Monday, May 30, 2011

pelajar zaman sekarang

dah lama saya nak share benda ni..
tapi asyik terlupa je..
maklumla..acik dah tua..
uhuk uhuk uhuk..

ari tu saya tangkap handphone student.
dok asyik main msg masa saya tengah mengajar.
berani budak-budak sekarang kan..
form 1 tau!
pastu saya godek-godek la handphone tu.
nak tengok apa la yang budak ni dok sibuk sangat main hp masa tengah belajar.
opps..bukan dia belajar pun..saya mengajar..

hah hah..korang tengok la sendiri benda menyakitkan hati ni..
mak aih..baby tu..tak menahan punya ayat..
sender?
pakwe ni pun bangang..tak tau ke cik girlfriend ni tengah kat sekolah..
masa ni ka sibuk nak msg..
tengok pulak masa msg ni..
9.40 pagi ok..dah sah-sah la masa ni bebudak tengah dalam kelas..

saya rasa sangat marah..
please la parents sekalian..
ada sebab kenapa pelajar tidak dibenarkan bwk handphone ke sekolah.

ni la salah satu sebabnya..
tapi bila hp kena rampas, mak bapak jugak yg marah2..
kata hp tu untuk kegunaan nak kontek mak bapak la..kalo stay back susah la..

tak terasa apa-apa ke bile anak buat macam ni?
ni budak form 1 ni..
kalau budak besar entah macam mana lagi rupanya..

tolong la parents..jenguk2 la isi kandungan hp anak-anak anda.
tengok la video2 dalam tu yang kami pun tak lalu nak tengok..
ni baru budak form 1, perempuan pulak tu..dah ada boyfriend2 macam ni..
esok-esok dah besar macam mana gayanya pula ye..

ibu-ibu..bapa-bapa..saya minta, pantau la anak-anak kita..
tak boleh nak harapkan sekolah semata-mata..
kita sama-sama ye..

nota jari : kesian..

pengantin lama..

saya dan suami (wah!) dah kawin lama..
err..lama x lama sangat la..
dari 11 disember 2009..
meh kira ramai-ramai..

setahun, lima bulan, sembilan belas hari..
wah,accurate!
tapi baru hari ni pegi ambik kad perakuan nikah..
kehkehkeh..
acik rasa macam pengantin baru tau!

selama ni kami dok usung sijil nikah yang besar gedabak tu je..
yela,kot kena tangkap time-time g hanimun..
buat potong mood je ye dak?

selamat pengantin lama..
heheh..
lepas ni boleh la kita pegi honeymoon ye b?

nota jari : mykid cik damia pun belum ambik lagi..haiya...

Saturday, May 28, 2011

testing..testing..

cubaan menaip entry melalui xperia x8 saya.
hehe..
kalo bjaya makin rajin la sy taip entry ye..
thank u en hubby..

oh ya,sy menaip sambil direct feed si momot.
ouch!dia dah pndai mgigit.
dan sy raba2 gusi bwhnya,dah ada gigi.
oyeah!damia dh tumbuh gigi ;)

nota jari : patutlah lately ni damia meragam skit..

Friday, May 27, 2011

things to do :)

1. mark paper math 1A,1C,1E..nasib paper moral dah habis mark..phewwww..
2. edit adv minggu sains n math
3. board + gimik perasmian : ada gimik ke?
4. buku program
5. beli penimbang + ukur tinggi (salah satu aktiviti sns math adalah ukur BMI..ekkkkekk)
6. soalan teka silang kata

nota jari : cuti dulu la..

selamat bercuti ;)


selamat bercuti murid-murid..

dan cikgu-cikgu..

yeah!
cikgu lagi eksaited dari murid kan.

mari bercuti dengan tenang.
tak payah pk sekolah.


cait!
habis ketas pekse mcm mana cikgu?

takpe..cuti dulu :)

nota jari : masa untuk bermanja dengan momot saya :)

Friday, May 20, 2011

20.05.2011

heheh..
macam biasa la..
entry wajib setiap bulan kan..

hari ni 20.05.2011..damia masuk 8 bulan :)
yeay!
syukur alhamdulillah..damia sihat dan cergas :)
saya paling tak suka kalau orang cakap damia kecik.
biarlah,yang penting saya tahu anak saya sihat.
saya mama terbaik untuk anak2 saya..tiada siapa boleh pertikaikan yang itu tau!

damia dah pandai memanjat..panjat sofa..panjat meja TV..panjat kerusi meja makan, panjat mama..erkkkk
masa saya tido pun damia suka panjat badan saya..
alamak sayang..kurang lena la tido saya sekarang.
damia pandai merangkak dengan laju,bila suk dalam walker laju je nak gerak ke sana ke mari..
makin kurus la saya melayan damia :)

damia makin manja..asyik nak mlekat dgn saya or hubby je.
kalau tinggal kejap nak g mandi atau solat pun dah mula menangis.
kalau saya ambil dia dari sekolah,pastu letak dalam seater,tinggal kejap nak bukak pintu pagar pun damia dah start enjin menangis dia.
ayah dia nak tinggal dia kat skolah pun nak nangis..
damia..damia..

tengok budak ni..sibuk nak ikut saya solat..jadi saya bawak je damia solat sekali dgn saya..

damia makin bijak..suka  gigit mama n ayah walaupun takde gigi lagi.
lately ni damia kuat makan..
takpe nak..mama suka :)
membesar jadi anak yang baik ye sayang..

bila damia dah besar, boleh baca blog mama, mama nak damia tau yang mama n ayah sangat sayang damia.
kami nak yang terbaik utk damia.
kami usaha yang baik-baik saja untuk damia tau :)
happy 8th month sayang..
mmmuuuaaahhhhhh...:)

nota jari : mmmuuuaaahhh utk ayah damia jugak!

bayi 14 hari tersedak susu :pengajaran untuk kita



TUMPAT: “Kami panik apabila melihat keadaannya (bayi) lembik dan tidak bermaya, selain air putih dilihat keluar pada bahagian mulut dan hidungnya,” kata Wan Mariah Wan Abdullah, 39, ibu kepada seorang bayi lelaki berusia dua minggu yang maut apabila tersedak susu dalam kejadian di Kampung Kutan Hulu, Wakaf Bharu, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, kegembiraan pasangan suami isteri yang baru mendapat cahaya mata lelaki diberi nama Nasrul Nizam Mazalan hanya bertahan selama 14 hari kerana terpaksa menerima hakikat anak ketiga daripada tiga beradik itu meninggal dunia dalam kejadian berkenaan.

Malah, impian untuk melakukan majlis cukur jambul di rumah ayahnya di Kampung Jintan, Chekok, Pasir Mas, minggu depan terpaksa dibatalkan ekoran kejadian berkenaan.
Menceritakan kejadian itu, Wan Mariah berkata, kira-kira jam 11 malam kelmarin, dia bangun untuk membuat susu botol bagi anaknya itu sebelum kedua-duanya tidur di bilik berasingan daripada suaminya, Mazalan Mansur, 38, serta dua anaknya yang lain.

“Ketika itu, saya lihat susu yang diminum sebanyak dua auns tidak habis. Anak saya kemudian tertidur sebelum tersedar menyebabkan saya mengesat susu yang mengalir di mulut dan selepas didodoi, anak saya tidur lena.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 1 pagi, anak saya bangun semula dengan tangisan yang agak kuat. Hampir tiga jam dia terlena sebelum sekali lagi bangun kira-kira jam 4 pagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Menurut Wan Mariah, ketika bangun untuk kali kedua, dia memberikan susu kepada anaknya itu kerana bimbang dahaga, namun anaknya enggan meminumnya sebelum diberikan air putih dan tertidur.

Katanya, dia tergamam apabila melihat keadaan anaknya tidak bermaya dan lembik selepas bangun dari tidur kira-kira jam 6 pagi.
“Saya sempat memanggil suami dan kami begitu panik dengan keadaan itu. Ketika itu, suami berusaha menyedut air di mulut anak kami menggunakan mulutnya, tetapi tidak menampakkan sebarang kesan.

“Tanpa berlengah, kami segera membawanya ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu pada pagi tadi (semalam), sebelum doktor yang membuat pemeriksaan mengesahkan anak kami meninggal dunia akibat tersedak susu,” katanya.

Wan Mariah berkata, bayinya itu dilahirkan secara normal dengan berat badan 2.3 kilogram, dua minggu lalu. Pasangan itu yang bernikah pada 2006 dikurniakan dua anak lain iaitu Nor Ayuni Natasya, 5, dan Nor Asmaniza, 2.

“Memang sudah lama kami mengidam mendapat bayi lelaki sebelum saya disahkan mendapatnya tahun ini, namun terpaksa melepaskannya dengan berat hati selepas dia meninggal dunia akibat kejadian menimpanya pagi tadi.

“Semua ini takdir Tuhan dan kami harus terima dengan reda,” katanya.

Jenazah Nasrul Nizam disemadikan di Tanah Perkuburan di Kampung Kutan Hulu, Wakaf Bharu, kira-kira jam 4 petang semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Shariffudin Yusof, ketika dihubungi mengesahkan kejadian menimpa bayi terbabit. 
----------------------------------------------------------------------------------------------------
pertamanya saya minta maaf sangat2 kepada family bayi terlibat,kalau entry ni bakal mengguris hati anda.sungguh saya tahu,kehilangan anak seawal 14 hari sangat meruntun hati dan sukar diterima.apapun,kita masih percaya ajal, maut ketentuan Allah...seawal dalam kandungan kita sudah ditetapkan segalanya..berapa banyak rezeki, bila ajal kita..semuanya sudah menjadi perjanjian antara kita dengan Allah..bersabarlah,bayi ini menunggu di sana,bakal menunggu dan menarik ibu bersamanya ke syurga insyaAllah..alfatihah untuk adik Nasrul Nizam..

ibu-ibu,mama-mama,ummi-ummi..mari ambil iktibar.
mungkin apa yang berlaku ada silapnya di mana-mana..
selalu sangat kita dengar kes-kes bayi tersedak susu.
maaf sekali lagi,entry ini adalah berdasarkan pengetahuan dan pembacaan saya ya..
minta dibetulkan kalau ada mana-mana fakta yang tersilap :)
saya harap sedikit ilmu yang dikongsikan bakal memberi manfaat kepada kita semua.

1. exclusive breastfeeding
  • bayi kita berhak mendapat susu ibu sehingga umurnya 6 bulan,tanpa sebarang campuran makanan,malah air suam atau air kosong tidak boleh diberi selagi bayi belum berusia 6 bulan. 
  • tolonglah ibu-ibu..ini bukan perkara remeh, bukan pilihan ibu-ibu sama ada mahu menyusu badan atau memberi anak susu formula. ini hak anak kita. Allah dah beri yang terbaik, yang tidak boleh didapati di mana-mana, susu paling sempurna menepati segala keperluan dan khasiat untuk bayi kita. kenapa menidakkan hak anak kita? tolong jangan bagi alasan susu tidak ada..masakan Allah jadi begitu kejam, menghidupkan seorang hamba tanpa memberinya rezeki susu ibu kan?
  • ibu-ibu, cuma kesabaran dan kerajinan diperlukan..carilah ilmu,macam mana susu terhasil,apa yang perlu dilakukan supaya susu banyak..jika tidak tahu, bertanyalah kepada yang tahu..
  • percayalah, susu ibu adalah yang terbaik untuk anak kita!
2.  bayi tidak perlu air masak sehingga 6 bulan
  • susu ibu sahaja! bayi kita tidak perlukan air masak.tidak ada istilah cuci perut dan sebagainya. susu ibu sudah sedia cantik dengan kesesuaian usus bayi. tolong jangan masukkan apa-apa yang tidak sepatutnya dalam perut anak kita.
  • pemberian air masak sangat bahaya! pemberian air masak boleh menyebabkan bayi terencat pertumbuhannya, terencat akal, sawan tarik dan boleh mengancam nyawa.
  • kasihanilah bayi kita. pemberian air masak juga boleh menghakis usus perut dan menyebabkan anak kita mengalami masalah usus di kemudian hari.
  • air masak adalah sekadar air KOSONG. kasihan anak kita,mereka perlukan sesuatu yang berkhasiat untuk membesar,tetapi kita beri air yang langsung tidak mempunyai khasiat. jadi apa yang anak kita dapat dengan meminum air masak?
3. penggunaan botol terlalu awal.
  • bagi bayi yang minum susu ibu sahaja, penggunaan botol terlalu awal (semasa dalam pantang) boleh menyebabkan 'keliru puting'. bayi akan keliru antara nipple ibu dan puting botol dan akhirnya menolak untuk  direct feeding.jika ibu-ibu masih mahu meneruskan pemberian susu ibu,maka ibu-ibu bolehlah menjadi pengepam sepenuh masa dah perlu sentiasa mengepam untuk keperluan anak.
  • penggunaan botol terlalu awal boleh menyebabkan bayi tersedak.aliran susu dari botol yang terlalu laju menyebabkan bayi tidak sempat menelan dan boleh mengakibatkan tersedak susu.
  • berlainan dengan direct feeding, bayi perlu menghisap barulah susu akan keluar.jadi tidak ada masalah overflow dan bayi tersedak bukan?
sekadar perkongsian, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
kita semua mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita kan?

nota jari : setiap ibu adalah ibu terbaik untuk anak-anak.melainkan yang buang anak ya!

Wednesday, May 18, 2011

saya guru Malaysia~part 2

wah,part 2?
bukan apa,semalam cuti hari wesak,hari ni students mula exam..
so ramai je yang tak hadir isnin lepas masa hari guru tu.
jadi dorang postpone bagi hadiah hari ni..
tak aci la kalau saya tak publish kat sini kan..
sebab yang bagi masa hari isnin saya dah publish sebelum ni..

haha,panjang lebar saya explain pasal part 2 tu je kan.
moh le nengok apa saya dapat hari ni..

kaktus seramik dari Noor Akmal Bin Mohd Afdal~1 cekap..
bekas seramik juga dari Rasyidah Bt Mohd Rashid~1Adil..matching kan nama dia dgn nama ayah dia..aci tak kalau anak seterusnya bagi nama Nur Fathiah Bt Muhamad Fathi Syafiq?ekekkek..

ada tiga barang dalam bekas ni..ada gelang tangan,rantai n sapu tangan..thank you Low Yu Shaun~4Adil


hadiah paling menarik saya dapat setakat ni kot..dah la bekas cantik je,siap kad midvalley..
thank you dear Brendan Yap Khee Cheok~1Adil..

 .
..
...
....
.....
apakah isinya/
jeng..jeng..jeng..
Marks & Spencer moisturising hand and nail cream..
ahahha..i likeeeeeee it :)
seronok la saya ber'lotion2' tangan lepas ni..hehe..
biar halus dan mulus :)

thank you..thank you..my dear students!

nota jari : seronok bila rasa dihargai :)

Tuesday, May 17, 2011

baby-led weaning versi nur damia

sekarang saya sangat suka mencari info pasal parenting.
maklumlah,sekarang ni maklumat semua di hujung jari kan..acik suko!
lalu damia akan menjadi mangsa eksperimen saya..hikhikhik..

saya membaca entry kak farah sarakids di sini.
tertarik untuk mencuba baby-led weaning..

baby-led weaning ni kita bagi anak ambik dan suap sendiri makanan.
boleh pilih buah macam betik,pear,epal..
tapi kalau buah tu keras,rebus atau stimla dulu bagi lembut ya!kang susah anak nak makan.
oh ya..nak buat disclaimer jugak la..ini bukan paksaan untuk mana-mana ibu bapa.
ini pilihan kita untuk ajar anak cara memegang,mengenal tekstur makanan.
baby boleh belajar mengigit,mengunyah dan menelan makanan.
namun perlu diingatkan semua aktiviti ni mesti di bawah pengawasan orang dewasa tau.
jangan risau,baby kita ada semua skil ini sebenarnya.
kita cuma perlu ajar sikit je..

ok,mari tengok gelagat damia dan betiknya..
semangkuk betik untuk damia.
aih,selalu mama bagi bubur..ni apa pulak?
hah,mainan kot..cuba campak.
"oo nak..itu makanan la.."
"ooo..makanan ke..boleh la cuba"
seronok melihat anak mengexplore apa yang kita sediakan :)
kalau risau bersepah,bentang la apa-apa yang patut ye..

damia bukan jenis baby yang semua-benda-masuk-mulut..jadi bila dapat semangkuk betik,dia main terbalik-balikkan je mangkuk tu..
jadi kenala mama jugak yang suap untuk dia belajar makan pula.

amazing!kita akan tengok anak kita memang semulajadi pandai mengunyah.
saya suka!
damia makan sikit je..selebihnya saya makan..kikiki..
tidak mengapa,ini cuma sesi pembelajaran untuk damia..bukan sesi-makan-sampai-kenyang.
damia belum setahun lagi..jadi sekarang ni susu ibu masih keutamaan damia.
cuma saya ajar ni sebagai pengenalan kepada damia..cara menggunakan skill yang ada..

selamat mencuba ibu-ibu :)

nota jari : i love parenting :)

Monday, May 16, 2011

saya guru Malaysia

kami guru Malaysia,
berikrar dan berjanji,
mendidik dan memimpin,
putera puteri negara kita..

dari kecik saya dah mula menyanyikan lagu tu.maklumla,anak cikgu kan.
darah cikgu tu mengalir pada saya kot.
sejak kecik saya memang bercita-cita menjadi seorang guru.
tanyala mizi,meme yang selalu dipaksa menjadi anak murid saya di bawah rumah.

haha..kesian dorang,saya x bagi dorang pegi main sebab dorang kena jadi anak murid saya.
masa tu kami duduk di quarters rumah pengetua.
dekat dengan sekolah,jadi tiap petang saya turun padang.
ronda kawasan mengambil lebihan kapur di sekolah untuk saya gunakan di rumah pula..kehkehkeh..

sampai ke besar cita-cita saya tak pernah berubah.
syukur Alhamdulillah,laluan itu mudah dan akhirnya saya di sini,bergelar seorang guru biasa.
esok-esok saya jadi pengetua la pulak ye..haha..verangan!

selamat hari guru!tahun ni tahun ketiga saya sambut hari guru officially!
dulu-dulu masa kat u,masa praktikal,ada jugak sambut,tapi feel tak sama dengan sekarang la.
dan sehingga ke hari ini, saya sangat berbangga menjadi seorang guru.

adatlah..saya bukan sempurna.ada kalanya saya memang merungut penat (ada ke yang tak pernah merungut penat?)
tapi saya akan cuba positifkan diri..kerja saya pkerjaan mulia.
satu ilmu yang saya ajarkan,selagi ia bermanfaat dan digunakan oleh anak murid saya,selagi itu ganjaran pahalanya berterusan..syukur Alhamdulillah..

saya menulis entry ini untuk menyimpan kenangan hadiah dari anak-anak murid saya..yelah,ada yang bagi makanan,so sebelum makanan ditelan zaman perut,saya snapla untuk ingatan saya.
juga nama penuh mereka! tanda saya amat menghargai ingatan mereka.
thank u dear..soooo much :)

ok,beg ini dari kelab guru.
agar-agar dari pelajar 3C..saya tak mengajar mereka pun tahun ni..tapi ada sebilangan dari mereka yang saya ajar last year :)

kad pertama saya dapat hari ni..dari Muhammad Hariz Bin Hassan Kuthus~1Adil.
cup cake yang saaaaaaaaangat comel,dari Johan Ahmad Taqiyuddin bin Kamal Basir~1Adil.

 
bintang cantik dan tupperware comel berisi gula-gula dan coklat.dari PRS dan Kelab Guru.
cup cake lagi~dari Shaun Paul Lee She'ng Ern~1 Adil..
atas sebab-sebab tertentu,cup cakes ini saya hadiahkan pada Pn Charanjit..thank u dear Shaun..i really appreciate it :)

hadiah yang saya belum buka.dari Puteri Eryani Pertiwi~1 Ehsan.
sebatang pen merah dari Keoh Yan Yan~1 Cekap.murid filipino saya :)
coklat yang nampak sedap :) oh my!pelajar-pelajar saya mahu menggemukkan teacher mereka! from Joshua Gomez~1Adil.
pen merah,pen biru..u marah I Love U..hahahha..kalo teacher marah?hehe..
thank u so much Veesutt~1cekap..aih..saya rasa macam mengajar d oversea la pulak!hikhikhik..
pen merah pen hitam dari Ozair Sharaf dan Amerul Amin~1cekap..
saya tidak mengharapkan hadiah dari anak murid saya..cukuplah kalau saya tahu mereka menghargai setiap titis air liur yang saya keluarkan untuk membebel pada mereka..kikiki..
cukuplah kalau saya tahu mereka mahu menjadi 'seseorang' di masa hadapan,cukuplah anak-anak murid saya tidak menjadi orang-orang yang merosakkan bangsa sendiri.
asalkan saya tahu mereka mahu menjadi seorang yang berguna,itu sudah lebih dari cukup.

saya sangat risaukan generasi akan datang..
kadar kenaikan masalah sosial,kadar peningkatan jenayah,bumi kita sudah jadi tidak selamat dan gembira untuk didiami.

saya mahu menjadi salah seorang daripada pencetus perubahan.
saya mulakan dengan anak murid,anak sendiri.
ini sahaja yang saya mampu buat untuk bangsa saya.
saya akan cuba sedaya upaya!

selamat hari guru,terima kasih cikgu!

nota jari : semoga yang baik-baik sentiasa melingkari kehidupan kita :)

Sunday, May 15, 2011

bf in public

petang tadi kami ke midvalley.
jalan-jalan cari pasal.sambil menabung duit di sana.
kehkehkeh..
masa nak balik damia dah mengamuk-ngamuk nak susu.
en hubby pulak tengah g bayar parking kete.
saya menunggu di depan lif bersama stroller dan barang-barang hasil tabungan kami.
since damia dah tak boleh nak tunggu,saya duduk saja depan lif dan bf damia.
whoaaa...
haha,saya tak risau untuk bf damia in public.
apa nak takut,saya bukan buat jenayah kan?
saya tak mendedahkan apa-apa yang tak sepatutnya.
saya cuma memberi anak saya makan.
jadi kalau orang pandang saya,saya pandang je orang tu balik.
kehkehkeh..
so mommies,tak perlu risau untuk bf anak kita di mana jua.
kita sedang memberi hak anak kita.
pedulikan orang lain, asalkan kita tutup apa yang sepatutnya ye..

nota jari : proud to be bf mommy :)

i am glad :)

semalam jumpa my hubby's cousin.
"kak linda suka blog ko..buat kak linda semangat nak breastfeed baby bila kak linda ada anak nanti"
sooo glad :)
semoga blog ini terus memberi manfaat kepada sesiapa sahaja.
bila ada orang terdekat dengan kita yang breastfeed,kita jadi lagi bersemangat kan?
semoga semua ibu akan menyedari kebaikan breastfeeding.
mudah,tapi manfaatnya berkekalan.

terima kasih kak linda.
semoga kita boleh sama-sama breastfeed baby kita nanti :)

nota jari : yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan sempadan..

Sunday, May 8, 2011

hari ibu saya

selamat hari ibu semua :)
ya.ya.semua orang patut berasa gembira kerana kita semua terlibat dengan IBU walaupun abang-abang tu bukan ibu.hikhik.bagaimanakah?
sekurang-kurangnya kita semua telah menjadikan ibu kita seorang ibu kan? bapa-bapa pula bertanggungjawab menjadikan seorang perempuan itu ibu.jadi mari ramai-ramai celebrate hari ibu :)

saya plan nak ajak en hubby ke midvalley, nak pegi expo mom n baby kat sana,tapi saya demam pulak hari ni.saya tak larat nak bersesak-sesak kat sana.buatnya saya pengsan (wah,melampau betul imaginasi.seumur hidup saya tak pernah pengsan tau!) siapa pulak nak mengangkat saya ni kan..
jadi kami celeb di rumah saja.dan berjalan-jalan bila hari dah petang..bukan apa,bagi tidur puas-puas,recharge energy dan bolehla g merayap..

saya ada banyak gambar nak share hari ni..ni semua gambar yang saya ambil hari ni..aci la kan..saya konon-konon nak buat entry seharian di hari ibu.jadi saya masukkan je la gambar walaupun ada gambar yang tiada kaitan pun dengan ibu.hehe..

hari ni dah 8mei,saya baru terkedek-kedek nak mengira stok ebm bulan april.syukur alhamdulillah..masih diberi kekuatan dan rezeki utk stok sebanyak ini.semoga Allah terus permudahkan perjuangan saya ini.
saya percaya,siapa anak kita pada masa hadapan bergantung kepada apa yang dimakannya sekarang.saya pun risau tengok anak-anak sekarang ada yang tergamak membunuh ibu,merogol adik kandung..aishhh nauzubillah..jadi saya rasa pilihan untuk menyusukan anak sendiri adalah pilihan paling tepat untuk permulaan anak saya.

tengok anak kenit saya tolong kira stok susunya :)
satu..dua..tiga...hah..empat puluh lima bekas semuanya mama!

muatan deep freezer saya kini :) saya perlu lebih gigih! ramadhan dah nak datang kan..
saya harap dapat puasa penuh tahun ni..tahun lalu saya cuma puasa 12 hari saja..tak dapat merasa nikmat Ramadhan..
anak dara saya dah boleh didudukkan tanpa sokongan..tapi still belum boleh duduk sendiri :)
present from my hubby :) ni pasangan hp ketiga yang kami ada..

saya ternampak buku kesihatan damia,dah lama saya nak share carta berat damia ni..syukur alhamdulillah..berat damia masih dalam julat normal..percayalah ibu-ibu,anak kita lebih sihat dengan susu ibu..susu kita terbaik untuk anak kita..
ok,habis kisah di rumah,mari kita keluar berjalan-jalan menyambut hari ibu :)

mula-mula mari pergi basuh kereta yang dah momot tu.
kereta hitam kami sedang mandi..kesian dia..lama dah tak mandi.tuannya sibuk ke sana ke mari tak sempat nak singgah basuh kejap pun..huhu..kesian..
dah hitam berkilat,bergayalah mama ke sekolah esok kan ;p
en hubby dan anak daranya..
celebrating mother's day@mcDonalds,en hubby saya teringin nak makan sundae..boleh aje la..
 cik momot duduk di kerusi sendiri..yeay!
 
nakalnya awak kan?

si anak yang memanggil saya mama..
kami ke kedai jam,treat saya untuk en hubby pulak.
aih?hari ibu tapi kenapa en hubby dapat hadiah pula?
oh..ini sempena kasih sayang saya pada si dia.
hari kasih sayang tu tiap-tiap hari kan?wink*
ok en hubby,pilihla yang mana berkenan di mata dan di purse isteri anda ;p
shopping barang rumah di giant.pakcik guard "poyo la makcik ni.beli barang sikit je,ambik troli bukan kemain besar lagi"
cik momot saya dah mengantuk menunggu saya-pusing-pusing-giant-tak-beli-apa-apa..sigh*apa la mama ni..
lepas ke giant,kami ke manjaku beli barang damia..tak sempat ambik gambar sebab damia dah nak mengamuk mengantuk.
akhirnya damia lena gak di pangkuan mama.
dah,jom kita balik sayang..

selamat hari ibu, istimewanya untuk mak kesayangan saya,Puan Mariatul Kibtiyah..juga mak mertua Puan Rosemela..untuk semua ibu-ibu,pengorbanan anda tak terungkap dek kata-kata,tak terbalas dengan apa pun di dunia..tQ so much mommies :)

nota jari : saya bangga menjadi seorang mama :)