Sunday, March 6, 2011

damia

mari tengok gelagat anak dara sy ni..pejam-celik kejap je masa berlalu..20 mac ni anak dara sy akan menginjak usia 6bulan..wow..mama dah xsabar nak masak solid food pertama damia :)

damia dah semakin pandai..tau je kalau mama pegang kamera, cepat-cepat dia senyum..tau-tau je mama dia nak masukkan gambar dia dalam blog ni kan..well, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan ;p
baju hadiah aunty mut.baru dpt pakai coz aunty beli saiz besar. damia kan chumell je "thanx aunty..lain kali boleh belikan lagi"

ayah bagi damia main bear yg dah graduate tu.nak bg damia semangat masuk u kononnya..kaedahnya ada damia faham?

bila dah transfer gambar, x sampai hati nak delete gambar di tenit ni dan tepekkan saja la walaupun gambar berulang-ulang..nnt lihat gambarmu puas-puas ya nak..

ni masa nak g jenjalan..damia dah boleh didudukkan begini..maknanya damia dah bersedia utk solid food..sabar ye syg..cuti sekolah next week mama akan gigih memasak untukmu.
 baby room@parkson alamanda..suka sangat sebab bilik ni cantik dan selesa.

 hohoi..ayah sibuk uruskan damia, mama sengeh posing sorang-sorang ;p
elephant utk damia..damia kagum je bila elephant ni boleh bunyi-bunyi bila dipicit..tapi damia tak pandai nak picit-picit bagi bunyi lagi.
sungguh heaven bershopping bila anda mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak dara..sebab boleh beli baju-baju comel seperti ini. mama eksaited sebab dah sah-sah mamanya xboleh pakai baju mcm ni kan..auuu..
ada satu kisah.sebuah keluarga sedang duduk-duduk dengan menunggu si ayah selesai bersolat.sy masa tu baru sudah solat, jadi sy take turn jaga damia sambil duduk-duduk di sebelah keluarga itu.
anak perempuan keluarga itu mula pandang-pandang damia dan mencuit abangnya."comelkan?" nada berbisik.
si mama yang terdengar pun menyampuk "mcm mamanya tak?" grrr..budak perempuan tu terus buat muka blurr..dalam hati mesti kata "makcik ni perasan je.."
tapi budak perempuan tu tetap menten senyum "dah berapa bulan ni?"
mama jawab "6bulan"
suddenly budak lelaki tu kata "kami punya 8bulan"
aaa..giliran mak budak pulak terpinga-pinga..rupanya budak tu maksudkan adik dia umur 8bulan..kehkehkeh..mama dah pk lain dah..

nota jari : anak-anak kecil memang menghiburkan :)

No comments:

Post a Comment