Thursday, March 3, 2011

cuti berjemaah

sejak seminggu ni damia demam on-off..sebenarnya tiada apa yang perlu dirisaukan sebab baby seusianya memang akan selalu demam untuk membina antibodi..selagi baby sihat dan boleh menyusu dengan baik, semuanya adalah normal..(wah, ada x mana-mana paed nak ambik pembantu peribadi cum spokesperson?)

isnin lepas en hubby sy dah bercuti menjaga damia..risau kami dibuatnya..maklumla anak sorang, kalau anak lima, kami biar sahaja mereka bergulingan..kikiki...kejap suhunya turun, kejap naik balik..ok.ok..sebenarnya x perlu risau pun tapi hati ni xmau dengar kata..tetap mau risau..

petang tu lepas balik sekolah kami ke BBB jumpa paed. mari sharing is caring info yang kami dapat dari paed;
  • demam dikira dari 37.5'c tu pun kira mild lagi..demam yang betul-betul atas 38'c
  • kalau baby demam, seeloknya jangan tergesa-gesa bagi ubat sebab nak biarkan badan baby membina antibodi melawan penyakit tu dulu..melainkan demam dah sangat tinggi atau suhu xmau turun walaupun dah macam-macam usaha kita buat
ubat-ubatan damia..dia memang cukup pantang mama pegang pipi dia..tau-tau je nak dipaksa makan ubat.

balik dari jumpa paed, sy dah mula x sedap badan..memang asalnya sy mmg dah batuk-batuk..ingatkan nak sekali harung g klinik utk sy pulak, tapi damia dah mengamuk-ngamuk nak landing dan menyusu atas katil, maka kami perlu pulang segera! (oh, tanda seru tu x perlu kan?)

malam tu suhu sy pulak naik..dan sekali lagi kami membuat rombongan cik kiah ke klinik. doktor check punya check, dapat la sijil watikah ini.


dan ubat-ubatan untuk saya abaikan makan
bil-bil yang perlu suami dibayar :


phewwww...saya mula berfikir untuk buat tabung kesihatan keluarga pulak.

maka sy, en hubby dan damia bercuti beramai-ramai pada hari selasa. walaupun x sihat, perut sy tetap sihat untuk melantak makan apa yang sy teringin nak makan.tengok tangan damia pun nak mencapai..siapa kata sy je yang pelahap kan?


dan mari tengok anak momot kami yang x macam orang sakit ni..tetap ligat!

nota jari : menjadi ibu pertama kalinya sangat memberi erti pada saya :)

No comments:

Post a Comment