Wednesday, May 4, 2011

CRK di hari rabu

cuti panjang hujung miggu+hari pekerja hari tu kami balik ke johor.
balik hari jumaat malam,sabtu kenduri. ahad pagi,badan damia dah mula dedar..panas sikit-sikit je..
tapi tak bawak pulak termometer..so tepek je la cool fever kat dahi dia.
sehari je damia demam masa kat kampung.pastu dah sihat semula.

dah lama damia tak demam..last demam end of february lalu..
hari ni damia demam lagi..pheww..actually semalam masa ambik damia dari sekolah, dah rasa badan dia macam panas dah..mata pun merah.tapi check suhu 37.0..belum kategori demam lagi..

bangun kul 5am tadi,check suhu damia 38.2..hmm..dah demam pulak..kami dah blur sape yg nk cuti jaga damia ni..sian plak en hubby, masa damia demam februari lalu, dia dah cuti..so sy mencuba nasib msg pengetua-di-pagi-hari-nak-minta-cuti..alhamdulillah..cuti diluluskan :)
maka hari ni saya CRK=Cuti Rehat Kerana anak demam..ekekekeke...

makcik ni demam tak demam,kemas rumah tetap kemas..macam budak tak demam je kan..
baik kan damia mama..damia demam pun damia tetap tolong mama kemas rumah..

menjelang tgh hari,suhu damia masih 38.3..tak turun pun..
sy ingatkan taknak bagi damia ubat since damia tetap cergas macam biasa..nak bg damia lawan sendiri virus demam tu..
tapi sebab suhu tak turun,sy minta juga encik hubby beli ubat demam yang masuk ikut montot tu..
bagi ubat makan kang,damia ni pandai nak luah balik ubat..

ni la rupa budak demam dgn suhu 38..
takpela..asalkan damia masih bermain dan menyusu macam biasa,mama tak risau sangat :)
cepat sihat anak mama :)
dan cuti mama berbaki 5 hari...
sekiannnn..

nota jari : CRK di hari rabu, jadual mama 6 masa..kehkeh..pandai damia :)

No comments:

Post a Comment