Monday, May 30, 2011

pelajar zaman sekarang

dah lama saya nak share benda ni..
tapi asyik terlupa je..
maklumla..acik dah tua..
uhuk uhuk uhuk..

ari tu saya tangkap handphone student.
dok asyik main msg masa saya tengah mengajar.
berani budak-budak sekarang kan..
form 1 tau!
pastu saya godek-godek la handphone tu.
nak tengok apa la yang budak ni dok sibuk sangat main hp masa tengah belajar.
opps..bukan dia belajar pun..saya mengajar..

hah hah..korang tengok la sendiri benda menyakitkan hati ni..
mak aih..baby tu..tak menahan punya ayat..
sender?
pakwe ni pun bangang..tak tau ke cik girlfriend ni tengah kat sekolah..
masa ni ka sibuk nak msg..
tengok pulak masa msg ni..
9.40 pagi ok..dah sah-sah la masa ni bebudak tengah dalam kelas..

saya rasa sangat marah..
please la parents sekalian..
ada sebab kenapa pelajar tidak dibenarkan bwk handphone ke sekolah.

ni la salah satu sebabnya..
tapi bila hp kena rampas, mak bapak jugak yg marah2..
kata hp tu untuk kegunaan nak kontek mak bapak la..kalo stay back susah la..

tak terasa apa-apa ke bile anak buat macam ni?
ni budak form 1 ni..
kalau budak besar entah macam mana lagi rupanya..

tolong la parents..jenguk2 la isi kandungan hp anak-anak anda.
tengok la video2 dalam tu yang kami pun tak lalu nak tengok..
ni baru budak form 1, perempuan pulak tu..dah ada boyfriend2 macam ni..
esok-esok dah besar macam mana gayanya pula ye..

ibu-ibu..bapa-bapa..saya minta, pantau la anak-anak kita..
tak boleh nak harapkan sekolah semata-mata..
kita sama-sama ye..

nota jari : kesian..

1 comment: