Friday, May 20, 2011

bayi 14 hari tersedak susu :pengajaran untuk kita



TUMPAT: “Kami panik apabila melihat keadaannya (bayi) lembik dan tidak bermaya, selain air putih dilihat keluar pada bahagian mulut dan hidungnya,” kata Wan Mariah Wan Abdullah, 39, ibu kepada seorang bayi lelaki berusia dua minggu yang maut apabila tersedak susu dalam kejadian di Kampung Kutan Hulu, Wakaf Bharu, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, kegembiraan pasangan suami isteri yang baru mendapat cahaya mata lelaki diberi nama Nasrul Nizam Mazalan hanya bertahan selama 14 hari kerana terpaksa menerima hakikat anak ketiga daripada tiga beradik itu meninggal dunia dalam kejadian berkenaan.

Malah, impian untuk melakukan majlis cukur jambul di rumah ayahnya di Kampung Jintan, Chekok, Pasir Mas, minggu depan terpaksa dibatalkan ekoran kejadian berkenaan.
Menceritakan kejadian itu, Wan Mariah berkata, kira-kira jam 11 malam kelmarin, dia bangun untuk membuat susu botol bagi anaknya itu sebelum kedua-duanya tidur di bilik berasingan daripada suaminya, Mazalan Mansur, 38, serta dua anaknya yang lain.

“Ketika itu, saya lihat susu yang diminum sebanyak dua auns tidak habis. Anak saya kemudian tertidur sebelum tersedar menyebabkan saya mengesat susu yang mengalir di mulut dan selepas didodoi, anak saya tidur lena.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 1 pagi, anak saya bangun semula dengan tangisan yang agak kuat. Hampir tiga jam dia terlena sebelum sekali lagi bangun kira-kira jam 4 pagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Menurut Wan Mariah, ketika bangun untuk kali kedua, dia memberikan susu kepada anaknya itu kerana bimbang dahaga, namun anaknya enggan meminumnya sebelum diberikan air putih dan tertidur.

Katanya, dia tergamam apabila melihat keadaan anaknya tidak bermaya dan lembik selepas bangun dari tidur kira-kira jam 6 pagi.
“Saya sempat memanggil suami dan kami begitu panik dengan keadaan itu. Ketika itu, suami berusaha menyedut air di mulut anak kami menggunakan mulutnya, tetapi tidak menampakkan sebarang kesan.

“Tanpa berlengah, kami segera membawanya ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu pada pagi tadi (semalam), sebelum doktor yang membuat pemeriksaan mengesahkan anak kami meninggal dunia akibat tersedak susu,” katanya.

Wan Mariah berkata, bayinya itu dilahirkan secara normal dengan berat badan 2.3 kilogram, dua minggu lalu. Pasangan itu yang bernikah pada 2006 dikurniakan dua anak lain iaitu Nor Ayuni Natasya, 5, dan Nor Asmaniza, 2.

“Memang sudah lama kami mengidam mendapat bayi lelaki sebelum saya disahkan mendapatnya tahun ini, namun terpaksa melepaskannya dengan berat hati selepas dia meninggal dunia akibat kejadian menimpanya pagi tadi.

“Semua ini takdir Tuhan dan kami harus terima dengan reda,” katanya.

Jenazah Nasrul Nizam disemadikan di Tanah Perkuburan di Kampung Kutan Hulu, Wakaf Bharu, kira-kira jam 4 petang semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Shariffudin Yusof, ketika dihubungi mengesahkan kejadian menimpa bayi terbabit. 
----------------------------------------------------------------------------------------------------
pertamanya saya minta maaf sangat2 kepada family bayi terlibat,kalau entry ni bakal mengguris hati anda.sungguh saya tahu,kehilangan anak seawal 14 hari sangat meruntun hati dan sukar diterima.apapun,kita masih percaya ajal, maut ketentuan Allah...seawal dalam kandungan kita sudah ditetapkan segalanya..berapa banyak rezeki, bila ajal kita..semuanya sudah menjadi perjanjian antara kita dengan Allah..bersabarlah,bayi ini menunggu di sana,bakal menunggu dan menarik ibu bersamanya ke syurga insyaAllah..alfatihah untuk adik Nasrul Nizam..

ibu-ibu,mama-mama,ummi-ummi..mari ambil iktibar.
mungkin apa yang berlaku ada silapnya di mana-mana..
selalu sangat kita dengar kes-kes bayi tersedak susu.
maaf sekali lagi,entry ini adalah berdasarkan pengetahuan dan pembacaan saya ya..
minta dibetulkan kalau ada mana-mana fakta yang tersilap :)
saya harap sedikit ilmu yang dikongsikan bakal memberi manfaat kepada kita semua.

1. exclusive breastfeeding
  • bayi kita berhak mendapat susu ibu sehingga umurnya 6 bulan,tanpa sebarang campuran makanan,malah air suam atau air kosong tidak boleh diberi selagi bayi belum berusia 6 bulan. 
  • tolonglah ibu-ibu..ini bukan perkara remeh, bukan pilihan ibu-ibu sama ada mahu menyusu badan atau memberi anak susu formula. ini hak anak kita. Allah dah beri yang terbaik, yang tidak boleh didapati di mana-mana, susu paling sempurna menepati segala keperluan dan khasiat untuk bayi kita. kenapa menidakkan hak anak kita? tolong jangan bagi alasan susu tidak ada..masakan Allah jadi begitu kejam, menghidupkan seorang hamba tanpa memberinya rezeki susu ibu kan?
  • ibu-ibu, cuma kesabaran dan kerajinan diperlukan..carilah ilmu,macam mana susu terhasil,apa yang perlu dilakukan supaya susu banyak..jika tidak tahu, bertanyalah kepada yang tahu..
  • percayalah, susu ibu adalah yang terbaik untuk anak kita!
2.  bayi tidak perlu air masak sehingga 6 bulan
  • susu ibu sahaja! bayi kita tidak perlukan air masak.tidak ada istilah cuci perut dan sebagainya. susu ibu sudah sedia cantik dengan kesesuaian usus bayi. tolong jangan masukkan apa-apa yang tidak sepatutnya dalam perut anak kita.
  • pemberian air masak sangat bahaya! pemberian air masak boleh menyebabkan bayi terencat pertumbuhannya, terencat akal, sawan tarik dan boleh mengancam nyawa.
  • kasihanilah bayi kita. pemberian air masak juga boleh menghakis usus perut dan menyebabkan anak kita mengalami masalah usus di kemudian hari.
  • air masak adalah sekadar air KOSONG. kasihan anak kita,mereka perlukan sesuatu yang berkhasiat untuk membesar,tetapi kita beri air yang langsung tidak mempunyai khasiat. jadi apa yang anak kita dapat dengan meminum air masak?
3. penggunaan botol terlalu awal.
  • bagi bayi yang minum susu ibu sahaja, penggunaan botol terlalu awal (semasa dalam pantang) boleh menyebabkan 'keliru puting'. bayi akan keliru antara nipple ibu dan puting botol dan akhirnya menolak untuk  direct feeding.jika ibu-ibu masih mahu meneruskan pemberian susu ibu,maka ibu-ibu bolehlah menjadi pengepam sepenuh masa dah perlu sentiasa mengepam untuk keperluan anak.
  • penggunaan botol terlalu awal boleh menyebabkan bayi tersedak.aliran susu dari botol yang terlalu laju menyebabkan bayi tidak sempat menelan dan boleh mengakibatkan tersedak susu.
  • berlainan dengan direct feeding, bayi perlu menghisap barulah susu akan keluar.jadi tidak ada masalah overflow dan bayi tersedak bukan?
sekadar perkongsian, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
kita semua mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita kan?

nota jari : setiap ibu adalah ibu terbaik untuk anak-anak.melainkan yang buang anak ya!

No comments:

Post a Comment