Tuesday, May 17, 2011

baby-led weaning versi nur damia

sekarang saya sangat suka mencari info pasal parenting.
maklumlah,sekarang ni maklumat semua di hujung jari kan..acik suko!
lalu damia akan menjadi mangsa eksperimen saya..hikhikhik..

saya membaca entry kak farah sarakids di sini.
tertarik untuk mencuba baby-led weaning..

baby-led weaning ni kita bagi anak ambik dan suap sendiri makanan.
boleh pilih buah macam betik,pear,epal..
tapi kalau buah tu keras,rebus atau stimla dulu bagi lembut ya!kang susah anak nak makan.
oh ya..nak buat disclaimer jugak la..ini bukan paksaan untuk mana-mana ibu bapa.
ini pilihan kita untuk ajar anak cara memegang,mengenal tekstur makanan.
baby boleh belajar mengigit,mengunyah dan menelan makanan.
namun perlu diingatkan semua aktiviti ni mesti di bawah pengawasan orang dewasa tau.
jangan risau,baby kita ada semua skil ini sebenarnya.
kita cuma perlu ajar sikit je..

ok,mari tengok gelagat damia dan betiknya..
semangkuk betik untuk damia.
aih,selalu mama bagi bubur..ni apa pulak?
hah,mainan kot..cuba campak.
"oo nak..itu makanan la.."
"ooo..makanan ke..boleh la cuba"
seronok melihat anak mengexplore apa yang kita sediakan :)
kalau risau bersepah,bentang la apa-apa yang patut ye..

damia bukan jenis baby yang semua-benda-masuk-mulut..jadi bila dapat semangkuk betik,dia main terbalik-balikkan je mangkuk tu..
jadi kenala mama jugak yang suap untuk dia belajar makan pula.

amazing!kita akan tengok anak kita memang semulajadi pandai mengunyah.
saya suka!
damia makan sikit je..selebihnya saya makan..kikiki..
tidak mengapa,ini cuma sesi pembelajaran untuk damia..bukan sesi-makan-sampai-kenyang.
damia belum setahun lagi..jadi sekarang ni susu ibu masih keutamaan damia.
cuma saya ajar ni sebagai pengenalan kepada damia..cara menggunakan skill yang ada..

selamat mencuba ibu-ibu :)

nota jari : i love parenting :)

6 comments:

  1. suka entry ni sebab sekarang ni memang teruja dgn artikel about parenting especially solid food and BLW..biasanya baby umur berape eh mula start BLW??

    ReplyDelete
  2. kalau baby dah boleh makan dah boleh start dah..tapi bg la yang lembut2 je dulu..pelan2 ajar..tapi si damia ni banyak main je,bukan makan..kalo bubur baru makan banyak :)

    ReplyDelete
  3. damia ada mkn multivitaminkah yan?

    ReplyDelete
  4. tiada la meck..mama damia yg makan vitamin.damia dpt vitamin dr susu mama dia ja la :)

    ReplyDelete
  5. interesting. saya berminat nak cuba BLW tp kebanyakan sumber rujukan semua barat atau bukan konteks local jadi saya kurang confident.
    Looking forward for more :)

    ReplyDelete
  6. boleh tengok sini juga..
    http://www.sarakids.com/blog/?p=5481

    ReplyDelete