Saturday, March 19, 2011

solid food pertama damia

huh..huh..huh..akhirnya berjaya jugak sy upload gegambar ni..punya susah nak upload since tsunami jepun yg melembabkan internet seantero dunia (gaaa....gaya pembaca berita dunia?)

anda-anda, damia sy sudah mula mkn solid food 16mac lepas, umur 5 bulan 26 hari..belum cukup 6 bulan sebenarnya tapi sy tengok damia dah bersedia utk solid food..kalau nampak kami makan, air liurnya meleleh dan dia pun buat gaya mcm nak makan.capai itu-capai ini..

tapi sy menunggu cuti sekolah ni sebab sy nak bersedia fizikal-mental sebelum bagi damia makan (perlukah?) sy mahu menikmati detik pertama menyediakan dan menyuap anak makan..wah,sentimental kan? tak tahula kenapa sejak-sejak bertukar status menjadi mak dara ni sy sedikit sensentap..cepat je mengalir air hidung mata dan menarik muncung panjang dengan roommate saya tu..sigh*

ok.ok..mari belajar macam mana sy sediakan solid food pertama damia..
mula-mula saya beli blender baru..haih!ini pun masuk steps kah? 
sebab..sy ada terbaca entah kat mana ntah, seeloknya jangan campur blender yang kita pakai blend cili tu dgn blender utk makanan anak..mana tau ada lagi kesan-kesan cili ke..sian anak-anak kita kan..tapi ni bukan compulsary pun..terpulang la pada pendapatan anda..

jeng..jeng..jeng..perkenalkan cik blender baru saya :)

saya kecek-kecek kakak ipar saya utk bagi periuk ni..hadiah kawinnya yang belum dipakai..apakah?baru sy perasan tiada orang hadiahkan sy periuk masa kawin hari tu..hmm...agaknya mereke mesti dapat agak saya tak pandai masak kan?oh.oh.oh..kesian kamu jihan..

puan-puan, menu pertama saya ialah bubur nasi+carrot..bahan-bahannya haruslah beras dan carrot. basuh beras dan potong-potong carrot mengikut citarasa anda..bukan apa, kalau anda potong cantik-cantik pun, baby anda takkan tau pun kan..

masuk dalam periuk dan masak macam masak bubur..apa daa..dah memang namanya bubur kan..

hah..yang ini tidak termasuk dalam senarai menu mahupun bahan-bahannya..yang ini anak dara sy yang sibuk nak menolong saya di dapur..berkali-kali sy pesan dgnnya "mama nak masak bubur untuk damia, damia duduk diam-diam ye.." tapi si anak dara ni tetap mahu ikut saya ke dapur.haishh..

bubur perlu dikacau-kacau supaya tak terhangit..jatuh reputasi di mata anak kalau first time masak bubur dah hangit.heh..

ok..bila dah masak boleh sejukkan seketika dan blend sehingga lumat..mkanan pertama baby sebaiknya diblend..sebabnya? ermm..begini..baby dah biasa dengan tekstur susu yang cair kan..so untuk solid food pertamanya, berikan dia tekstur yang sedikit pekat daripada susu..bagi masa untuk anak-anak kita explore tekstur yang baru secara berperingkat-peringkat.
makin lama boleh tingkatkan kadar kepekatan bubur..dah biasa makan, dah x payah blend, lenyek-lenyek saja..satu-satu ok? baby kita tu sedang belajar skill yang baru :)

dah blend, tapiskan bubur tadi..
campurkan sedikit EBM ,dah siap dan sedia untuk dimakan..makanan bayi bawah setahun tidak perlukan garam dan gula ye mama-mama sekalian..ginjalnya belum bersedia untuk memproses garam lagi..
ala..mesin baru nak beroperasi, tak boleh terus heavy duty la..

puan-puan, untuk makanan anak, kita sediakan makanan yang sama selama empat hari berturut-turut (4 days rule) untuk melihat sama ada anak kita allergic dgn makanan tu di samping memantau poo poo nya..kalau ok, boleh teruskan dan tukar menu pada hari kelima, kalau tak ok dan baby menunjukkan tanda-tanda allergic, segera hentikan pemberian makanan tersebut ya! (buh tanda seru tanda saya eksaited)

damia dah bersedia untuk makan..pakaikan bip untuk mengelakkan mama meroyan kena tukarkan baju yang comot..

suapan pertama.."erk..ni apa yang mama suap ni?"

"oh.oh..macam sedap la pulak..makanan rupanya..meh rampas sudu dari mama.damia nak makan sendirik la mama"
"kawan-kawan, suap macam ni ye.."

"ah mama jangan nak rampas-rampas sudu ni..damia pandaila nak suap sendiri"
"suka hatimu la nak.."

"ok mama..dah kenyang..nak tido pulak.."

eh.eh.perangai sape tido lepas makan ni? "erk alhamdulillah..cedap mama macak.."
damia dah kenyang sampai tertido lepas makan..
maka sempatla mama zass zass memasak ikan suka-hati-campak-bahan-bahan untuk ayah makan lunch..
damia sekarang ni makin manja dengan mama..sejak-sejak mama bercuti seminggu ni.kalau menyusu je mesti dia akan pegang tangan mama macam ni
dan kaki letak kat peha mama macam ni

 
kalau mama bergerak je mula la dia celik mata dan merengek minta ditemankan lagi..dan selalunya mama akan tertido bersamanya
haishh..kalau begini gayanya, bukan salah syg la kalau tak sempat habiskan kerja-kerja rumah kan b?

nota jari : selamat mencuba ibu-ibu :)

2 comments:

  1. wah..bagus lah entry ni..aku nak tiru jugak when my lil hero da 6 bulan nanti..and kire2 time tu pun cuti sekolah jugak kot...heeee

    ReplyDelete
  2. ya..ya..sila tiru..mari kita menjadi mommy-mommy gigih ;)

    ReplyDelete