frozen ebm ada sebanyak ini :)
empat beg plastik,stok ebm mac,april,may n jun..
terima kasih ya Allah..kerana melimpahkan rezeki sebegini.

tips dari saya sepanjang 9bulan journey ini :
  1. permulaan yang tepat - mulakan dengan tepat dan betul! seawal sejam selepas kelahiran,pastikan kita susukan bayi kita.supaya dia mendapat kolostrumnya,supaya bayi kenal bau kita (bau pertama yang dihidunya selepas kelahiran) juga untuk merangsang cik N, cik B dan signal kepada otak untuk memulakan operasi memproses susu :) pastikan kita merancang kelahiran baby,pilih hospital yang betul,kalau boleh sediakan notes atau beritahu nurse untuk membantu kita menyusukan baby seawal mungkin. selepas kelahiran kita akan saaaaaangat penat,jadi perlu kuatkan hati dan tekad untuk menyusukan biar apa pun keadaan kita masa itu :)
  2. tips berpantang - dalam pantang,baby memang akan sentiasa nak bergayut dengan kita.sampai kita akan fikir 'kenapa ni?susu tak cukup ke?' no mommies..baby baru lahir memang begitu.dia terkejut keluar ke dunia yang lebih panas dari dalam perut ibu,mendengar bunyi-bunyi selain bunyi degupan jantung ibu..baby kita memerlukan masa untuk adapt dengan dunia barunya.saat dalam pantang memang sangat memenatkan dan stress.tapi tolong jangan give-up.giving formula milk di waktu ini bukan penyelesai masalah.percayalah! untuk mengelakkan kepenatan melampau,tidurlah di waktu baby sedang tidur,dan beri sahaja cik B sekiranya baby kita mahukannya.kena bersabar baaaaanyak semasa dalam pantang :)
  3. jangan stress - stress akan menyebabkan susu malu-malu nak keluar.so avoid stress! sentiasa happy dan tidak terlalu berfikir tentang sesuatu masalah.
  4. motivasi - sokongan suami terutamanya sangat penting! sokongan ibu,ibu mertua dan keseluruhan family.syukur alhamdulillah,saya termasuk dalam golongan family yang sangat menyokong susu ibu.mak saya menyusukan kami 7 beradik lebih dari 2 tahun.mak saya tak tahu istilah tandem nursing,tapi mak saya aplikasikannya :) dapatkan motivasi dari mana-mana sumber,join kumpulan ibu2 menyusu,join program yang boleh meningkatkan semangat kita :) ambil masa,lihat ke dalam mata anak, tekad dalam diri untuk memberi yang terbaik untuknya.
  5. jangan pernah rasa malas dan putus asa - well,apapun,semuanya terpulang pada kita..hendak seribu daya..
  6. pam yang betul - dapatkan pam yang bersesuaian.jangan kedekut untuk melabur kepada pam yang baik.betul,kita mesti akan terfikir 'rugi je beli pam mahal-mahal kalau susu tak banyak' no..ini pelaburan jangka masa panjang.pam yang berkualiti boleh digunakan untuk anak-anak seterusnya. bayangkan kita membeli pam yang murah,bila mengepam kita rasa sakit dan terus melumpuhkan semangat kita untuk menyusukan anak sepenuhnya.laaaaaagi rugi kan..tapi mommies,pam mahal bukan ukurannya..kalau anda memilih untuk marmet,then go for it :) lagi murah,FOC sahaja kan? yang penting keselesaan kita :)
  7. menyimpan stok - seawal mungkin,semasa dalam pantang,kumpul la stok.jika kita berpantang di kampung,study la cara nak bawak stok balik ke rumah kita..stok yang banyak membuatkan kita tidak stress untuk terus mengepam..tidak takut untuk menghadapi Ramadhan :) tapi jangan pula bila stok dah banyak kita kurang mengepam pula ya :) jadikan stok frozen sebagai semangat untuk kita kumpul lagi dan lagi. ingatlah,semakin anak membesar,semakin berkurangan susu kita..masa berpantanglah susu sangat meriah dan inilah masanya mengumpul stok yang banyak.ingat la perjalanan kita panjang dan mesti ada masa-masa kemeruduman supply.jadi stok susu sangat-sangat penting ya!
  8. menuntut ilmu - sekarang ada banyak sumber yang kita boleh rujuk kan.klik aje,semuanya di hujung jari.macam-macam ada! :)  fahami bagaimana susu dihasilkan,pengendalian ebm untuk ibu bekerjaya,bagaimana memastikan supply sentiasa ada..etc..etc..yang penting kemahuan kita! carilah orang yang berkelayakan untuk kita jadikan rujukan sekiranya menghadapi masalah.
saya belum boleh dikategorikan berjaya.ada ramai mommies lain yang dah berjaya menyusukan anak lebih 2 tahun.(dan saya mahu menjadi seperti mereka!) apa yang saya tulis di atas hanyalah pengalaman tak seberapa saya selama 9bulan ini..cuma saya berharap usaha ini boleh membuka mata mommies lain untuk bersama-sama saya dalam perjuangan ini. percayalah,ada banyak kebaikan susu ibu yang tak tergambar dek penglihatan mata kita :)
untuk anak mama, entry dan gambar-gambar ini sebagai kenangan.
tanda kecintaan mama yang sangat mendalam untuk damia,agar damia dapat yang terbaik sebagai permulaan hidup.
semoga bila damia besar nanti,damia akan sentiasa ingat pada mama,pada setiap darah yang mengalir dalam badan damia adalah susu mama.
mama dan ayah sangat sayang damia :)

nota jari : maaf jika ada kekhilafan, saya cuma menyampaikan. segala yang baik dari Allah jua.yang tak baik semuanya kelemahan diri saya yang tidak sempurna..maaf..maaf..maaf..

No comments:

Post a Comment