Friday, March 25, 2011

bubur baby edisi jimat masa

selamat pagi cikgu (baca dgn nada upin ipin) 

sejak-sejak menjadi ibu ni saya rajin la sangat nak mencari info-info tentang penjagaan baby dan resepi utk suami ;p 

memasak bubur baby memang lama kan..nak tunggu beras lembut, nak jaga-jaga supaya x hangit..so sy pun baca-baca la blog mommy2 lain dan jumpa cara mudah dan menjimatkan masa mama chantik ibu-ibu yang berkerjaya..

meh review..okeh, kali ni masih bubur nasi+lobak..boleh gak apply utk bubur perisa (perisa?) lain..
caranya,kita sediakan bahan mentah dlm bentuk mudah dan cepat dimasak..begini caranya..

mula-mula, lobak direbus sampai lembut
blend sampai lumat..
masukkan dlm kiub ais..
simpan dalam freezer utk dibekukan..lebih baik pakai bekas kiub yang bertutup..tapi masa ni sy belum beli bekas tu lagi, so ambik lagi satu bekas kiub ais utk jadi penutupnya..fuhhh..pandai saya berjimat kan ;p
acara selingan : mari tgk stok susu dlm deep freezer saya ;)

ok, bila dah beku, pindahkan ke dalam bekas lain, tak kisah la tupperware, atau tipuware..suka hati mata dan dompet masing-masing. nampak tak kiub yang tak jadi?bukti saya tak menyabar nak pindahkan bekas..*sigh
labelkan tarikh dan simpan semula dlm freezer..psst..psstt..kiub-kiub ni tahan sebulan tau!
ok, bahan seterusnya ialah beras..basuh bersih beras (amaun suka-suka hati) dan gorengkan seketika tanpa minyak. tujuan : mengeringkan beras sebelum dikisar..anda akan mengambil masa beberapa hari kalau nak mengeringkan beras secara semulajadi a.k.a membiarkan beras kering sendiri..

next, kisar beras menggunakan pengisar kering ye..kisar sehingga beras menjadi seakan-akan tepung..

masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais..eh.eh..nnti dulu..jgn simpan dalam freezer tempat ais tu tau..simpan kat bahagian bwh je..
 
stok-stok tadi boleh dibuat semasa hujung minggu dan setiap malam anda boleh menggunakannya utk memasak bubur fresh :)
cara memasak buburnya pula :
ambil beberapa senduk beras kisar tadi dan kacaukan dengan air
 
letakkan di atas api, kacau-kacau, masuk pula kiub lobak sesuka mulut anak anda
biarkan mendidih sambil terus mengacau..
tadaa..siap sudah bubur anak-anak kita..dah x perlu blend sebab tadi kan dah blend :)
tak sampai setengah jam, bubur dah masak..jimat masa kan?
masukkan dalam bekas yang sesuai..kalau terlebih, bubur ni boleh dibekukan..so boleh guna beberapa hari
hanya panaskan dan terus bagi baby makan..nyum..nyum..
sangat praktikal untuk ibu-ibu berkerjaya :) memasak sendiri lebih baik dari memberi anak-anak kita makanan berpengawet yang berlambak-lambak di pasaran sana..siapa setuju angkat tangan :)

nota jari : bersyukur menjadi ibu di zaman segalanya di hujung jari

No comments:

Post a Comment