Monday, May 16, 2011

saya guru Malaysia

kami guru Malaysia,
berikrar dan berjanji,
mendidik dan memimpin,
putera puteri negara kita..

dari kecik saya dah mula menyanyikan lagu tu.maklumla,anak cikgu kan.
darah cikgu tu mengalir pada saya kot.
sejak kecik saya memang bercita-cita menjadi seorang guru.
tanyala mizi,meme yang selalu dipaksa menjadi anak murid saya di bawah rumah.

haha..kesian dorang,saya x bagi dorang pegi main sebab dorang kena jadi anak murid saya.
masa tu kami duduk di quarters rumah pengetua.
dekat dengan sekolah,jadi tiap petang saya turun padang.
ronda kawasan mengambil lebihan kapur di sekolah untuk saya gunakan di rumah pula..kehkehkeh..

sampai ke besar cita-cita saya tak pernah berubah.
syukur Alhamdulillah,laluan itu mudah dan akhirnya saya di sini,bergelar seorang guru biasa.
esok-esok saya jadi pengetua la pulak ye..haha..verangan!

selamat hari guru!tahun ni tahun ketiga saya sambut hari guru officially!
dulu-dulu masa kat u,masa praktikal,ada jugak sambut,tapi feel tak sama dengan sekarang la.
dan sehingga ke hari ini, saya sangat berbangga menjadi seorang guru.

adatlah..saya bukan sempurna.ada kalanya saya memang merungut penat (ada ke yang tak pernah merungut penat?)
tapi saya akan cuba positifkan diri..kerja saya pkerjaan mulia.
satu ilmu yang saya ajarkan,selagi ia bermanfaat dan digunakan oleh anak murid saya,selagi itu ganjaran pahalanya berterusan..syukur Alhamdulillah..

saya menulis entry ini untuk menyimpan kenangan hadiah dari anak-anak murid saya..yelah,ada yang bagi makanan,so sebelum makanan ditelan zaman perut,saya snapla untuk ingatan saya.
juga nama penuh mereka! tanda saya amat menghargai ingatan mereka.
thank u dear..soooo much :)

ok,beg ini dari kelab guru.
agar-agar dari pelajar 3C..saya tak mengajar mereka pun tahun ni..tapi ada sebilangan dari mereka yang saya ajar last year :)

kad pertama saya dapat hari ni..dari Muhammad Hariz Bin Hassan Kuthus~1Adil.
cup cake yang saaaaaaaaangat comel,dari Johan Ahmad Taqiyuddin bin Kamal Basir~1Adil.

 
bintang cantik dan tupperware comel berisi gula-gula dan coklat.dari PRS dan Kelab Guru.
cup cake lagi~dari Shaun Paul Lee She'ng Ern~1 Adil..
atas sebab-sebab tertentu,cup cakes ini saya hadiahkan pada Pn Charanjit..thank u dear Shaun..i really appreciate it :)

hadiah yang saya belum buka.dari Puteri Eryani Pertiwi~1 Ehsan.
sebatang pen merah dari Keoh Yan Yan~1 Cekap.murid filipino saya :)
coklat yang nampak sedap :) oh my!pelajar-pelajar saya mahu menggemukkan teacher mereka! from Joshua Gomez~1Adil.
pen merah,pen biru..u marah I Love U..hahahha..kalo teacher marah?hehe..
thank u so much Veesutt~1cekap..aih..saya rasa macam mengajar d oversea la pulak!hikhikhik..
pen merah pen hitam dari Ozair Sharaf dan Amerul Amin~1cekap..
saya tidak mengharapkan hadiah dari anak murid saya..cukuplah kalau saya tahu mereka menghargai setiap titis air liur yang saya keluarkan untuk membebel pada mereka..kikiki..
cukuplah kalau saya tahu mereka mahu menjadi 'seseorang' di masa hadapan,cukuplah anak-anak murid saya tidak menjadi orang-orang yang merosakkan bangsa sendiri.
asalkan saya tahu mereka mahu menjadi seorang yang berguna,itu sudah lebih dari cukup.

saya sangat risaukan generasi akan datang..
kadar kenaikan masalah sosial,kadar peningkatan jenayah,bumi kita sudah jadi tidak selamat dan gembira untuk didiami.

saya mahu menjadi salah seorang daripada pencetus perubahan.
saya mulakan dengan anak murid,anak sendiri.
ini sahaja yang saya mampu buat untuk bangsa saya.
saya akan cuba sedaya upaya!

selamat hari guru,terima kasih cikgu!

nota jari : semoga yang baik-baik sentiasa melingkari kehidupan kita :)

2 comments:

  1. syoknye tgk adiah dr plajar jihan...mewah2! xseperti plajar di pdalaman, nk harapkan kad ucapan pun sbb kena pksa unit kaunseling suh buat..nasibla...bukan meminta, skadar plajar mghargai jasa kita..

    ReplyDelete
  2. takpela annie..lagipun mana dorang nak cari benda-benda mcm ni kan..
    takpe,segala penat lelah pasti terbalas bila satu hari nanti annie dapat tgk dorang merubah nasib family dorang.keluar dari kepompong pedalaman dan mula memperbaiki taraf hidup masing2.
    nilaian Tuhan utk guru-guru pedalaman macam annie pasti lagi tinggi ganjarannya.banyak berkorban demi mereka2 di sana.
    kalau bukan guru2 mcm annie yg sanggup ke sana,kesian dorang kan :)

    ReplyDelete