Saturday, June 25, 2011

anak susuan

"Memberikan susu ibu kepada anak angkat bukan semata-mata bertujuan menjadikan anak itu muhrim kepada ibu bapa angkatnya. Ia lebih bertujuan memberikan makanan terbaik untuk bayi. Susu ibu tetap paling baik berbanding susu formula! Itulah yang dinyatakan oleh Dr. Jack Newman di dalam bukunya, The Ultimate Breastfeeding Book of Answers. Menurut beliau, susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu. Sebaliknya, ia adalah pilihan keempat selepas susu perahan ibu dan susu ibu daripada ibu susuan." 

Susu ibu adalah yang paling berkhasiat dan terbaik untuk pertumbuhan bayi dan kanak-kanak. Selain telah menjadi hak setiap bayi untuk menyusu dengan susu badan, iaitu bukan dengan susu lain termasuk diperah segar dari sumber haiwan ternakan terutamanya lembu atau susu formula, khasiat susu itu tidak perlu diceritakan lagi.

saya dan suami bercadang mengambil anak susuan.
lebih elok rezeki yang ada dikongsi bersama kan.jangan takut,lebih banyak memberi,Allah akan bagi rezeki lebih banyak.saya yakin yang itu! :)

jadi saya study dulu la hal ehwal ibu-anak susuan ni.boleh juga buat rujukan di kemudian hari :)
mari study dengan saya :)
  1. Bagi mensabitkan seseorang itu anak susuan atau tidak, antara syaratnya ialah anak tersebut menyusu sekurang-kurang lima kali kenyang dan umurnya tidak melebihi dua tahun. Susu ibu boleh diberikan kepada anak secara terus atau dipam dan disimpan, kemudian berikan kepada anak tersebut.
  2. Hubungan antara anak susuan dengan anak kandung ibu susuan adalah adik beradik sesuan, mereka tidak boleh kahwin sampai bila-bila samada yang masih bayi atau yang lain.
  3. Hubungan ibu kandung anak susuan dengan anak-anak kandung susuan adalah seperti orang lain juga iaitu saudara dalam Islam.
  4. Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa hukum hakam yang berbeza antara anak susuan dengan anak kandung, seperti perwarisan, nafkah, pengguguran hukum qishah, tidak dipotong tangan apabila mencuri harta dan penjagaan (wilayah) ke atas harta atau diri sendiri, yang mana kesemua ini tidak sabit ke atas anak susuan. (Asna Al-Mathalib: 3/415)
okeh,setakat ini,yang saya faham,anak susuan akan jadi seperti anak kandung saya sendiri,tak boleh berkahwin dengan anak-anak saya,cucu-cucu saya dan sesiapa juga yang mempunyai hubungan mahram dengan saya..tapi anak susuan tidak boleh mewarisi harta. 
namun mengambil anak susuan perlu mendapat keizinan suami kerana susu ini milik suami. juga perlu mendapat keizinan ibu dan bapa kandung anak susuan :)
ketahuilah,disebabkan menyedari betapa pentingnya zat dalam susu ibu,hak anak kecil meminum susu badan(bukan susu formula), maka saya mahu menjadi ibu susuan. Nabi Muhammad pun ada ibu susuan kan..kalau nak ikut logik,kenapa nabi tak minum je susu unta atau kambing kalau betul ia boleh menggantikan zat-zat susu ibu kan?

ya Allah,permudahkanlah kami dalam urusan ini.sesungguhnya hanya Engkau penetap hati dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami.

nota jari : damia nak dapat adik susuan :)

No comments:

Post a Comment