Sunday, May 8, 2011

hari ibu saya

selamat hari ibu semua :)
ya.ya.semua orang patut berasa gembira kerana kita semua terlibat dengan IBU walaupun abang-abang tu bukan ibu.hikhik.bagaimanakah?
sekurang-kurangnya kita semua telah menjadikan ibu kita seorang ibu kan? bapa-bapa pula bertanggungjawab menjadikan seorang perempuan itu ibu.jadi mari ramai-ramai celebrate hari ibu :)

saya plan nak ajak en hubby ke midvalley, nak pegi expo mom n baby kat sana,tapi saya demam pulak hari ni.saya tak larat nak bersesak-sesak kat sana.buatnya saya pengsan (wah,melampau betul imaginasi.seumur hidup saya tak pernah pengsan tau!) siapa pulak nak mengangkat saya ni kan..
jadi kami celeb di rumah saja.dan berjalan-jalan bila hari dah petang..bukan apa,bagi tidur puas-puas,recharge energy dan bolehla g merayap..

saya ada banyak gambar nak share hari ni..ni semua gambar yang saya ambil hari ni..aci la kan..saya konon-konon nak buat entry seharian di hari ibu.jadi saya masukkan je la gambar walaupun ada gambar yang tiada kaitan pun dengan ibu.hehe..

hari ni dah 8mei,saya baru terkedek-kedek nak mengira stok ebm bulan april.syukur alhamdulillah..masih diberi kekuatan dan rezeki utk stok sebanyak ini.semoga Allah terus permudahkan perjuangan saya ini.
saya percaya,siapa anak kita pada masa hadapan bergantung kepada apa yang dimakannya sekarang.saya pun risau tengok anak-anak sekarang ada yang tergamak membunuh ibu,merogol adik kandung..aishhh nauzubillah..jadi saya rasa pilihan untuk menyusukan anak sendiri adalah pilihan paling tepat untuk permulaan anak saya.

tengok anak kenit saya tolong kira stok susunya :)
satu..dua..tiga...hah..empat puluh lima bekas semuanya mama!

muatan deep freezer saya kini :) saya perlu lebih gigih! ramadhan dah nak datang kan..
saya harap dapat puasa penuh tahun ni..tahun lalu saya cuma puasa 12 hari saja..tak dapat merasa nikmat Ramadhan..
anak dara saya dah boleh didudukkan tanpa sokongan..tapi still belum boleh duduk sendiri :)
present from my hubby :) ni pasangan hp ketiga yang kami ada..

saya ternampak buku kesihatan damia,dah lama saya nak share carta berat damia ni..syukur alhamdulillah..berat damia masih dalam julat normal..percayalah ibu-ibu,anak kita lebih sihat dengan susu ibu..susu kita terbaik untuk anak kita..
ok,habis kisah di rumah,mari kita keluar berjalan-jalan menyambut hari ibu :)

mula-mula mari pergi basuh kereta yang dah momot tu.
kereta hitam kami sedang mandi..kesian dia..lama dah tak mandi.tuannya sibuk ke sana ke mari tak sempat nak singgah basuh kejap pun..huhu..kesian..
dah hitam berkilat,bergayalah mama ke sekolah esok kan ;p
en hubby dan anak daranya..
celebrating mother's day@mcDonalds,en hubby saya teringin nak makan sundae..boleh aje la..
 cik momot duduk di kerusi sendiri..yeay!
 
nakalnya awak kan?

si anak yang memanggil saya mama..
kami ke kedai jam,treat saya untuk en hubby pulak.
aih?hari ibu tapi kenapa en hubby dapat hadiah pula?
oh..ini sempena kasih sayang saya pada si dia.
hari kasih sayang tu tiap-tiap hari kan?wink*
ok en hubby,pilihla yang mana berkenan di mata dan di purse isteri anda ;p
shopping barang rumah di giant.pakcik guard "poyo la makcik ni.beli barang sikit je,ambik troli bukan kemain besar lagi"
cik momot saya dah mengantuk menunggu saya-pusing-pusing-giant-tak-beli-apa-apa..sigh*apa la mama ni..
lepas ke giant,kami ke manjaku beli barang damia..tak sempat ambik gambar sebab damia dah nak mengamuk mengantuk.
akhirnya damia lena gak di pangkuan mama.
dah,jom kita balik sayang..

selamat hari ibu, istimewanya untuk mak kesayangan saya,Puan Mariatul Kibtiyah..juga mak mertua Puan Rosemela..untuk semua ibu-ibu,pengorbanan anda tak terungkap dek kata-kata,tak terbalas dengan apa pun di dunia..tQ so much mommies :)

nota jari : saya bangga menjadi seorang mama :)

No comments:

Post a Comment