Saturday, June 25, 2011

anak susuan

"Memberikan susu ibu kepada anak angkat bukan semata-mata bertujuan menjadikan anak itu muhrim kepada ibu bapa angkatnya. Ia lebih bertujuan memberikan makanan terbaik untuk bayi. Susu ibu tetap paling baik berbanding susu formula! Itulah yang dinyatakan oleh Dr. Jack Newman di dalam bukunya, The Ultimate Breastfeeding Book of Answers. Menurut beliau, susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu. Sebaliknya, ia adalah pilihan keempat selepas susu perahan ibu dan susu ibu daripada ibu susuan." 

Susu ibu adalah yang paling berkhasiat dan terbaik untuk pertumbuhan bayi dan kanak-kanak. Selain telah menjadi hak setiap bayi untuk menyusu dengan susu badan, iaitu bukan dengan susu lain termasuk diperah segar dari sumber haiwan ternakan terutamanya lembu atau susu formula, khasiat susu itu tidak perlu diceritakan lagi.

saya dan suami bercadang mengambil anak susuan.
lebih elok rezeki yang ada dikongsi bersama kan.jangan takut,lebih banyak memberi,Allah akan bagi rezeki lebih banyak.saya yakin yang itu! :)

jadi saya study dulu la hal ehwal ibu-anak susuan ni.boleh juga buat rujukan di kemudian hari :)
mari study dengan saya :)
  1. Bagi mensabitkan seseorang itu anak susuan atau tidak, antara syaratnya ialah anak tersebut menyusu sekurang-kurang lima kali kenyang dan umurnya tidak melebihi dua tahun. Susu ibu boleh diberikan kepada anak secara terus atau dipam dan disimpan, kemudian berikan kepada anak tersebut.
  2. Hubungan antara anak susuan dengan anak kandung ibu susuan adalah adik beradik sesuan, mereka tidak boleh kahwin sampai bila-bila samada yang masih bayi atau yang lain.
  3. Hubungan ibu kandung anak susuan dengan anak-anak kandung susuan adalah seperti orang lain juga iaitu saudara dalam Islam.
  4. Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa hukum hakam yang berbeza antara anak susuan dengan anak kandung, seperti perwarisan, nafkah, pengguguran hukum qishah, tidak dipotong tangan apabila mencuri harta dan penjagaan (wilayah) ke atas harta atau diri sendiri, yang mana kesemua ini tidak sabit ke atas anak susuan. (Asna Al-Mathalib: 3/415)
okeh,setakat ini,yang saya faham,anak susuan akan jadi seperti anak kandung saya sendiri,tak boleh berkahwin dengan anak-anak saya,cucu-cucu saya dan sesiapa juga yang mempunyai hubungan mahram dengan saya..tapi anak susuan tidak boleh mewarisi harta. 
namun mengambil anak susuan perlu mendapat keizinan suami kerana susu ini milik suami. juga perlu mendapat keizinan ibu dan bapa kandung anak susuan :)
ketahuilah,disebabkan menyedari betapa pentingnya zat dalam susu ibu,hak anak kecil meminum susu badan(bukan susu formula), maka saya mahu menjadi ibu susuan. Nabi Muhammad pun ada ibu susuan kan..kalau nak ikut logik,kenapa nabi tak minum je susu unta atau kambing kalau betul ia boleh menggantikan zat-zat susu ibu kan?

ya Allah,permudahkanlah kami dalam urusan ini.sesungguhnya hanya Engkau penetap hati dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami.

nota jari : damia nak dapat adik susuan :)

Friday, June 24, 2011

tips 9bulan menyusukan baby :)

semalam saya menyusun ebm dalam deep freezer dengan si tecit ni..
syukur alhamdulillah..alhamdulillah..
di kala usia damia 9bulan 5 hari,stok frozen ebm ada sebanyak ini :)
empat beg plastik,stok ebm mac,april,may n jun..
terima kasih ya Allah..kerana melimpahkan rezeki sebegini.

tips dari saya sepanjang 9bulan journey ini :
  1. permulaan yang tepat - mulakan dengan tepat dan betul! seawal sejam selepas kelahiran,pastikan kita susukan bayi kita.supaya dia mendapat kolostrumnya,supaya bayi kenal bau kita (bau pertama yang dihidunya selepas kelahiran) juga untuk merangsang cik N, cik B dan signal kepada otak untuk memulakan operasi memproses susu :) pastikan kita merancang kelahiran baby,pilih hospital yang betul,kalau boleh sediakan notes atau beritahu nurse untuk membantu kita menyusukan baby seawal mungkin. selepas kelahiran kita akan saaaaaangat penat,jadi perlu kuatkan hati dan tekad untuk menyusukan biar apa pun keadaan kita masa itu :)
  2. tips berpantang - dalam pantang,baby memang akan sentiasa nak bergayut dengan kita.sampai kita akan fikir 'kenapa ni?susu tak cukup ke?' no mommies..baby baru lahir memang begitu.dia terkejut keluar ke dunia yang lebih panas dari dalam perut ibu,mendengar bunyi-bunyi selain bunyi degupan jantung ibu..baby kita memerlukan masa untuk adapt dengan dunia barunya.saat dalam pantang memang sangat memenatkan dan stress.tapi tolong jangan give-up.giving formula milk di waktu ini bukan penyelesai masalah.percayalah! untuk mengelakkan kepenatan melampau,tidurlah di waktu baby sedang tidur,dan beri sahaja cik B sekiranya baby kita mahukannya.kena bersabar baaaaanyak semasa dalam pantang :)
  3. jangan stress - stress akan menyebabkan susu malu-malu nak keluar.so avoid stress! sentiasa happy dan tidak terlalu berfikir tentang sesuatu masalah.
  4. motivasi - sokongan suami terutamanya sangat penting! sokongan ibu,ibu mertua dan keseluruhan family.syukur alhamdulillah,saya termasuk dalam golongan family yang sangat menyokong susu ibu.mak saya menyusukan kami 7 beradik lebih dari 2 tahun.mak saya tak tahu istilah tandem nursing,tapi mak saya aplikasikannya :) dapatkan motivasi dari mana-mana sumber,join kumpulan ibu2 menyusu,join program yang boleh meningkatkan semangat kita :) ambil masa,lihat ke dalam mata anak, tekad dalam diri untuk memberi yang terbaik untuknya.
  5. jangan pernah rasa malas dan putus asa - well,apapun,semuanya terpulang pada kita..hendak seribu daya..
  6. pam yang betul - dapatkan pam yang bersesuaian.jangan kedekut untuk melabur kepada pam yang baik.betul,kita mesti akan terfikir 'rugi je beli pam mahal-mahal kalau susu tak banyak' no..ini pelaburan jangka masa panjang.pam yang berkualiti boleh digunakan untuk anak-anak seterusnya. bayangkan kita membeli pam yang murah,bila mengepam kita rasa sakit dan terus melumpuhkan semangat kita untuk menyusukan anak sepenuhnya.laaaaaagi rugi kan..tapi mommies,pam mahal bukan ukurannya..kalau anda memilih untuk marmet,then go for it :) lagi murah,FOC sahaja kan? yang penting keselesaan kita :)
  7. menyimpan stok - seawal mungkin,semasa dalam pantang,kumpul la stok.jika kita berpantang di kampung,study la cara nak bawak stok balik ke rumah kita..stok yang banyak membuatkan kita tidak stress untuk terus mengepam..tidak takut untuk menghadapi Ramadhan :) tapi jangan pula bila stok dah banyak kita kurang mengepam pula ya :) jadikan stok frozen sebagai semangat untuk kita kumpul lagi dan lagi. ingatlah,semakin anak membesar,semakin berkurangan susu kita..masa berpantanglah susu sangat meriah dan inilah masanya mengumpul stok yang banyak.ingat la perjalanan kita panjang dan mesti ada masa-masa kemeruduman supply.jadi stok susu sangat-sangat penting ya!
  8. menuntut ilmu - sekarang ada banyak sumber yang kita boleh rujuk kan.klik aje,semuanya di hujung jari.macam-macam ada! :)  fahami bagaimana susu dihasilkan,pengendalian ebm untuk ibu bekerjaya,bagaimana memastikan supply sentiasa ada..etc..etc..yang penting kemahuan kita! carilah orang yang berkelayakan untuk kita jadikan rujukan sekiranya menghadapi masalah.
saya belum boleh dikategorikan berjaya.ada ramai mommies lain yang dah berjaya menyusukan anak lebih 2 tahun.(dan saya mahu menjadi seperti mereka!) apa yang saya tulis di atas hanyalah pengalaman tak seberapa saya selama 9bulan ini..cuma saya berharap usaha ini boleh membuka mata mommies lain untuk bersama-sama saya dalam perjuangan ini. percayalah,ada banyak kebaikan susu ibu yang tak tergambar dek penglihatan mata kita :)
untuk anak mama, entry dan gambar-gambar ini sebagai kenangan.
tanda kecintaan mama yang sangat mendalam untuk damia,agar damia dapat yang terbaik sebagai permulaan hidup.
semoga bila damia besar nanti,damia akan sentiasa ingat pada mama,pada setiap darah yang mengalir dalam badan damia adalah susu mama.
mama dan ayah sangat sayang damia :)

nota jari : maaf jika ada kekhilafan, saya cuma menyampaikan. segala yang baik dari Allah jua.yang tak baik semuanya kelemahan diri saya yang tidak sempurna..maaf..maaf..maaf..

Tuesday, June 21, 2011

anak

sy batuk-batuk.
tekak sakit.
bdn rasa tak fully sihat.
sejak sejak menjadi mak orang,rasanya dah selalu tak sihat.
agaknya antibodi dah makin berkurangan.

badan tak sihat,fikiran pun tak sihat.
tak suka mengenangkan bila perlu meninggalkan anak.
sedangkan dia masih belum bangun tidur.
tiap hari kena bisik 'mama pegi sekolah dulu tau.nanti damia g skolah dgn ayah,petang nanti mama ambik macam biasa..'
tapi lg sadis kalau nak bisik 'hari ni mama ambik lambat sikit tau'
haish..tiap hari menjadi org pertama keluar dari gate sekolah.gara-gara tak sabar nak balik rumah.

err..sekarang baru pukul 7.10 am..kena tunggu sampai 2.30 pm..
huaa..

nota jari : kalau la boleh bawak anak ke tempat kerja..

Monday, June 20, 2011

father's day

19 jun 2011
selamat hari bapa untuk semua bapa-ayah-daddy-walid-abi
sesiapa sahaja yang bertanggungjawab menjadikan seorang wanita itu mengandung
ekekkekek..

sempena hari bapa, saya ajak damia buat kad untuk ayahnya
ya.ya..ayah damia,bukan ayah saya

asalnya,saya cuma nak print gambar,tampal atas kad dan decorate kad sesuka hati saya
ala-ala zaman becinta dolu-dolu
aishhh..setahun setengah kawin,saya dah tak pernah buat kad untuk encik suami
betul la org kata,masa becinta semuanya wangi
ahahha..eh,sekarang wangi lagi apa?

tapi beginilah..kita hanya merancang
dan damia merosakkan rancangan..ekekek..
ye.ye..damia menghalang saya melaksanakan hajat yang terendam jauh di lubuk hati
dia lagi nak menjadi kreatif
saya takut,dari plan nak tepek gambar atas kad dan decorate kad tersebut
jadi tampal damia je atas kad tu
gara-gara geram tangannya tak berhenti mengacau

jadi solutionnya,saya buat je kad ala-ala
print saja terus
senang..

tara..ni la hasil kerja tangan encik komputer..


saya ajak damia tulis sesuatu untuk ayahnya..


tengok ni..susah betul saya nak kawal anak kecik ni.
dia nak menulis sendiri juga
okeh damia..sampai masanya mama akan bagi damia tulis sendiri ok.
sekarang mama ajar damia menulis.

bagi can damia decorate sendiri kad untuk ayahnya :)
 inilah hasilnya
memula elok cantik je
tapi tangan damia tak boleh dipegang lebih dari seminit
maka perkataan-perkataan terakhir dah menjadi comot
haih la damia..
takpela..hasil tangan damia untuk ayah

 
happy father's day to our hero :)
thanx for being such a wonderful dad to our daughter..
you are our strength..
mama and damia love ayah :)

*hehe..gambar dlm entry ni versi seksis damia
damia demam weekend lepas, maka saya bukakan je bajunya
biar cepat hilang panas.

nota jari : i love you hubby, more than damia loves u :)

20.06.2011

hari ini nur damia masuk 9 bulan..kejap je masa berlalu..kalau mengandung lagi mesti dah nak due..ekekkeke...
nur damia dah sangat nakal-tak boleh duduk diam.
ada je nak dipanjatnya.jatuh tu tak payah kira la..dah banyak kali jatuh..

cubaan mama mengambil gambar gigi damia nan sebatang..heheh..macam tak berjaya je..
okeh nak..kita cuba sekali lagi..

alah..blur lagi..nampak ke gigi damia tu?

okeh..giliran ayah tunjuk skill ..
hah..nampak pun gigi damia..
tapi awat mata lagi nampak dari gigi tu?

semalam damia demam,kejap je..suhu pun 37.6 je..mild fever~alhamdulillah hari ni dah ok :)

mari damia nak kira susu damia untuk bulan may.
mama tak sempat kira lagi..
damia sangat suka main ebm yang sejuk-sejuk tu :)
syukur alhamdulillah..sehingga ke hari ini damia masih minum susu mama.
100% susu mama kan sayang :)
semoga rezeki Allah untuk damia terus mencurah-curah..

3 bulan lagi untuk mencapai target usia setahun damia.
lepas setahun tak risau sangat,sebab susu bukan lagi keutamaan.
kalsium boleh diganti dari sumber lain macam fresh milk,ikan bilis.
lepas setahun,makanan adalah keutamaan,susu adalah pelengkap :)
tapi apapun, mama masih berharap untuk menyusukan damia sehingga 2 tahun :)

nota jari : breastfeeding is more than giving milk..the bonding between mom and baby cannot be replaced by anything in the world :) :)

Sunday, June 12, 2011

esok dah kerja!

esok dah mula kerja semula..
haih la...semangat! semangat!
naik sekolah ni akan sibuk dengan macam2 aktiviti.

minggu sains math,perkhemahan integrasi,sukan sekolah,aerobikton..
sabtu di bulan julai pun dah penuh dengan sekolah ganti..
hua hua hua..

susu untuk damia esok dah siap :)
empat botol fresh ebm, satu botol frozen ebm..
frozen ebm sedang melalui proses pencairan.

esok damia guna frozen ebm bertarikh 25 februari 2011.
berbaloi-baloi ada deep freezer.
kalau tak,susu ni dah lama expired :)
nota jari : kembali dengan rutin asal :)

cara damia bawa bubur ke nursery

mommies :)
kawan saya ada bertanya mcm mana saya bg bubur damia ke nursery..
hehe..thanx ainul :) mari share ye..

nak bg bubur ke nursery xla se'renyah' macam nak supply ebm.
option pertama,pagi-pagi panaskan bubur,then boleh masukkan dalam food flask macam ni..
gambar ihsan encik google

kalau dalam flask ni,insyaAllah bubur tahan kepanasannya.
so babysitter just ambik sikit dan boleh beri pada baby :)
oh ya,jangan lupa sediakan bekas makanan dan sudu baby ya. tak mau pulak kalau pinjam-pinjam orang punya kan.

tapi saya tak pakai food flusk.sebab bagi saya kuantiti makanan yang baby makan sangat sedikit jika dibandingkan dengan bekas yang besar ini.hehe..
nanti kalau damia dah mula makan banyak,baru saya akan mula memikirkan option untuk memiliki food flusk ini ye..

apa yang saya buat sekarang,saya masukkan bubur damia dalam bekas tupperware kecil-kecil macam ni :)






bubur ni tak dipanaskan pun. on the way ke nursery,bekas ni dimasukkan dalam cooler bag sekali dengan ebm damia :)
so pengasuh kat nursery damia yang akan panaskan bubur ni sebelum bagi damia makan.
saya pesan supaya dipanaskan guna warmer yang saya bagi.
tapi tak kisah pun kalau dorang guna cara lain.
makanan tak cepat rosak macam ebm dan cara pemanasannya pun tak kisah.
nak panaskan atas api boleh,masuk microwave boleh,pakai warmer pun boleh..

sebelum ni saya bagi satu bekas je sehari.
damia makan sekali je kat nursery.
sekali lagi waktu malam damia akan makan di rumah :)

tapi start esok saya akan bekalkan dua bekas makanan.
damia akan makan dua kali di nursery,dan sekali lagi di rumah.
total tiga kali makan sehari :)
yela..damia dah nak masuk 9 bulan kan..kena makan banyak sikit..

hm..senang je kan?
tak payah risau..insyaAllah makanan tahan sampai ke petang.
tapi jangan lupa pesan kat bs,sebelum bagi makan make sure makanan belum basi lagi :)

bila anak dah mula makan,dah boleh expose sikit2 dengan bakteria.
maksudnya tak perlulah nak steril semua bekas2 makanan tu.
cuma kena pastikan bersih macam pinggan mangkuk kita juga :)

nota jari : damia suka makan ayam.minggu depan kita makan ikan ye :)

Thursday, June 9, 2011

agar-agar laici

dah beberapa hari saya terrrriiinngginnnnnnnnnn(betul-betul teringin!) sangat nak makan agar2 laici..eh eh..saya tak mengandung lagi..mengandungi lemak ada :)
dah beberapa hari beli bahan kat tesco tapi tak sempat-sempat nak buat.

tau la kan..sekarang saya ada kembar siam.yang asyik nak menempek dan tak boleh biarkan saya hilang dari pandangan matanya..
sekarang ni nak masak pun dah tak sempat.ada orang tu kan..asyik minta dukung je.kat dapur,even saya dah bawak masuk dapur dan dudukkan dia dalam walker dia,still x jalan gak.nak kena ada skin-to-skin contact juga dengan saya..kalo nak mandi lagi la..kena bwk dia masuk bilik air sekali..kalau x,ada la yg buat drama air mata-nangis macam kena dera..habis semua air mata,air hidung meleleh2..
phewww...mencabar bunyinya kan!haiiiii la anak..

jadi malam tadi demi nak memenuhi selera saya,saya buat gak agar2 laici dengan meninggalkan kembar siam saya kepada ayahnya :)

ok,mula-mula carik2kan laici macam ni..
 panaskan air 1L atas api..

cik agar2 dimasukkan dalam air panas tadi..
kacau-kacau-kacau..

masukkan laici yg dicarik2 tadi,masukkan gak syrupnya utk rasa laici.xde la ada buah je tapi xde rasa kan.. 
jgn lupa masuk gak gula secukup rasa :)
 
bila dah menggelegak,masukkan dalam bekas.saya tak suka buh dalam satu bekas,sebab nnt agar2 jadi tebal,x syok nak makan..buh banyak bekas mcm ni agar2 jadi nipis je..:)
sejukkan dan boleh masuk fridge..
nyum..nyum..

ahahha..cam poyo je kan.agar2 pun nak masuk blog.
aish..
nota jari : teringat agar2 dalam peti :)

Tuesday, June 7, 2011

bubur nasi+ayam+bilis

damia berusia 8 bulan 17 hari semalam..
saya nak cuba bagi damia makan ayam pulak.

bayi berusia 8bulan ke atas baru boleh makan ayam.tapi ikutla instinct ibu2 sekalian.
kalau rasa anak anda ok,teruskan..kalau ragu2,tunggu la sehingga anda tidak ragu2 lagi..ekekke...
tapi ayam sekarang kan ayam suntik.(buat sy berfikir laaaagi panjang utk bg damia mkn ayam)
yela..kalau suntik,takut lagi banyak chemicals yg diambil..kesian pulak kat sistem baby yang belum matang kan?

hah kan..dari nak bercerita damia makan ayam,dah jadi sesi membebel2 pulak.
ya ampun!ok.ok..mari kita tengok bubur ayam+bilis damia :)

bahan-bahan utama : ikan bilis, ayam(ambik daging je) potong-kecik-kecik, beras
ikan bilis tu bersihkan,buang tahi n tulang,pastu rendam lelama sikit supaya hilang garamnya :) bayi kita belum bersedia memproses garam until 1 year old..



bahan tak utama : budak kecik yg sibuk nak jadi pembantu chef di dapur.kalau-tak-layan-menangis,kalau-layan-gini la- gamaknya..

masak beras,dah separuh masak masukkan ayam dan bilis.
kacau jangan tak kacau..

tukang kacau ni rasa nak masuk sekali je dalam periuk.
eh jangan..jangan..mana nak cari ganti nanti ni.

macam biasa,dah siap masak boleh sejukkan kejap dan blend.
tak ambil gambar.
kes takut orang muntah tengok cik blender je..kehkehkeh..

semangkuk untuk damia makan.

selebihnya boleh dibekukan untuk simpanan masa akan datang :)

damia makan tak la sebanyak dia makan bubur+buah/sayur.
maybe pelik kan xde rasa manis-manis macam selalu.
tapi dia still makan la..Alhamdulillah...
four days rule applied lagi :)

nota jari : nanti besar leh mkn kfc ye damia..

Sunday, June 5, 2011

cuti lagi seminggu

halluuuuuuuuuuuuuuu....

mak aih,hilang sopan mak dara ni...
ehem ehem..assalamualaikum semua (kehkehkeh)~eh boleh ke bagi salam then gelak2?

sy baru kembali ke rumah..pakej 6 hari d rumah mak dan 4 hari bersama MIL..
seminggu bersenang lenang bersama encik hubby (dan mengabaikan semua kerja sekolah yang dibawa pulang) hehehehe..

hari ni baru duk umah..hah,tau berjimba ria saja ya..sila la basuh baju anda yang bertimbun setinggi gunung Kinabalu tu ye..

sy blur nak buat makanan utk cik damia ni.
yela..anda pun harusla tau keadaan stok makanan dlm peti ais jika rumah ditinggalkan selama 10 hari kan?
en hubby dah start keje plak hari ni.
xpela..malam ni akan ku ajak en hubby menyerang tesco.

oh ya! cuti sekolah ada lagi seminggu.sy bercadang utk bg cik damia ni makan ayam pulak..jemu aih,asyik buah n sayur je kan..
tukar menu pulak la ye..
harap2 cik damia ni boleh mkn tanpa allergic :)

haih,ok..list kerja saya hari ni paaaaaaaaannnnnjang..
tu la dok pending je dari minggu lepas kan..
buat kerja la..

nota jari : 10 hari berkepit dgn mama,damia dah x boleh ditinggal langsung..damia..damia..

Friday, June 3, 2011

soal hati

semalam sy bmimpi kisah lalu.
soal hati memang sgt complicated.
tapi sy kini bukan lagi anak dara sunti.
yg terlalu memikir hal ehwal perasaan.
hidup baik-baik ya!

nota jari : hmmm..