Tuesday, June 7, 2011

bubur nasi+ayam+bilis

damia berusia 8 bulan 17 hari semalam..
saya nak cuba bagi damia makan ayam pulak.

bayi berusia 8bulan ke atas baru boleh makan ayam.tapi ikutla instinct ibu2 sekalian.
kalau rasa anak anda ok,teruskan..kalau ragu2,tunggu la sehingga anda tidak ragu2 lagi..ekekke...
tapi ayam sekarang kan ayam suntik.(buat sy berfikir laaaagi panjang utk bg damia mkn ayam)
yela..kalau suntik,takut lagi banyak chemicals yg diambil..kesian pulak kat sistem baby yang belum matang kan?

hah kan..dari nak bercerita damia makan ayam,dah jadi sesi membebel2 pulak.
ya ampun!ok.ok..mari kita tengok bubur ayam+bilis damia :)

bahan-bahan utama : ikan bilis, ayam(ambik daging je) potong-kecik-kecik, beras
ikan bilis tu bersihkan,buang tahi n tulang,pastu rendam lelama sikit supaya hilang garamnya :) bayi kita belum bersedia memproses garam until 1 year old..



bahan tak utama : budak kecik yg sibuk nak jadi pembantu chef di dapur.kalau-tak-layan-menangis,kalau-layan-gini la- gamaknya..

masak beras,dah separuh masak masukkan ayam dan bilis.
kacau jangan tak kacau..

tukang kacau ni rasa nak masuk sekali je dalam periuk.
eh jangan..jangan..mana nak cari ganti nanti ni.

macam biasa,dah siap masak boleh sejukkan kejap dan blend.
tak ambil gambar.
kes takut orang muntah tengok cik blender je..kehkehkeh..

semangkuk untuk damia makan.

selebihnya boleh dibekukan untuk simpanan masa akan datang :)

damia makan tak la sebanyak dia makan bubur+buah/sayur.
maybe pelik kan xde rasa manis-manis macam selalu.
tapi dia still makan la..Alhamdulillah...
four days rule applied lagi :)

nota jari : nanti besar leh mkn kfc ye damia..

No comments:

Post a Comment